8 Pemain Dan Staff Tottenham Hotspur Disahkan Positif C0V-19

Tottenham Hotspur telah dilanda musibah baru selepas enam pemain mereka disahkan positif C0V-19 setakat ini, dan beberapa pemain lagi masih menunggu pengesahan.

Ia merupakan satu berita yang tidak begitu baik untuk kem Tottenham Hotspur dengan suku dari skuad utama mereka terpaksa dikuarantinkan selepas ini.

Sky Sports melaporkan yang dua dari staff kelab turut disahkan positif sejak beberapa hari kebelakangan ini, dan ia terus menular kepada para pemain.

Pihak kelab masih menunggu keputusan penuh untuk mengesahkan berapa ramai pemain yang perlu dikuarantinkan kerana sah positif.

Skuad kendalian Antonio Conte bakal turun beraksi bertemu Rennes dalam aksi perlawanan terakhir saingan peringkat kumpulan Europa Conference League.

Spurs pada ketika ini berada di kedudukan kedua dalam aksi saingan peringkat kumpulan, namun mereka memiliki kutipan mata yang sama dengan Vitesse.

Kekalahan mengejutkan ditangan NS Mura dua minggu lalu menyebabkan Spurs terpaksa melalui jalan yang sukar untuk mendapat tempat layak ke pusingan kalah mati.

Mereka perlu mencatatkan kemenangan dalam aksi di halaman sendiri pada minggu ini, untuk berusaha mendapat tempat layak ke pusingan seterusnya.

Sejak kekalahan itu, Spurs berjaya mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka dalam saingan Premier League.

Mereka berjaya merekodkan dua kemenangan secara berturut-turut bertemu Brentford dan Norwich City baru-baru ini.

Conte sehingga kini masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dalam saingan Premier League, sejak dari awal beliau ditandatangani untuk menggantikan Nuno Espirito Santo.

Premier League sendiri sudah mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan yang ada 12 kes positif baharu yang disahkan selepas semua pemain selesai menjalani saringan.

“Premier League boleh mengesahkan pada hari ini, antara Isnin 29 November dan Ahad 5 Disember, dari dua sesi ujian saringan, seramai 3,154 pemain dan staff kelab telah diuji.”

“Dari semua angka tersebut, ada 12 kes baharu yang dilaporkan diuji dengan keputusan positif.”

“Premier League mendedahkan data ini adalah bertujuan untuk membuktikan transparency dan atas dasar integriti.”

“Tidak ada data lengkap tentang tentang kelab atau pemain yang akan didedahkan oleh Premier League dan keputusan saringan akan diumumkan pada setiap minggu.”

Tottenham Hotspur pada ketika ini berada di kedudukan kelima dalam saingan Premier League, dengan mereka selepas ini akan berdepan dengan laluan yang sukar, termasuk bertemu Liverpool pada 19 Disember nanti.

Mereka juga turut ada kekurangan satu perlawanan bertemu Burnley yang belum dimainkan, selepas aksi pertemuan mereka sebelum ini ditangguhkan atas masalah berkait cuaca.

Setakat ini, masih belum dikenal pasti siapa enam pemain Tottenham Hotspur yang sudah disahkan positif itu dan apa perancangan dari premier league seandainya lebih ramai pemain dari kem Spurs yang bakal turut disahkan positif.

Aksi bertemu Rennes juga sepertinya bakal diteruskan seperti biasa dengan pemain yang sudah disahkan negatif akan dibenarkan untuk turun beraksi.

Agak malang untuk Spurs dilanda krisis pandemik pada ketika ini, terutama selepas melihat mereka baru sahaja mendapatkan rentak persembahan terbaik sejak dua perlawanan terakhir baru-baru ini.

Skuad kendalian Antonio Conte itu berpeluang untuk mencabar kedudukan empat teratas dalam saingan Premier League, walau mereka masih kekurangan satu perlawanan yang belum dimainkan.

Semoga sahaja tiada kes baharu lain yang dikesan dan hal ini juga diharapkan tidak mengganggu perancangan Spurs untuk aksi pada minggu ini nanti.

Perkembangan terbaru berkait hal ini akan diumumkan sebaik Premier League atau pihak kelab sendiri mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Tuchel Jadi Punca Bayern Munich Tarik Diri Beli Kane?