9 Permintaan Messi Ketika Rundingan Kontrak Pada 2020, Termasuk Komisen Untuk Abangnya

Lionel Messi dilaporkan mahu Barcelona memenuhi sembilan tuntutan utama untuk menandatangani perjanjian lanjutan dengan kelab itu pada 2020.

Ia mengejutkan dunia apabila pemain kegemaran peminat Barcelona dan salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Messi, meninggalkan kelab kesayangannya secara percuma pada musim panas 2021.

Walaubagaimanapun, hakikatnya, dia hampir pergi pada tahun 2020, kerana tuntutannya yang sangat luar biasa.

Kelab itu cuba memanjangkan perjanjian pemain Argentina itu pada masa itu, perjanjian yang sama yang akhirnya akan tamat dan menyaksikan dia pergi ke Paris setahun kemudian, tetapi kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kata sepakat.

Menurut El Mundo dan pelbagai saluran berita lain, bahawa sebab utama Messi ketika itu tak melanjutkan kontraknya adalah kerana Barcelona tidak dapat memenuhi kesemua sembilan tuntutan kontrak Messi.

Walaupun pada tahun berikutnya, Messi mengubah pendiriannya dan sanggup menerima pengurangan gaji 50% dengan syarat dia diberikan kontrak sehingga 5 tahun.

Jadi ini, sembilan tuntutan Messi untuk kekal

1. Perjanjian lanjutan tiga tahun: Masih hanya 33 pada masa itu dan boleh dikatakan pemain terbaik di dunia, lanjutan tiga tahun kelihatan seperti permintaan yang sangat munasabah daripada pihak Messi

2. Bilik koporat peribadi untuk keluarganya dan Luis Suarez bagi menyaksikan bola sepak di Nou Camp.

3. €10 juta bonus pembaharuan. Klausa ini membuatkan Barca agak sukar menurutinya kerana beban kewangan yang mulai mereka rasai.

4. Penghapusan klausa pelepasan: Messi juga mahu klausa pelepasannya sebanyak €700 juta dikurangkan kepada hanya €10,000 sahaja. Ini akan memberinya kebebasan untuk berpindah antara kelab sekiranya dia memilihnya. Sekali lagi, Barca menolak permintaan ini.

5. Pembayaran balik pemotongan gaji dengan faedah: Keseluruhan pasukan Barca mengambil pemotongan gaji untuk membantu kelab melalui kesukaran pandemik COVID-19. Messi mahu gajinya dibayar balik dengan yuran faedah 3%.

6. Pesawat peribadi semasa Krismas: Messi mahukan pesawat peribadi untuknya dan keluarganya semasa Krismas supaya mereka boleh terbang pulang ke Argentina tanpa perlu beratur kat lapangan terbang.

7. Kenaikan gaji dengan cukai: Sekiranya kerajaan Sepanyol menaikkan cukai, dia mahu dilindungi daripada sebarang kos peribadi tambahan dan oleh itu meminta Barca menampung perbezaan itu melalui gajinya untuk memastikan dia mengekalkan gaji bersih yang sama.

8. Lanjutan kontrak pembantu peribadi: Peranan PA Messi, Pepe Costa, berada dalam bahaya kerana masalah kewangan yang disebabkan oleh wabak itu. Costa akan kekal di kelab itu di bawah tuntutan Messi.

9. Komisen kepada abangnya: Akhir sekali, Messi mahu abangnya Rodrigo menerima komisen sebagai sebahagian daripada bonus pembaharuannya. Rodrigo adalah wwakil Ansu Fati pada masa itu.

Josep Bartomeu bersetuju dengan semua kecuali dua tuntutan bintang terbesarnya iaitu bonus tanadatangan kontrak baharu dan membatalkan klausa pelepasannya. Itu sudah cukup untuk menyebabkan Messi mahu keluar.

Messi kemudian cuba sedaya upaya mahu terus kekal di Barcelona. Dia sedia dipotong gaji 50% dengan kontrak jangka panjang. Namun segalanya sudah terlambat kerana Barca berdepan sekatan mendaftarkan pemain pada masa itu. Kemudian Barca mengumumukan kesepakatan pra kontrak antara Barca dan Messi terbatal bagi memastikan bil gaji mereka dapat menampung kos gaji pemain lain.

BACA:  Leo Messi Semakin Hampiri Rekod Mokhtar Dahari