Zlatan Ibrahimovic Akan Kembali Berlatih Pada Penghujung Bulan Oktober

Selepas enam bulan mengalami kecederaan yang boleh menyebabkan kerjaya seorang pemian bola sepak terkubur, Zlatan Ibrahimovic semakin pulih dan dilaporkan bakal kembali berlatih bersama Manchester United pada hujung bulan Oktober.

Pemain berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan ligament yang serius di bahagian lutut selepas gagal mendarat dengan sempurna dalam satu perlawanan suku akhir ketika menentang Anderlecht di saingan Europa April lalu.

Berdasarkan laporan ESPN bekas pemain PSG, Barcelona dan AC Milan bakal kembali berlatih di Carrington sepenuh masa pada penghujung bulan Oktober ini.

Doktor bedah yang menjalankan pembedahan ke atas Zlatan, Freddie Fu telah memberi amaran mengenai kepulangan awal Zlatan dari kecederaan :

“Atan memang seorang pemain bolo yang kuat tapi bola sepak ini satu sukan keras dan kasar. Sebagai doktor sudah tentu aku nak lihat Atan kembali selewat yang mungkin dan telah cergas sepenuhnya untuk bermain” Jelas Freddie Fu kepada South China Morning Post.

“Dah banyak kes pemain yang kembali awal tanpa sembuh sepenuhnya dan menghadapi akibat yang teruk. Mendapat la dieorang.

Dalam kebimbangan yang dizahir dari seorang Doktor, Freddie Fu juga seakan memberi ayat penyedap hati mengenai Zlatan yang dianggapnya luar biasa hebat umpama jotawan L**or.

“Aku telah merawat lebih kurang 60 orang pemain profesional dan Atan Ibrahimovic salah seorang yang terbaik dan terkuat yang pernah aku bedah. Sikap yang sangat kuat. Malah sebelum pembedahan Atan percaya beliau akan kembali dan tidak akan bersara disebabkan kecederaan itu.

Nampaknya doktor ini tidak tahu bahawa Zlatan tidak akan bersara tetapi kecederaan tersebut yang akan bersara.

“Apabila kami membuat pemeriksaan keatas lututnya selain kecederaan ligamen yang dialami, otot penyambung dan bahagian lain di lututnya berada dalam keadaan sangat baik. Dah macam lutut budak umur 15 tahun yang tidak bermain bola sepak walaupun menggunakan lutut tersebut bertahun-tahun bermain bola di peringkat tertinggi.”

Freddie Fu secara berseloroh memberitahu satu fakta yang jarang diketahui ramai .

“Tahukah anda? Pak Atan ada kucing nama dia Bingo. B.I.N.G.O..B.I.N.G.O.. Nama saya Bingo.. Meow.. meow..”

Jika menurut laporan The Sun lagi padu kerana Zlatan dijangka bermain menentang Tottenham Hotspur pada 28 Oktober ini selepas beliau kembali bersama Manchester United. Lagi power.

Sumber :

1. SCMP
2. The Sun
3. ESPN
4. Sport Bible

BACA:  Zlatan Nasihat Mbappe 'Cederakan Diri Sendiri' Untuk Capai Tahap Lebih Tinggi