7 Nombor 7 Paling Legenda Dalam Sejarah Manchester United

Manchester United dan nombor 7 berpisah tiada. Mereka adalah pasukan yang sangat sinonim dengan nombor 7.

Sangat jarang pasukan di dunia ini dikenali dengan no.7 mengatasi nombor seperti no.10 atau 9.

Namun Manchester United sudah memiliki legasi no.7 yang sukar untuk dicabar.

Berikut adalah 7 legenda Manchester United yang paling handal dengan no.7 di belakang mereka.

1. Eric Cantona

Pemain pencetus kebangkitan Manchester United

Walaupun Cristiano Ronaldo dianggap GOAT no.7 untuk Manchester United, namun King Eric tetap berada di singgahsana sebagai Raja.

Eric Cantona menjadi pemain penting dalam mengukuhkan legasi Eric Ferguson ketika dia dibawa masuk menyertai class of 92 pada satu ketika dahulu.

Memiliki gaya permainan yang hebat dan ego yang sesuai dengan Manchester United menjadikan namanya sangat diminati.

Gaya ikonik memperagakan jersi dengan kolar pacak juga menjadi ikutan muda muda satu ketika dahulu.

Namun satu peristiwa paling kontroversi dilakukan Eric Cantona apabila dia melakukan sepakan kung fu ke arah penyokong Palace pada 1995.

Dia digantung 9 bulan daripada bola sepak dan khidmat masyarakat selama 120 hari.

2. Cristiano Ronaldo

Memenangi 1 daripada 5 Ballon d’Or ketika dia di United.

Penyerang sayap unggul ini memiliki sejarah luar biasa bersama United. Di menjadi legenda yang seringkali diperdebatkan sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

Cristiano Ronaldo muncul selepas era David Beckham. Dan dia menjadi pembawa no.7 yang sangat hebat.

Selepas dia berlepas ke Real Madrid, Man United terus sukar mencari penggantinya, sehinggalah dia sendiri mengisi semula no.7 itu.

Walaupun prestasi United tidak sebagus sebelum ini, namun Ronaldo tetap menjadi penjaring terbanyak kelabnya pada kepulangan keduanya.

Ronaldo pastinya menjadi pemain yang sangat popular di dunia. Pemain yang sangat berdisiplin dan tidak banyak masalah di dalam dan di luar padang berbanding beberapa pemain United lain yang agak nakal dengan jersi no.7 di belakang mereka.

3. George Best

Bagi peminat otai Man United, mereka seringkali meletakkan George Best sebagai pemain no.7 terbaik kelab mereka.

Digelar The Fith Beattle, kerana gaya rambutnya dan wajahnya yang jambu pada masa itu.

Ketika dunia sedang memuja Pele dan Maradona, Manchester United pula ada George Best yang melakukan debut pada usianya 17 tahun.

Menjadi no.7 yang hidup sebagai pemain bola sepak dan selebriti. Dia merupakan pemain berasal dari Ireland Utara.

Kehidupannya sarat dengan cerita dengan awek, parti dan arak. Namun di atas padang dia tetap memberikan yang terbaik.

Sir Matt Busby menggelarkannya sebagai pemain genius.

“Ianya taklimat ringkas untuk pasukan ini, apabila kamu dapat bola, cepat cepat cepat berikan kepada George Best,” kata pengurus legenda United itu.

4. Bryan Robson

Man United 2-1 Middlesbrough, League Cup match at Old Trafford, Wednesday 11th March 1992. Bryan Robson

Tidak seperti George Best, Bryan Robson bukannya pemain yang memulakan karier di United sejak muda. Tetapi dia dibawa masuk dari West Brom.

Dibeli dengan rekod perpindahan terbesar di England pada masa itu dengan nilai 1.5 juta pound sterling.

Dia kemudian menjadi ketua pasukan Manchester United. Yang dianggap antara kapten terbaik dalam sejarah kelab itu.

Dia antara pemain penting dalam sejarah peranan box to box Inggeris.

Seringkali digelar sebagai salah satu cahaya yang muncul ketika kelab itu sedang kegelapan pada era 80-an.

Dia berjaya merentasi zaman peralihan daripada Ron Atkinson kepada Sir Alex Ferguson. Menjadi kapten untuk kelab dan negaranya.

5. Steve Coppell

Pemain yang digelar Mr. Konsisten oleh peminat Manchester United.

Salah seorang pemain yang sangat rajin di atas padang dan paling profesional. Sangat sukar untuk mencari perlawanan yang dia bermain teruk.

Muncul 396 kali untuk United dan mencetak 70 gol untuk kelab itu sebagai pemain sayap.

Dia tiba di United pada 1977 namun kariernya di kelab itu terhalang kerana masalah kecederaan yang serius pada 1983.

Dia adalah pemain yang sangat disayangi peminat.

6. David Beckham

Terkenal dengan muka hensem dan sepakan percumanya yang tiada ubat. Dia juga seorang pemain sayap yang memiliki kualiti hantaran silang sesedap rasa.

Beckham adalah salah satu simbol kejayaan class of 92 Manchester United yang menjadi tunjang revolusi Man United di bawah Sir Alex Ferguson.

Dianggap big game player untuk kelab dan negaranya, Beckham menjadi fenomena global satu ketika dahulu.

Dia mulai cuba menjadi pemain bola sepak merangkap selebriti. Dan akhirnya Sir Alex Ferguson menjualnya ke Real Madrid kerana tidak dapat menerima kehidupan ala Hollywoodnya.

Namun hubungannya dengan Sir Alex Ferguson tetap baik baik sahaja meskipun pernah berlaku peristiwa kasut terkena mukanya ketika disepak Sir Alex di bilik persalinan.

Menjadi idola penyokong United dan penyokong lawan kerana gaya rambut ikonik dan Adidas Predator.

7. Liverpool 7 Manchester United 0

Dianggap salah satu peristiwa melibatkan no.7 yang akan menjadi antara paling popular yang baharu dalam sejarah Man United.

Berlaku pada Ahad 6 Mac 2023. Di mana Liverpool membantai Manchester United 7-0 di Anfield.

BACA:  Mourinho Yakin Manchester United Akan Kembali Ke 'Top 4' Tidak Lama Lagi