Aguero Dedah Alasan Mengapa Beliau Tolak Memakai Nombor 10 Di Nou Camp

Sergio Aguero mendedahkan yang beliau menolak untuk memakai jersi bernombor 10 di Nou Camp kerana menghormati sahabatnya, Lionel Messi.

Pemergian mengejut Messi menyertai Paris Saint Germain pada awal musim panas ini telah menyebabkan nombor ikonik tersebut tidak bertuan dan pihak kelab pula tidak boleh ‘retired’ kan nombor tersebut atas peraturan La Liga.

Sergio Aguero dilaporkan menjadi individu pertama yang ditawarkan untuk memakai nombor tersebut memandangkan beliau antara calon paling layak.

Beliau menyertai Barcelona pada musim panas ini sebagai pemain berstatus free ejen,selepas kontrak 10 tahun beliau bersama City tamat pada penghujung musim lalu.

Walau bagaimanapun, bekas bintang Premier League itu menolak untuk menerima tawaran memakai jersi bernombor 10 tersebut.

Ia kerana Aguero merasakan andai beliau memakai nombor tersebut, beliau seolah tidak menghormati sahabatnya, Lionel Messi.

“Menolak tawaran untuk memakai jersi nombor 10 di Barcelona?”

Jelas Aguero.

“Ia bukan kerana saya tidak mahu, tapi ia kerana saya menghormati Lionel Messi.”

Philippe Coutinho juga dianggap calon untuk memakai nombor tersebut, namun Barca akhirnya memutuskan untuk memberikannya kepada Ansu Fati.

Pemain berusia 18 tahun itu akan memakai jersi tersebut, mengikuti jejak langkah legenda terhebat sepanjang zaman kelab seperti Messi, Ronaldinho dan Rivaldo.

Bagi Aguero pula, beliau sudah cukup gembira untuk memakai jersi bernombor 19 dan akan terus memakai nombor tersebut sepanjang kariernya di Nou Camp nanti.

Pemain berusia 33 tahun itu masih belum melakukan debutnya bersama Barca memandangkan beliau masih direhatkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Beliau berkemungkinan akan kembali cergas sepenuhnya menjelang bulan hadapan yang mana ketika itu Barca akan turun berdepan dengan Juara bertahan saingan La Liga, Atletico Madrid.

Beliau juga akan turun beraksi bertemu kuasa-kuasa besar La Liga dalam tempoh sama seperti Valencia dan Real Madrid.

Aguero dijangka akan memberi impak yang positif memandangkan beliau sudah biasa dan pernah beraksi dalam kancah bola sepak Sepanyol.

Lionel Messi sememangnya tiada pengganti, namun tidak mustahil untuk melihat Aguero menggantikan sahabatnya itu untuk memikul dan membantu Barca memenangi pelbagai kejuaraan.

Tidak kira berapa nombor jersi yang beliau pakai, para peminat Barca tentunya mengharapkan agar Aguero berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya dan membantu kelab untuk kembali menjadi kuasa besar dalam dunia bola sepak.

Walau tidak dapat beraksi bersama Messi di Nou Camp, namun Aguero tentunya akan berusaha melakukan yang terbaik agar beliau tidak hilang tempat dalam skuad kebangsaan Argentina, dan bakal beraksi bersama pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Sumber: SB

BACA:  Sergio Aguero Menganjing Muat Naik Garnacho Yang Memuji Ronaldo