Abang Pogba Dedah Manchester United Terlalu Kerap Bagi Janji Palsu

Abang kepada Paul Pogba tampil mendedahkan yang beliau pernah meyakinkan adiknya untuk meninggalkan Old Trafford pada tahun 2012 yang lalu.

Beliau juga dalam kenyataan sama turut menghentam kelab kerana terlalu kerap bermain dengan janji-janji palsu mereka.

​Pogba merupakan pemain yang datang dari akademi Manchester United dan beliau turut sempat diserap sertai skuad utama, sebelum pergi menyertai Juventus dengan perpindahan percuma.

​Abang beliau, Mathias tampil membuat dakwaan yang beliaulah individu paling memainkan peranan ketika adiknya memutuskan untuk berpindah menyertai Serie A 10 tahun lalu.

Ketika ditanya adakah beliau menyokong supaya perpindahan itu berlaku, Mathias memberitahu So Foot bahawa:

“Paul bukan hanya sekadar disokong, tapi terima kasih perlu diucapkan kepada saya yang menyebabkan dia menandatangani kontrak di sana.”

“Saya yakinkan dia, 100%.”

Tambah beliau lagi.

“Dan lihat pada siapa dia sekarang. Di Manchester di selalu dapat harapan palsu sahaja.”

Bercakap tentang kebarangkalian masa depan pemain berusia 29 tahun itu, Mathias menegaskan yang beliau akan terus menyokong adiknya untuk berpindah sahaja pada musim panas ini.

​Ketika ditanya tentang peranan beliau pada awal karier adiknya, Mathias menyatakan:

“Peranan sebagai seorang abang, agak mudah.”

“Tak lebih, tak kurang. Saya akan nasihatkan dia sampai saya mati.”

Pogba walau bagaimanapun kembali semula ke Old Trafford dari Turin pada 2016 yang lalu, namun datang beliau pada ketika itu membawa gelaran sebagai pemain paling mahal dalam dunia bola sepak.

Beliau pergi menyerang Juventus secara percuma sahaja, namun kembali ke Old Trafford selepas United membayar yuran perpindahan bernilai £89 juta.

Apa yang lebih menarik lagi, beliau sepertinya akan sekali lagi meninggalkan kelab sebagai pemain bebas ejen dengan kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini.

Beliau telah dikaitkan dengan pasukan seperti Real Madrid dan Paris Saint Germain dan ada juga dakwaan yang mengatakan beliau berpotensi untuk kembali ke Turin.

Bercakap ketika rehat antarabangsa sebelum ini, pemenang Piala Dunia itu agak terkilan kerana terpaksa menghabiskan musim ini dengan tidak mengejar apa-apa kejuaraan.

“Musim ini masih belum habis lagi, tapi hampir tamat kerana kami sudah tak ada kejuaraan untuk dikejar.”

Jelas Pogba.

“Saya mahu menang kejuaraan, mahu bermain untuk sesuatu dan tahun ini dan beberapa tahun sebelum ini, kami masih belum menang Piala. Ia agak menyedihkan.”

“Jelas sekali (bermain dengan skuad Perancis merupakan satu hal yang menyegarkan). Itu lah kebenaran dia. Ada detik-detik sukar di United dan saya perlukan rehat ini untuk dapatkan semua tenaga dam keyakinan saya.”

“Ada kala, ketika saya tak bermain atau keputusan tak begitu bagus, datang sini, ia beri boost, udara di sini juga membantu saya untuk kembali bagus untuk beraksi bersama kelab.”

Manchester United sebelum ini sudah tersingkir dari saingan Carabao Cup, FA Cup dan terbaru mereka turut tersingkir dari saingan Champions League.

Dalam saingan liga pula, Manchester United agak jauh dipisahkan dari kedudukan pertama dan jelas sekali agak mustahil untuk mereka bersaing merebut gelaran liga.

Kerana itulah Pogba mengaku beliau sedih kerana akan mengharungi baki musim ini tanpa bersaing untuk memenangi apa-apa gelaran.

Lebih teruk lagi, Manchester United juga berpotensi untuk gagal mengakhiri saingan liga di kedudukan empat teratas, kerana kedudukan itu pada ketika ini menjadi milik Arsenal

Agak membimbangkan juga untuk skuad kendalian Ralf Rangnick itu jika mereka gagal memintas Arsenal, kerana mereka berpotensi untuk gagal melayakkan diri ke pentas Champions League musim hadapan.

Oleh yang demikian, Manchester United perlu menang baki semua perlawanan, jika mereka mahu berada di kelompok empat teratas dan beraksi di pentas Champions League musim hadapan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pogba: Kami Mahu Menang Piala