483 Gol Dari 87 Perlawanan: Rekod Gila Bintang Muda AC Milan

Penyerang muda AC Milan yang kini baru berusia 13 tahun telah mencipta rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan, dan tidak keterlaluan untuk menganggap ia antara yang terhebat dalam sejarah.

Beliau dikatakan telah menjaringkan 483 gol dari 87 penampilan untuk kelab, dalam pelbagai pertandingan di peringkat kanak-kanak.

Francesco Camarda tidak dinafikan memang bukanlah pemain muda pertama yang mencuri perhatian ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tahun lalu, dunia bola sepak digegarkan dengan kemunculan Youssoufa Moukoko yang mencipta rekod sungguh mengagumkan bersama Borussia Dortmund.

Pemain sayap itu juga turut berjaya untuk menjadi pemain paling muda dalam sejarah Borussia Dortmund yang menjaringkan gol untuk skuad utama.

Walau bagaimanapun, rekod yang dicipta oleh Camarda jelas sekali bukan satu hal yang boleh dipandang remeh, kerana ia merupakan pencapaian yang sungguh menakjubkan.

Dari sudut pandangan statistik yang beliau cipta, Camarda jelas mempunyai kualiti penyerang yang akan menggegar dunia bola sepak masa hadapan.

Tweet dari scout terkenal dalam dunia bola sepak, Sciabolata Morbida berjaya mencuri perhatian peminat di media sosial semalam, selepas mereka berkongsi data berkait kecemerlangan pemain berusia 13 tahun itu ketika beraksi bersama Milan.

Harus difahamkan juga yang standard lawan beliau dari kesemua 87 perlawanan itu berbeza-beza, dengan banyak darinya bukanlah pertembungan 11 vs 11.

Walau bagaimanapun, Camarda telah dibawa naik untuk beraksi bersama skuad bawah 15 tahun dengan tempoh waktu yang sangat singkat.

Beliau beraksi bersama anak kepada Clarence Seedorf, Denzel Miguel Viana Seedorf dalam skuad kanak-kanak AC Milan.

Camarda telah menjadi nadi penting dalam skuad U-15 National A/B Championship, walaupun terpaksa bersaing dengan lawan yang mempunyai kelebihan fizikal yang jauh lebih besar darinya.

Baru minggu lalu, pemain penyerang itu telah berjaya menjaringkan dua gol untuk Milan ketika beraksi bertemu Hellas Verona dalam saingan U-15 Championship.

Beliau dalam perlawanan itu telah membuktikan kemampuan yang beliau miliki dan turut memukau ramai pihak melihat kanak-kanak berusia 13 tahun mampu cemerlang bersama skuad 15 tahun.

Tidak dinafikan memang ramai pemain muda yang mencipta rekod sungguh menakjubkan ketika karier kanak-kanak mereka, namun kemudian sepi ketika diserap masuk ke skuad utama.

Sudah banyak contoh yang dapat disaksikan, yang mana pemain yang dianggap bakal menjadi penakluk dunia bola sepak atas kecemerlangan mereka ketika kanak-kanak, berubah menjadi pemain biasa saja ketika karier profesional mereka.

Walau bagaimanapun juga, rekod yang dicipta oleh Francesco Camarda, membuktikan yang beliau sedikit berbeza berbanding pemain seusianya, dan tak mustahil untuk melihat beliau menjadi yang terhebat satu hari nanti.

483 gol dari 87 perlawanan, sudah boleh dianggap berbaloi untuk peminat kenal dan ingat nama Francesco Camarda sebagai bintang muda yang bakal menggegar area bola sepak profesional satu hari nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Dua Gergasi Eropah Berebut Mahu Dapatkan Khidmat Jesse Lingard