Aguero Sediakan Hadiah Perpisahan Yang Sangat Istimewa Untuk Staff Manchester City

Sergio Aguero membeli jam tangan untuk setiap staff Manchester City yang bekerja di banggunan utama sebelum beliau meninggalkan Etihad untuk menyertai Barcelona.

Beliau turut mencalonkan nama kesemua staff tersebut sebagai calon untuk memenangi keretanya dengan membuat cabutan bertuah.

Aguero menghabiskan tempoh 10 tahun di Etihad hingga beliau berjaya menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City.

Pada hari Isnin lalu beliau secara rasminya telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Barcelona dan bintang Argentina itu kemudiannya memutuskan untuk melakukan satu hal yang sangat istimewa.

Menurut sumber laporan The Athletic, Aguero telah menghadiahkan setiap staff jam tangan berjenama Hublot atau Tag Heuer dengan ucapan:

“Terima kasih – Kun Aguero!”

Harga untuk setiap jam itu dilaporkan bernilai antara £1000 ke £1650 dengan Aguero secara keseluruhannya membeli 60 utas jam tangan untuk kesemua staff.

Beliau kemudiannya mencalonkan kesemua staff sebagai calon untuk memenangi kereta Range Rover Evoque yang baru di beli sebelum ini.

Ia hari yang sangat bertuah untuk kitman kelab yang mana beliau telah dipilih sebagai pemenang yang memenangi kereta milik Aguero.

Hal istimewa terakhir yang dilakukan oleh Aguero adalah beliau telah menyumbangkan dana yang besar ke dalam tabung kelab yang mana hasil kutipan tabung tersebut digunakan untuk membeli hadiah Christmas kepada staff sokongan.

Aksi terakhir pemain berusia 32 tahun itu bersama Manchester City adalah ketika perlawanan akhir Champions League minggu lalu yang mana mereka tewas 1-0 di tangan Chelsea.

48 jam selepas itu, beliau telah diterbangkan terus ke Catalonia untuk mengesahkan statusnya sebagai pemain Barcelona dan menjadi pemain pertama yang ditandatangani oleh gergasi La Liga itu pada musim panas ini.

“Kita semua tahu yang Barcelona merupakan kelab terhebat di dunia, jadi saya rasa saya telah membuat keputusan yang tepat untuk berada di sini dan saya harap saya mampu untuk membantu pasukan.”

Jelas Aguero kepada media Sepanyol.

“Sudah tentu ini merupakan langkah kedepan dalam karier saya dan semoga saja saya boleh membantu pasukan untuk memenangi sesuatu. Saya mahu bermain dan membantu pasukan ini, dan sekiranya pasukan melakukannya dengan baik, saya secara individunya akan turut bergembira.”

“Saya mahu kirimkan pelukan hangat kepada semua orang, kepada semua penyokong, saya akan cuba berikan yang terbaik dan semoga penyokong akan menikmati skill saya. Mereka pernah terhibur dengan saya yang memakai jersi lain, tapi sekarang saya di sini.”

“Saya sudah sedikit berubah. Ketika saya tiba di Eropah bersama Atletico Madrid di usia 18 tahun, saya belajar banyak hal, kemudian saya bermain bersama Manchester City dalam saingan Premier League.”

“Sekarang saya sudah berubah, cara permainan saya berbeza, tapi saya ada cadangan di mana saya boleh bermain dan saya akan cuba untuk bantu pasukan dan rakan sepasukan dengan pengalaman yang saya ada.”

BACA:  Panenka Aguero Menjadi Petaka Dan Kejuaraan City Tertangguh