Aguero Salahkan Pengurusan Sebagai Punca Kegagalan Argentina

Hakikatnya Argentina belum pun tersingkir dari Piala Dunia 2018. Selepas kegagalan untuk menang pada perlawanan pertama, Argentina dilihat bakal pulang awal.

Kekalahan kepada Croatia tiga gol tanpa balas telah membuatkan pasukan Argentina berontakan di mana salah-menyalah dan tunding-menunding mula terjadi secara terbuka.

Penyerang Argentina, Sergio ‘Kun’ Aguero menunding jari ke arah Jorge Sampaoli sebagai punca utama Argentina dimalukan Croatia dalam perlawanan kumpulan D Piala Dunia 2018 awal pagi semalam.

Argentina tewas mengejut 3-0 di tangan Croatia hasil jaringan Ante Rebic, Luka Modric dan Ivan Rakitic.

Kekalahan tersebut menyebabkan Argentina berada di ambang penyingkiran dan mereka perlu menang ke atas Nigeria dalam perlawanan terakhir sambil berharap Iceland kehilangan mata.

Aguero menyalahkan pengurusan yang lemah sebagai punca mengapa Argentina gagal bermain dengan baik sebagai satu pasukan walaupun dibarisi ramai pemain ternama

Argentina hanya mampu mengutip 1 mata dari 2 perlawanan dimana sebelum ini mereka seri 1-1 menentang pasukan kerdil dari Eropah, Iceland.

Walau bagaimanapun, kekalahan di tangan Croatia lebih sukar untuk ditelan dan menyebabkan banyak pihak mempersoalkan kredibiliti pengurus Argentina, Jorge Sampaoli mengemudi pasukan yang dibarisi ramai pemain ternama.

Aguero antara pemain yang meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Sampaoli berikutan kekalahan kepada Croatia.

Aguero meluahkan rasa kecewa terhadap Sampaoli selepas bekas pengurus Sevilla itu menyalahkan pemain sebagai punca mereka tewas.

“Segalanya yang telah berlaku terhadap pasukan dan penurunan prestasi pemain adalah disebabkan masalah pengurusan. Pelan yang dirangka untuk pertemuan menentang Croatia gagal berjalan dengan baik.”

“Sampaoli boleh kecek gapo hok dio nok, tu hok dio.” Ujar Abe Kun yang masih kecewa.

“Saya sangat berharap kami mampu mencatat kemenangan. Kekalahan ini sangat menyakitkan hati kerana saya gagal untuk membaca perlawanan ini dengan baik.”

Walapun Sampaoli menyalahkan diri sendiri berikutan kekalahan tersebut, wartawan dari TyC Sports memberitahu Aguero Sampaoli mendakwa pemain Argentina gagal mengikut taktik beliau dengan baik.

Kenyataan Sampaoli itu dilihat seperti mencuci tangan dan Aguero jelas tidak gembira dengan apa yang keluar dari mulut pengurusnya.

“Beliau [Sampaoli] boleh cakap apa sahaja yang beliau mahu.” Ujar Aguero sebelum menghabiskan temuramahnya.

Salahkan ku, jangan salahkan mu. Aku yang bersalah ! Aku membesarkan Argentina dengan membabi buta ! Semuanya sudah terlambat

Aguero mungkin tersalah erti kenyataan Sampaoli yang telah diputar belit oleh wartawan, Aguero dan rakan-rakannya harus melupakan episode hitam secepat yang mungkin dan fokus terhadap perlawanan wajib menang Argentina  menentang Nigeria selepas ini.

Aguero merupakan penjaring tunggal untuk negaranya di Piala Dunia setakat ini dengan satu gol ketika seri 1-1 menentang Iceland.

Beliau bermain selama 54 minit ketika menentang Croatia sebelum tempatnya digantikan oleh penyerang Juventus, Gonzalo Higuain.

BACA:  Salt Bae Akhirnya Buka Mulut Mengenai Kontroversi Dirinya Di Piala Dunia