AC Milan Mulakan Perang Psikologi Keatas Arsenal Selepas Diundi Bersama

Pasukan yang menduduki tangga ke-6 Liga Perdana Inggeris, Arsenal telah diundi bertemu AC Milan dalam pusingan 16 terakhir Europa League.

Arsenal bakal berhadapan dengan pasukan yang telah menyinkirkan mereka dari saingan Liga Juara-Juara pada tahun 2012. Dalam perlawanan tersebut, Arsenal dibelasah 4-0 di San Siro sebelum bangkit untuk mencatatkan kemenangan 3-0 di Emirates pada perlawanan timbal balik.

Bakal bertemu sekali lagi tetapi kali ini dalam kejohanan yang berstatus lebih rendah

Tetapi kebangkitan mereka tidak mencukupi dengan AC Milan mara ke pusingan seterusnya dengan aggregat 4-3. Laurent Koscielny adalah pemain tunggal yang masih bermain dengan Arsenal sejak pertemuan tersebut, dan beliau juga mencatatkan nama selaku penjaring bersama Tomas Rosicky dan Robin Van Persie.

Dalam undian yang berlangsung petang tadi, Arsenal tidak bernasib baik selepas diundi pasukan gergasi Itali itu yang telah menunjukkan peningkatan sejak Gennaro Gattuso mengambil alih jawatan pengurus pasukan. AC Milan telah diundi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pertama menentang Arsenal.

Dan pegawai AC Milan tidak mengambil masa yang lama untuk melancarkan perang psikologi ke atas Arsenal dengan Direktor Sukan AC Milan, Massimiliano Mirabelli dipetik berkata,

3 gol yang dijaringkan Arsenal membuatkan pemain Milan hampir terkencing

“Saya simpati dengan Arsenal, pasukan yang saya mahu meneruskan perjuangan dalam saingan Eropah ini.”

“Ia boleh menjadi final Europa League yang bagus jika kami bertemu Arsenal. Adalah lebih baik buat AC Milan untuk bertemu kelab besar sekarang. Kami sangat memerlukan pasukan lawan seperti Arsenal ketika ini.”

Bekas penjaga gol AC Milan, Christian Abbiati yang kini bekerja sebagai pengurus besar kelab berkata pasukan Arsenal hari ini tidak sama dengan apa yang mereka pernah jumpa beberapa tahun yang lepas.

Suatu ketika dahulu

“Malapetaka buat AC Milan di London ketika itu apabila kami tewas 3-0, tetapi kami berjaya juga mara ke pusingan seterusnya. Saya berharap kami tidak mengulangi kesilapan tersebut kali ini. Milan kini berada dalam prestasi yang agak baik dan mencatatkan beberapa keputusan yang bagus. Kami perlu mengekalkan tahap ini.”

“Sudah tentu pasukan Arsenal hari ini tidak sama dengan pasukan Arsenal yang kami lawan dahulu. Pada ketika itu juga, Milan berada dalam kedudukan yang lebih bagus. Pemain kami akan lebih bersemangat untuk bermain dalam perlawanan besar sebegini.”

Arsenal akan berkunjung ke San Siro pada 8 Mac ini sebelum menjadi tuan rumah seminggu kemudian pada 15 Mac.

BACA:  Peminat Teruja Melihat Penjaga Gol Milan Naik Tram Pulang Ke Rumah Lepas Tamat Perlawanan