Abang Kandung Anthony Martial Rasmi Menjadi Milik Sri Pahang

Bekas pemain skuad remaja Perancis, Johan Martial yang juga abang kandung kepada calon pemenang anugerah Ballon D’or, Anthony Martial bakal beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada musim baharu nanti.

Kelab Bola Sepak Sri Pahang telah mengeluarkan senarai nama pemain yang akan bermain untuk skuad mereka pada musim 2022 nanti.

Dari kesemua nama-nama pemain yang tersenarai, ada satu nama yang mencuri perhatian peminat kerana beliau merupakan abang kandung kepada bintang Manchester United, Anthony Martial.

Sri Pahang telah berjaya melengkapkan pendaftaran Johan Martial bagi memperkuat barisan pertahanan skuad Tok Gajah pada musim baharu nanti.

Pemain centre-back dari Perancis itu memiliki fizikal yang sangat sesuai untuk bermain di posisi pertahanan tengah dengan beliau ditandatangani bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Herold Mark Goulon.

Bekas pemain centre-back Sri Pahang itu kini bakal beraksi bersama skuad Negeri Sembilan dan kerana itulah khidmat Johan Martial sangat diperlukan oleh kelab.

Johan pada musim lalu beliau telah beraksi bersama FC Sochaux dalam saingan liga bola sepak Perancis, dan sepanjang kariernya, beliau pernah beraksi bersama Bastia, Brest dan Troyes dalam saingan Ligue 1.

Di pentas antarabangsa pula, Johan Martial pernah beraksi bersama skuad U-19 dan U-20 Perancis namun beliau gagal untuk mendapat tempat dalam skuad utama Les blues.

Antara pencapaian terbaiknya di pentas bola sepak antarabangsa adalah beliau pernah membantu skuad remaja Perancis untuk menjuarai saingan Euro U-19 pada tahun 2010 yang lalu.

Beliau memiliki kelebihan dari segi fizikal yang besar dan tinggi lampai yang membantu beliau untuk memenangi perebutan bola baik di udara mahupun darat.

Beliau turut memiliki kemampuan untuk menjaringkan gol terutamanya melibatkan bola dari sepakan penjuru dan hantaran-hantaran silang.

Tidak dinafikan lagi yang beliau bakal memberikan impak positif untuk skuad Sri Pahang, dan beliau juga berpotensi untuk menjadi antara pemain import terbaik pada musim hadapan.

Sri Pahang selain dari mengumumkan penandatanganan Johan Martial, mereka turut mengumumkan secara rasmi penandatanganan 7 pemain tempatan yang baru.

Skuad Sri Pahang pada musim hadapan akan dikendalikan oleh ketua Jurulatih dari Perancis, Christophe Gamel dan kehadiran muka-muka baharu ini sangat diharapkan agar mereka membawa impak yang positif.

David Rowley, Fandi Othman, Wan Amir Zafran, Azwan Aripin, Faizal Arif, Sean Gianelli dan Wan Mohad Syazmin merupakan antara nama-nama pemain yang bakal menyarung jersi Sri Pahang pada musim hadapan.

Skuad Tok Gajah tidak melalui musim yang baik sejak beberapa musim kebelakangan ini, dan sudah tentu kehadiran muka-muka baharu ini diharapkan akan dapat membantu Sri Pahang untuk kembali menjadi kuasa besar dalam saingan bola sepak negara.

“Sri Pahang sebuah pasukan yang mempunyai sejarah dan tradisi yang hebat dalam Liga Malaysia dan saya berbangga untuk menjadi ketua jurulatih baru pasukan ini.

Jelas Christophe Gamel menurut Vocket FC.

“Saya boleh rumuskan kelab ini mempunyai cita-cita dan perancangan yang besar untuk masa depan dan saya bersedia untuk membantu mereka mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Presiden dan pengurusan kelab dan saya juga berharap akan mendapat sokongan penuh daripada penyokong.”

Siapa tahu mula-mula dapat abang, lepas ni Sri Pahang akan dapat adik dia pula kan? Calon pemenang anugerah Ballon D’or di masa hadapan tu.

Sumber: Vocket

BACA:  Debut Hambar Martial Buat Pengurus Sevilla Rasa Kecewa