Zlatan Ibrahimovic: Pep Guardiola Jurulatih Paling Tidak Matang

Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic telah melabel Pep Guardiola sebagai pengurus yang paling tidak matang pernah beliau kenali selepas insiden panas luar padang yang berlaku di Old Trafford berikutan kekalahan Manchester United di tangan Mancehster City.

Guardiola dan Ibrahimovic pernah bekerjasaman di Barcelona pada tahun 2009, sebelum pemain berasal dari Sweden ini mengambil keputusan untuk keluar dari Nou Camp bagi menyertai AC Milan walaupun baru semusim bermain di Sepanyol.

Di bawah kendalian Guardiola, Ibrahimovic berjaya menjaringkan 16 gol dari 23 perlawanan yang beliau diturunkan sebagai kesebelasan utama. Dalam temubual terbaru Ibrahimovic bersama Skysports Italy, beliau menuduh Guardiola meminggirkannya dari pasukan selepas beliau mempersoalkan taktikal jurulatih tersebut.

“6 bulan pertama saya bersama Barcelona berjalan dengan sempurna. Kemudian pengurus [Guardiola] menukar system dan taktik, yang mana tidak sesuai dengan saya. Saya pergi berjumpa beliau untuk berbincang mengenai perkara ini. Saya hanya mahu berbincang.”

Pep dan Zlatan pernah bersama tetapi tidak bahagia. Imej : AP

“Saya berkata kepada Guardiola, ‘saya percaya kamu mengorbankan ramai pemain hanya untuk satu pemain iaitu Lionel Messi’. Kemudian Guardiola berkata, ‘Saya tidak rasa itu menjadi satu masalah tetapi saya faham dengan kegusaran kamu. Saya akan menyelesaikan masalah ini, tiada masalah’. ”

“Saya ingat segalanya akan baik selepas itu. Tetapi untuk perlawanan selepas itu, saya berada di bangku simpanan. Saya tidak berkata apa-apa dan hanya bekerja keras. Sekali lagi saya diletakkan di bangku simpanan untuk perlawanan selepas itu.

“Saya rasa beliau menyelesaikan masalah ini dengan baik sekali tanpa bercakap atau memberi penjelasan kepada saya. Perlawanan ketiga dan keempat juga sama, saya terus berada di bangku simpanan.”

“Saya tahu sesuatu yang tidak betul terjadi disini. Bermula saat itu, beliau tidak lagi bercakap dengan saya, walaupun memandang saya. Apabila saya memasuki bilik, beliau akan keluar. Beliau bukanlah seorang yang jahat tetapi individu yang paling tidak matang pernah saya ketahui kerana lelaki normal akan cuba menyelesaikan masalah mereka.”

Aku perati je si botak tak matang ni.

Ini bukanlah kali pertama Ibrahimovic menyerang kredibiliti Guardiola kerana pada tahun 2011 dalam bukunya yang bertajuk, I Am Ibrahimovic , Ibrahimovic memanggil Guardiola sebagai seorang penakut yang tidak bertulang selepas berlaku salah faham di antara dua inividu ini ketika Barcelona tewas di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara kepada Inter Milan.

Guardila dan ibrahimovic akhirnya disatukan kembali ketika perlawanan derby Manchester tempoh hari, dimana Manchester City berjaya mendapatkan 3 mata penuh dan menambah jurang mata di antara dua pasukan tersebut menjadi 11 mata. Ibrahimovic hanya turun sebagai pemain gantian dan hanya sempat bermain selama 10 minit sahaja.

BACA:  Zlatan Menganjing Penyokong England