Zlatan Tetap Sokong Mourinho Untuk Terus Kemudi Manchester United

Zlatan Ibrahimovic menggesa Jose Mourinho supaya terus melakukan perkara yang beliau telah lakukan selama ini, sambil mendakwa mereka merupakan mangsa kepada ‘kritikan’ peribadi.

Bekas penyerang Manchester United itu membantu Mourinho memenangi Europa League dan Piala Liga dalam musim pertamanya di England dua tahun yang lalu, dimana beliau berjaya menjaringkan 28 gol secara keseluruhan.

Mourinho masih lagi individu yang tepat untuk membimbing Manchester United

Sejak daripada itu, Mourinho gagal membantu Manchester United memenangi sebarang trofi manakala Ibrahimovic pula membawa diri ke Amerika Syarikat untuk beraksi dengan LA Lagaxy berikutan ketibaan Romelu Lukaku di Old Trafford.

Mourinho kini memasuki musim ke-3 beliau bersama Red Devils, namun berdepan risiko untuk dipecat dari jawatannya selepas Manchester United mencatatkan permulaan musim paling teruk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris bagi kelab tersebut. Selain prestasi tidak menentu pasukan, Mourinho turut terpalit dengan isu hubungan dingin dengan beberapa pemain utama, terutamanya Paul Pogba dan Anthony Martial.

Mourinho pernah mengeluarkan kenyataan mendakwa beliau menjadi sasaran kritikan berterusan dari pihak media, namun pihak kelab masih lagi teguh berdiri di belakang Mourinho.

“Semua pihak mengkritik Mourinho tetapi saya percaya ia bukan disebabkan oleh keputusan pasukan. Ia lebih kepada karakter Mourinho itu sendiri kerana cara beliau menangani sesuatu perkara.” Ujar Ibrahimovic ketika ditemu ramah Sky Sports.

Karakter menyebabkan kami sering menjadi sasaran pihak media

“Saya melihat diri saya juga berada dalam situasi Mourinho. Kami mempunyai tahap keyakinan kami sendiri, dan percaya sesuatu benda. Kami juga bercakap dalam cara kami sendiri.”

Mourinho turut meminta pihak media supaya lebih menghormati pencapaian beliau sebelum ini, dimana bekas pengurus Chelsea itu pernah memenangi 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, lebih banyak dari apa yang dimenangi kesemua jurulatih Liga Perdana Inggeris ketika ini walaupun jika dicampur sekali.

Sama seperti dirinya, Ibrahimovic mendakwa Mourinho bukannya seorang yang mesra dengan pihak media.

“Sudah tentu kami sentiasa menjadi sasaran. Kami dikritik lebih kerap ketika pasukan mengharungi waktu yang sukar. Namun ketika keadaan berubah menjadi bagus, kami berasa lebih puas dari individu yang memilih untuk bercakap dalam keadaan lebih selamat. Individu macam ni tidak mahu mencetuskan masalah dengan pihak media, sebab itulah mereka tidak pernah menerima kecaman dari pihak media.”

“Itu bukan saya dan Mourinho. Kami percaya dengan apa yang kami lakukan, dan kami akan melakukannya sehingga penamat.”

Zlatan tidak mahu Mourinhho berubah. Never change boss

“Mourinho hanya perlu menjadi dirinya sendiri. Berpegang teguh dengan pendiriannya selama ini. Mourinho berada pada kedudukan beliau sekarang kerana beliau melakukan perkara menggunakan caranya sendiri.”

“Itulah Mourinho dan saya berharap beliau tidak akan berubah walaupun demi kepentingan mana-mana pihak.”

BACA:  Champions League 2021/22: Manchester United 3-2 Atalanta