Ajax Mengesahkan Hakim Ziyech Akan Meninggalkan Kelab Tersebut Musim Panas Nanti

Juara Eredivisie musim ini, Ajax Amsterdam mengesahkan pemain bintang, Hakim Ziyech akan meninggalkan kelab tersebut pada jendela perpindahan musim panas yang akan dibuka tidak lama lagi.

Pemain antarabangsa Morocco itu melalui musim yang cukup cemerlang bersama Ajax, dimana beliau berjaya menjaringkan 21 gol dan mencipta 24 assists dalam semua pertandingan.

Selain De Light dan Frankie De Jong, Hakim Ziyech juga akan meninggalkan Ajax musim panas nanti. Teringat pasukan Monaco dua tahun lepas, nasib yang sama menimpa kedua-dua pasukan selepas melalui kempen UCL yang cemerlang

Hakim merupakan pemain utama dalam skuad Ajax yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara Eredivisie selain mara sehingga peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah sebelum dikecewakan Tottenham Hotspurs.

Persembahan cemerlang Hakim musim ini telah menarik minat beberapa kelab gergasi sekitar Eropah seperti Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Bayern Munich. Walau bagaimanapun, Bayern Munich dianggap pasukan piliha untuk mendapatkan tandatangan Hakim dan dikhabarkan telah menghubungi pemain tersebut bagi merealisasikan perpindahan ini.

Berita perpindahan Hakim bukan lagi satu rahsia selepas Direktor Sukan Ajax, Marc Overmars mengesahkan pemain tersebut akan dibenarkan meninggalkan Johan Cruijff Arena dalam masa terdekat ini.

“Hakim  Ziyech akan meninggalkan kelab ini apabila kelab besar datang untuknya.”

“Beliau menjadi sasaran kerana persembahan baiknya dalam Liga Juara-Juara Eropah. Banyak kelab besar berkerumun untuk mendapatkan khidmat Hakim. Kami sudah berjanji dengan Hakim yang beliau akan dibenarkan berpindah jika kami menerima tawaran yang bagus.”

Menurut laporan The Mirror, bekas pemain FC Twente itu hanya mempunyai klausa pelepasan berjumlah £25 juta sahaja, iaitu satu jumlah yang cukup kecil dalam pasaran perpindahan pemain sekarang. Bagi kelab-kelab gergasi Eropah, jumlah itu hanya dicelah gigi sahaja.

Manchester United pernah berhadapan dengan Hakim Ziyech dalam final Europa League dua musim lalu

Hakim berpindah ke Ajax pada tahun 2016 dengan yuran perpindahan berjumlah £11 juta dan sejak itu, beliau telah berjaya menjaringkan lebih 100 gol untuk Ajax. Persembahan cemerlang Hakim juga membuatkan beliau dinamakan sebagai pemain terbaik Ajax untuk dua tahun berturut-turut.

Jikalau benar klausa pelepasan Hakim serendah itu sahaja, amat merugikan jika kelab yang sedang bergelut seperti Manchester United dan Arsenal tidak melakukan percubaan untuk mendapatkan khidmatnya.

BACA:  "Ye Ke Masalah Lutut?" - Ziyech Persenda Alasan Perpindahan Tinggalkan Chelsea Gagal