Pemain penyerang Barcelona, Sergio Aguero telah dikejarkan ke hospital selepas mengadu mengalami ketidakselesaan dibahagian dada dan juga sesak nafas ketika beraksi menentang Alaves.
Pemain berusia 33 tahun itu telah dikeluarkan sebelum separuh masa pertama selepas menerima rawatan beberapa minit dalam perlawanan yang berlangsung di Nou Camp itu.
Ketika kejadian Sergio Aguero dilihat memegang dadanya dan dikejarkan ke hospital dengan ambulan untuk menjalani pemeriksaan jantung sebagai langkah berjaga-jaga.
Sergio Aguero bermain dari kesebelasan utama menentang Alaves dan perlawanan pertama buat pengurus interim, Sergi Barjuan yang mengisi kekosongan selepas Ronald Koeman telah dipecat.
Sergio Aguero seemed to be having trouble breathing and had to exit today's match in the 41'
Hope everything is ok with el Kun 🙏 pic.twitter.com/geovyFRRiY
— International Champions Cup (@IntChampionsCup) October 30, 2021
Pada minit ke-37, Sergio Aguero kelihatan tidak selesa apabila memegang dadanya seperti mengalami sesak nafas dan terus diberikan rawatan segera di padang.
Philippe Coutinho masuk menggantikan Aguero pada minit ke-40 dan masih mampu berjalan meninggalkan padang tanpa diusung sebelum dikejarkan ke hospital.
Barcelona telah mengeluarkan kenyataan mengenai situasi Aguero:
“Sergio Aguero telah melaporkan ketidakselesaan di dada dan telah dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan jantung”
𝗟𝗔𝗧𝗘𝗦𝗧 𝗡𝗘𝗪𝗦 | @aguerosergiokun reported chest discomfort and has been admitted to the hospital for a cardiac exam pic.twitter.com/7du9VIz5zO
— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 30, 2021
Bekas kelab Sergio Aguero, Manchester City segera menyatakan sokongan moral dan menitipkan doa supaya Aguero cepat sembuh.
“Semua orang di Manchester City mendoakan anda cepat sembuh Sergio Aguero.”
.
“Kami bersama anda 💙”
Everyone at Manchester City wishes you a speedy recovery, @aguerosergiokun.
We’re with you 💙 https://t.co/tohW4e0uwf
— Manchester City (@ManCity) October 30, 2021
Barcelona yang kini diketuai oleh bos sementara Sergi Barjuan untuk perlawanan yang pertama selepas pemergian Ronald Koeman, terikat seri 1-1 dengan Alaves.
Bekas penyerang Manchester United, Memphis Depay membuka jaringan sebelum Luis Rioja menyamakan kedudukan untuk memperoleh satu mata untuk pelawat.
Barcelona kekal di tangga kesembilan dalam ja La Liga – lapan mata di belakang seteru sengit Real Madrid, yang menewaskan Elche 2-1.
Kejadian menimpa Aguero ini terus mengingatkan kita kepada detik cemas yang menimpa pemain tengah handalan, Cristian Eriksen ketika bersama Denmark dikejohanan EURO 2020.
Perlawanan ketiga Euro 2020 dan perlawanan pembukaan bagi kumpulan B menemukan Denmark dan Finland telah ditangguhkan selepas Cristian Eriksen secara tiba-tiba rebah ke padang dan tidak sedarkan diri.
Ketika perlawanan berlangsung melepasi minit ke-40 perlawanan, pemain perancang pasukan Denmark, Cristian Eriksen rebah di Stadium Parken.
The Denmark v Finland Euro 2020 match was suspended after midfielder Christian Eriksen collapsed and received CPR from medics https://t.co/u2izIMOcgY
— Reuters (@Reuters) June 12, 2021
Pasukan perubatan terus bergegas masuk ke padang untuk memberikan bantuan segera dan pemain Denmark telah membuat benteng bagi menghalang rakaman diambil ketika Eriksen diberikan rawatan kecemasan.
Tindakan pantas Simon Kjaer yang membetulkan leher Christian Eriksen bagi memastikan saluran pernafasan tidak terhalang, ketua pasukan Denmark itu juga memastikan Christian Eriksen tidak tertelan lidah sendiri.
Rawatan kecemasan awal yang dilakukan oleh Simon Kjaer ini telah menyelamatkan nyawa Christian Eriksen sementara menantikan pasukan perubatan tiba di padang.
Captain and hero: Simon Kjaer.
Before the medics got there he secured his neck, cleared the airways and started CPR. Could have saved #Eriksen’s life. Act of heroism.
Kjaer trying to keep also Cristian’s wife strong, is very emotional.
What a man. 💪
So proud of you 🙏♥️ pic.twitter.com/eOFOMksODe— Angelo Mangiante (@angelomangiante) June 12, 2021
Hanya perbezaan beberapa saat sahaja kebangkalian yang buruk lagi teruk boleh dihadapi oleh Eriksen. Namun situasi Eriksen berjaya distabilkan oleh Simon Kjaer.
Cristian Eriksen kemudian dilaporkan telah sedar dan mampu mengangkat tangan ketika beliau dibawa keluar dari padang.
Ekoran daripada peristiwa itu Eriksen telah menjalani pembedahan memasukkan implantable cardioverter defibrillator (ICD) yang menghalang untuk kembali beraksi di Serie A.
Inter Milan mengesahkan bahawa Serie A masih dengan keputusan mereka untuk melarang Christian Eriksen daripada bermain di Serie A.
NEWS | Christian Eriksen would need to have his defibrillator removed before returning to competitive action for Inter Milan, Italy’s technical scientific committee have confirmed.https://t.co/vGOXROopfd
— The Athletic UK (@TheAthleticUK) July 23, 2021
Menurut ketua perubatan Itali, Christian Eriksen tidak akan dibenarkan untuk beraksi bersama Inter Milan melainkan beliau mencabut ICD yang dipasang pada jantungnya.
Dalam peraturan sukan profesional di Itali, mana mana atlet yang mendapat bantuan defibrillator, mereka tidak dibenarkan untuk bertanding.
Protokol di Itali ini sangat ketat berbanding dengan beberapa negara Eropah yang lain, di mana atlet yang menggunakan defibrillator masih dibenarkan bertanding.
Lantaran apa yang menimpa Eriksen inilah mendatang kerisauan kepada peminat bola sepak apabila melihat apa yang terjadi kepada Aguero yang merupakan antara permata dalam dunia bola sepak.