Aguero Tinggalkan City Dengan Linangan Air Mata

Sergio Aguero meninggalkan Manchester City dengan linangan air mata selepas tewas 1-0 kepada Chelsea dalam perlawanan akhir Champions League musim 200/21.

Trofi dan kejuaraan Champions League merupakan dambaan Sergio Aguero dalam perlawanan terakhirnya bersama Manchester City.

Namun hanya linangan air mata kekecewaan sahaja yang mampu dialirkan Aguero melihat Chelsea bergelar juara Eropah. Penamat yang tidak cantik yang dimulakan dengan permulaan yang hebat.

Sergio Aguero terus sugul, kaku dan terpegun selepas pengadil perlawanan, Antonio Miguel Mateu Lahoz dari Sepanyol meniup wisel penamat selepas cukup tujuh minit masa kecederaan.

Terpaku agak lama Aguero di padang menyelami jiwa yang kosong dipenuhi dengan kekecewaan ada yang datang bersalaman silih berganti namun Aguero tetap disitu.

Hanya satu gol yang menjadi pemisah tapi cukup untuk memberi perbezaan makna disebalik deraian air mata dari pemain pasukan Chelsea dan Manchester City.

Dalam perlawanan penentuan juara ini, Ageuro sekada memanaskan bangku simpanan selama 77 minit sebelum masuk menggantikan Raheem Sterling.

Dengan ketiadaan Kevin De Bruyne yang dikeluarkan ketika permainan berbaki 30 minit menyaksikan Manchester City agak bergelut untuk memberi saingan.

Tanpa nadi untuk menjana kreativiti serangan kemasukan Sergio Aguero tidak dapat memberikan sebarang imapak kepada Manchester City.

Permulaan dan penamat karier Sergio Aguero minggu lalu di liga sangat indah apabila menjaringan dua gol selepas masuk dari bangku simpanan untuk perlawanan terakhir Premier League.

Aguero melakukan cameo debut Premier League pada 2011 juga bermula dari bangku simpanan dan menjaringkan dua gol dalam perlawanan pertamanya bersama Manchester City.

Inilah gol dari Aguero yang telah memberi Manchester City gelaran Premier League pertama mereke sekaligus mengecewakan jiran mereka, Manchester United.

Gol kemenangan lewat permainan Aguero itu merupakan antara detik paling dramatik dalam sejarah bola sepak dan tempoh seminit terakhir memberi gelaran buat City.

Manchester United hampa terlepas kejuaraan kepada Manchester City di saat akhir pada perlawanan terakhir musim 2011/12.

Aguero telah menanggap gol itu merupakan gol yang paling penting dalam hidup beliau dan terbaik sepanjang sedekad kariernya di Manchester City.

Kepiluan dan kegembiraan telah Sergio Aguero dan Manchester City lalui bersama dan kini sudah tiba masanya mereka berpisah apabila penghujung musim sudah tiba.

Perpisahan ini terjadi kerana kontrak Aguero akan tamat pada musim panas ini dan Barcelona dilaporkan menjadi destinasi Aguero yang seterusnya.

Aguero juga telah menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 4-2 ke atas Napoli pada tahun 2017.

Sergio Aguero telah memecahkan rekod yang dipegang selama 78 tahun oleh Eric Brool yang menjaringkan 177 gol dalam 494 perlawanan.

Secara keseluruhannya, Aguero telah menjaringkan 260 gol dan menjaring penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City. Tanda aras ditinggalkan Aguero.

Sepanjang 10 tahun, Aguero telah membantu Manchester City menjulang empat gelaran Premier League, satu FA Cup dan lima League Cup.

Dengan rekod yang gila ini maka tidak hairanlah apabila Pengerusi Manchester City, Khaldoon Al Mubarak telah mendedahkan bahawa tugu Aguero akan didirikan bersama-sama dengan bekas rakan sepasukan Sergio, David Silva dan Vincent Kompany.

Kehebatan bertaraf Legenda Aguero akan disemat dengan pemasangan jubin khas secara kekal di Akademi Bola Sepak Manchester City untuk menjadi inspirasi pemain muda.

Suatu hari nanti sudah pasti nama Aguero akan tersemat dalam Hall of Fame atau dewan kemasyhuran Premier League bersama legenda kelab yang lain.

BACA:  Linangan Air Mata Iringi Persaraan Sergio Aguero