AFCON 2021: Steeve Yago Hanya Memerlukan 40 Saat Untuk Jadi Pemain Pertama Dapat Kad Kuning

Bintang Burkina Faso, Steeve Yago hanya memerlukan 40 saat sahaja untuk menjadi pemain pertama yang dilayangkan kad kuning dalam saingan AFCON tahun ini.

Beliau telah dilayangkan kad kuning kerana melakukan tackle yang sungguh luar biasa aneh ke atas bintang Cameroon, Collins Fai.

Sepak mula saingan Piala Benua Afrika telah dilangsungkan malam semalam, dengan perlawanan pertama telah menemukan pasukan tuan rumah Cameroon bertemu Burkina Faso.

Selepas melalui pelbagai kontroversi, saingan AFCON akhirnya berjaya dilangsungkan dengan pasukan tuan rumah cemerlang mencatatkan kemenangan pertama mereka.

Baru beberapa detik sahaja sebaik pengadil membunyikan wisel pemula, sudah berlaku aksi panas yang melibatkan Yago kerana mengasari Fai.

Yago telah melakukan terjahan keras yang aneh dan tidak keterlaluan untuk menganggap ia tackle paling teruk pernah dilihat pada tahun ini.

Beliau selayaknya dilayangkan dengan layangan kad merah atas kekasaran yang beliau lakukan itu, namun mujur saja beliau hanya menerima kad kuning.

Jelas sekali kesalahan yang beliau lakukan sememangnya perlu dihukum dengan pengadil perlawanan tidak teragak-agak mengeluarkan kad amaran walau perlawanan belum seminit berjalan.

Para peminat di media sosial rata-rata menganggap terjahan tersebut selayaknya dihukum dengan kad merah dan bukannya sekadar kad kuning.

“Apa yang cuba dia lakukan? Terjahan apa yang dia buat tu? Saya tak pernah tengok ada pemain yang melakukan tackle seteruk ini.”

“Persoalan saya mengapa dia masih dibenarkan untuk berada di atas padang selepas melakukan tackle yang begitu bahaya.”

“Sungguh kreatif cara dia memperkenalkan namanya kepada dunia, cukup dengan satu tackle bodoh, terus dia dikenali.”

“Piala Benua Afrika tak pernah mengecewakan, baru beberapa saat sudah ada pemain yang menghiburkan kita dengan aksi kelakar.”

“Saya sorang je ke rasa itu sepatutnya kad merah? Dia bukan hanya dapatkan bola, tapi bola pemain lawan pun dia sapu sekali.”

Hari yang penuh dengan kejutan, selepas melihat Newcastle diaibkan oleh pasukan dari division ketiga dalam saingan bola sepak Inggeris, peminat hampir saja untuk melihat satu lagi kejutan dari saingan AFCON.

Cameroon yang dianggap sebagai pilihan utama kejohanan hampir sahaja diaibkan oleh Burkina Faso dalam perlawanan ini, dengan mereka terlebih dahulu ketinggalan 1-0 pada minit ke-24 permainan.

Gustavo Sangare cemerlang menjaringkan gol yang sungguh cantik untuk memastikan Burkina Faso membuka tirai jaringan, seterusnya berusaha untuk menewaskan pasukan tuan rumah.

Walau bagaimanapun, skuad kendalian Kamou Malo’s itu gagal untuk mempertahankan kedudukan, selepas Cameroon berjaya memperoleh gol penyamaan pada minit ke-40 permainan.

Bintang Aston Villa, Bertrand Traore yang mencatatkan assists untuk gol pendahuluan Burkina Faso itu mencuba untuk memenangi bola di dalam kotak penalti, dan kerana usahanya gagal, beliau telah mengasari bintang Fulham, Andre Zambo.

Selepas merujuk VAR, pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada Cameroon, dengan Vincent Aboubakar tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Ketika perlawanan masuk ke masa tambahan aksi babak pertama, Cameroon sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti.

Kali ini, Issoufou Dayo pula yang melakukan kekasaran sia-sia dan menyebabkan pasukan tuan rumah di hadiahkan sepakan penalti.

Aboubakar sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti tersebut, dengan beliau tenang meledak gol kedua Cameroon dalam perlawanan ini.

Tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan, dengan Cameroon berjaya menewaskan Burkina Faso 2-1 dalam perlawanan pembukaan saingan AFCON tahun ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  AFCON 2021: Ivory Coast Tendang Juara Bertahan, Algeria Keluar Dari Kejohanan