Manchester City & Wigan Dikenakan Hukuman Kerana Gagal Mengawal Pemain

FA England mengesahkan Manchester City dan Wigan Athletic akan dikenakan hukuman kerana gagal mengawal pemain masing-masing ketika pusingan ke-5 Piala FA yang berkesudahan dengan Wigan mencatatkan kemenangan mengejut 1-0 ke atas City.

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero pula terlepas dari dikenakan sebarang hukuman selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang penyokong Wigan ketika cuba meninggalkan padang.

Insiden yang menyebabkan City dan Wigan dikenakan hukuman

Terdapat laporan mengatakan Aguero akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyokong tersebut kerana provoksi yang dilakukannya.

Badan induk bolasepak itu juga turut mengesahkan tiada sebarang tindakan bakal dikenakan berikutan pertengkaran dalam terowong ketika rehat separuh masa melibatkan pengurus City, Pep Guardiola dan pengurus Wigan, Paul Cook. Pep dilaporkan bengang dengan tindakan pengadil memberikan kad merah kepada pemainnya sebelum tamat separuh masa pertama.

Insiden yang menyebabkan kedua-dua dikenakan hukuman oleh FA adalah ketika Fabian Delph dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama. Beberapa pemain Wigan mengelilingi pengadil dan menekan pengadil supaya memberikan kad merah kepada Delph.

Kita settle kt luar

Selepas kad merah dilayangkan, pemain City pula mengelilingi pengadil untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap keputusan tersebut. Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh FA, kedua-dua kelab diberi masa sehingga Jumaat ini untuk memberikan respons.

“Wigan Athletic dan Manchester City telah disabitkan dengan kesalahan gagal mengawal pemain masing-masing ketika insiden layangan kad merah terhadap Fabian Delph pada pusingan ke-5 Piala FA tempoh hari. Kedua-dua kelab mempunyai masa sehingga Jumaat ini untuk memberikan tindak balas.”

Berikutan kad merah Delph, terdapat pertelingkahan berlaku di tepi padang di antara Guardiola dan Cook yang turut melibatkan Aguero. Pertelingkahan ini bersambung sehingga ke terowong ketika kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinana masing-masing.

Insiden terowong Wigan.

Walaubagaimanapun, insiden terowong ini tidak akan dikenakan sebarang hukuman oleh pihak FA.

Ini bukan kali pertama City dijatuhkan hukuman kerana gagal mengawal pemain mereka. Mereka pernah dihukum FA musim lepas atas kesalahan ini sebanyak dua kali, kali pertama ketika perlawanan menentang Chelsea pada Disember 2016 dan terbaru menentang Liverpool pada Mac 2017.

Saat Aguero diludah penyokong tuan rumah

Pihak Wigan dan Polis Manchester sedang mengkaji bagaimana ratusan penyokong Wigan dapat menceroboh padang selepas perlawanan berakhir. Mereka juga sedang menyiasat mengapa polis mengambil masa yang lama untuk melindungi pasukan pelawat daripada penyokong tuan rumah.

Aguero antara pemain yang menjadi mangsa provokasi penyokong Wigan. Beliau dilaporkan diserang secara fizikal, dan diludah di bahagian telinga. Penyokong tersebut juga mengeluarkan kata-kata kesat kepada Aguero yang berbunyi,

“Suck my d**k.”

Golongan kunyit agaknya.

BACA:  Guardiola Percaya Phil Foden Sudah Bersedia Untuk Dipanggil England