10 Rekod Yang Bakal Dimusnahkan Liverpool Musim Ini

Liverpool telah tewas dalam tiga dari empat perlawanan terakhir mereka untuk semua pertandingan musim ini. The Reds mahu memenangi Liga perdana dengan tidak terkalahkan namun akhirnya kecundang juga kepada Watford.

Liverpool yakin mahu memenangi treble musim ini dengan memenangi Liga Perdana, Champions League dan Piala FA, tetapi mereka telah tersingkir dari saingan Piala FA selepas tewas kepada pasukan Chelsea.

Liverpool masih mempunyai harapan yang cerah untuk terus bersaing dalam merebut champions League walau telah ditewaskan oleh Altetico pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Perlawanan kedua untuk pusingan 16 akan berlangsung di Anfield dan memberi sedikit kelebihan kepada Liverpool yang mempunyai rekod cemerlang di halaman mereka sendiri.

Atletico pula mempunyai jalan yang sukar kerana mereka hanya membawa bekalan satu gol dari tempat sendiri sahaja untuk dibawa ke Anfield. Atletico juga mempunyai rekod yang teruk ketika beraksi ditempat lawan pada musim ini.

Selepas tiga kekalahan dari tiga pertandingan berbeza yang dialami Liverpool, peminat terus mengecam pasukan The Reds seolah mereka telah kecundang dalam semua pertandingan.

Hakikat yang harus penyokong pasukan lain terima adalah, Liverpool masih pasukan terbaik di dunia untuk segala pencapaian gemilang mereka dua musim ini. Banyak rekod telah mereka pecahkan.

Bermula dengan Kejuaraan Liga Juara-Juara, kemudian memenangi Super Cup dan terakhir FIFA Club World Cup (CWC). Tiga piala utama untuk peringkat tertinggi telah mereka capai dan kini anak buah Jurgen Klopp sedang menanti waktu untuk menjulang Liga Perdana.

Bukankah semua itu pencapaian yang hebat?

Jangan menilai dan menghukum Liverpool dengan hanya kerana tiga kekalahan di tiga pertandingan berbeza saja. Siapa kata Liverpool sudah tiada apa lagi hendak dikejar selepas gagal memenangi treble dan Invicible?

Terdapat beberapa lagi rekod yang mampu Liverpool pecahkan dalam saingan Liga perdana musim ini dan menjadikan mereka sebagai pasukan terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Selain bakal bergelar Juara Liga Perdana selepas memenangi empat perlawanan akan datang, Liverpool juga boleh memecahkan beberapa rekod lain dalam Liga Perdana seperti:

1) Mengutip Mata Terbanyak

Rekod: 100 Mata

Liverpool kini sedang mendahului Liga perdana dengan mengumpul 79 mata dengan berbaki lagi 10 perlawanan. Liverpool hanya memerlukan 22 mata sahaja dari 30 mata penuh untuk memecahkan rekod ini.

Selepas mengalami kekalahan pertama dalam saingan Liga musim ini kepada Watford, skuad kendalian Klopp pastinya akan bangkit dan memenangi baki perlawanan seterusnya.

Liverpool telah membuktikan kecemerlangan mereka dengan memenangi 26 dari 27 perlawanan Liga sebelum ini. Jadi untuk menang lapan perlawanan dari 10 perlawanan terakhir bukanlah hal yang susah untuk dicapai.

2)Juara Paling Cepat

Rekod terkini: 14 April

Liverpool dengan mudah bakal menjahanamkan rekod ini sekiranya menang baki empat perlawanan Liga selepas ini. Andai Liverpool menang semua baki empat perlawanan, mereka akan menjulang Piala Liga Perdana pada 5 April ketika menentang Manchester City nanti.

3)Baki Perlawanan Terbanyak

Rekod terkini: Lima perlawanan

Mudah untuk kita bincangkan tentang rekod ini. Liverpool kini masih mempunyai baki 10 perlawanan Liga Perdana. The Reds cuma memerlukan empat kemenangan dari sepuluh perlawanan untuk ditabalkan Juara.

Jika Liverpool mampu memenangi empat perlawanan seterusnya dan menjuarai Liga ketika menentang City, maka pasukan Kendalian Klopp bakal memenangi Liga dengan baki enam perlawanan.

4)Jarak Mata Terbesar

Rekod semasa: 19 mata

Liverpool kini sedang mendahului Premier League dengan 22 mata di hadapan penunggu tempat kedua Liga. Tetapi Manchester City kurang satu lagi baki perlawanan.

Sekiranya Liverpool memenangi baki kesemua 10 perlawanan terakhir musim ini, maka City juga akan menjadi mangsa kekalahan kepada Liverpool kerana mereka akan bertemu pada 5 April nanti.

Secara tidak langsung Liverpool akan kekal mendahului City dengan 22 mata pada akhir musim, dan andai Liverpool menang kesemua baki perlawanan Liga dan jika City keciciran mata akibat tewas kepada pasukan lain maka jurangnya akan menjadi lebih dari 22 mata.

5)Jurang Mata Terbesar dengan pasukan Tercorot

Rekod semasa: 82 mata

Liverpool kini sudah 58 mata dibezakan dengan Norwich City. Andai Norwich tewas tujuh atau lapan perlawanan terakhir mereka Liverpool dengan mudah akan memecahkan rekod ini.

6)Kemenangan Di Halaman Sendiri Secara Berturut-Turut Terbanyak

Rekod terkini: 20 kemenangan

Liverpool kini sudah mempunyai 21 kemenangan di Anfield dalam saingan Liga musim ini. Boleh dikatakan hampir kesemua pasukan yang bertandang ke Anfield sudah bersedia untuk kalah.

Liverpool terlalu kebal di kandang mereka sehingga mereka hantar pasukan remaja pun tidak boleh dikalahkan oleh pasukan lawan.

Skuad The Reds masih mempunyai baki lima perlawanan di Anfield untuk musim ini. Liverpool sudah memecahkan rekod ini dan dalam proses untuk menambah baik rekod yang telah mereka pecahkan.

7)Kemenangan Terbanyak dalam satu musim

Rekod terkini: 32 kemenangan

Liverpool kini sudah mencapai 26 kemenangan dalam satu musim setakat ini. Seperti semua sedia maklum Liverpool dengan kemenangan ni tak ubah seperti isi dan kuku.

Dengan taktikal serta perancangan bijak Klopp mereka pastinya bakal melupuskan rekod ini dari lipatan sejarah.

Sepuluh kemenangan dari baki sepuluh perlawanan, pasukan Juara Dunia bakal mencipta sejarah dengan mencatatkan 36 kemenangan dalam satu musim.

8)Kemenangan Di Halaman Sendiri Terbanyak

Rekod terkini: 18 Kemenangan

Liverpool sudah mencatatkan 14 Kemenangan. Tiada yang mustahil untuk pasukan terhebat di dunia. Mereka jelas di landasan untuk terus menerus memburu kemenangan.

Nampak seperti sudah tidak ada pasukan Liga perdana yang mampu menjinakkan Liverpool di halaman mereka sendiri sekarang.

Diulangi lagi, Anfield adalah neraka buat pasukan lawan. Liverpool masih mempunyai lima baki perlawanan di Anfield dengan memenangi kesemua lima perlawanan The Reds akan mencipta rekod baru 19 kemenangan dihalaman sendiri dalam satu musim.

9)Kemenangan Di Tempat Lawan Terbanyak

Rekod kini: 16 Kemenangan

Liverpool kini sudah mencatat 12 kemenangan ditempat lawan sepanjang musim. Liverpool yang kini bukan lah seperti Liverpool yang dahulu. Kalau dahulu nak menang dekat halaman sendiri pun sudah membebankan.

Namun sekarang, Liverpool boleh bermain di mana sahaja untuk menang. Dengan baki lima perlawanan di tempat lawan pasukan kendalian Jurgen Klopp dengan mudah boleh memecahkan rekod ini dengan mencatatkan 17 kemenangan di tempat lawan sepanjang musim.

10)Juara Dengan Pemain Paling Muda:

Rekod terkini: 17 tahun, 350 hari (Phil Foden).

Harvey Elliott boleh memenangi gelaran Liga Perdana ketika usianya 16 tahun 321 hari. Elliott sudah pernah bermain dalam kancah Liga Perdana musim ini. Kira rekod ini sudah menjadi milik Liverpool kan?

Walau beliau bermain sekitar satu atau dua minit dalam satu perlawanan, sekiranya Liverpool menjuarai Liga perdana beliau pasti akan menjadi pemain termuda untuk menjuarai nya.

BACA:  Guardiola: Manchester City Tidak Pernah Berminat Dengan Virgil Van Dijk