Pemain Manchester United yang dipinjamkan ke West Ham United, Jesse Lingard telah mempamerkan aksi adiwira dengan menjaringkan dua gol dalam debutnya bersama pasukan bimbingan David Moyes.
Jesse Lingard yang berwajah bayi dan sering menimbulkan salah faham dikalangan peminat bola sepak kerana menyangka beliau merupakan pemain remaja telah membuktikan potensi dirinya.
Pemain yang sering menjadi bahan ejekan di alam maya dengan pelbagai gelaran seperti lord dan Ligardinho ini telah dipinjamkan ke West Ham United untuk mendapat minit permainan.
🤳 A message to you from @JesseLingard… #COYI pic.twitter.com/F3GMgxDKuI
— West Ham United (@WestHam) January 30, 2021
Lingard mahu menempatkan dirinya dalam pasukan England yang akan beraksi dalam Euro akan datang. Lingard antara pemain penting dalam skuad Gareth Southgate di Piala Dunia Rusia 2018.
Pemain kelahiran akademi Manchester United ini merupakan prospek masa depan masa depan Setan Merah dan England, psda suatu ketika perkara ini hampir menjadi kenyataan.
Tetapi pada usia 28 tahun yang sepatutnya menjadi waktu puncak bagi seorang pemain tidak berjalan dengan lancar untuk Lingard yang terciduk.
Jesse Lingard could cost West Ham £4m after Man Utd inserted £500,000 European football clause into loan transfer https://t.co/hkpGD5fnHe via @TheSun pic.twitter.com/jAtHpnCiGw
— West Ham News (@WestHam247News) January 30, 2021
Lingard hanya membuat dua permulaan untuk United musim ini, yang menyebabkan keinginannya untuk pergi untuk mengejar minit permainan yang lebih banyak.
Bersatunya kembali Lingard bersama David Moyes di West Ham adalah satu solusi terbaik bagi karier Lingard ketika ini untuk kembali memenuhi potensi diri.
Dan itulah yang dilakukan Lingard apabila menjaringkan dua gol ketika membantu West Ham menewaskan Aston Villa 3-1 di Villa Park pada perlawanan pertama.
Aksi luar biasa Lingard ini telah menjadi bualan dunia bola sepak dan menyelamatkan penyokong Liverpool dari kecaman yang hebat selepas tewas kepada Brighton.
Thomas Soucek membuka tirai jaringan pada minit ke-51. Enam minit kemudian Dato Sri Lingard menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham.
Bermula daripada satu serangan balas, Lingard membuka ruang di kiri dan menerima bola dengan kemas menggunakan dadanya.
Tanpa rasa ragu, Lingard melakukan rembatan deras menewaskan Emi Martinez yang tidak dapat melakukan satu tepisan yang kemas keming kemut.
Lingard sekali lagi mencetak nama selaku penjaring dengan gol ketiga juga melalui satu rembatan deras pecah muka pecah kepala yang sekali lagi membuatkan sarung tangan Martinez bocor.
Jesse lingard has scored 2 goals since dec 2018 in the premier league
Jesse lingard vs aston villa Feb 2021 pic.twitter.com/0Q1Flyn4IY
— ! (@vintagevillaa) February 3, 2021
Lingard akhirnya dapat peluang untuk menari di padang tidak sekadar di media sosial seperti selalu sambil menjelirkan lidah.
Debut yang cemerlang dan memberi 3 mata berharga buat West Ham menentang Aston Villa yang terkenal dengan kemenangan 7-2 ke atas pasukan penyandang juara.
Statistik yang sangat gila juga dicatatkan oleh Lingard yang sudah lama tidak dapat peluang bermain di perlawanan peringkat tertinggi.
twitter.com/StatmanDave/status/1357089213464903682
Lingard telah berjaya melakukan 91 peratus hantaran tepat, di mana 21 daripadanya adalah di kotak serangan. Gila-gila.
6 kali Lingard menggelecek lawannya dengan 2 daripada lepas. Bukan itu sahaja, Lingard mencipta 2 peluang gol dan menjaringkan 2 gol.
Aksi cemerlang Lingard ini telah mendapat pujian dari David Moyes yang nyata kagum dan hilang mata hitam menyaksikan aksi Lingard di tepi padang.
“Lingard mencipta perbezaan kepada pasukan. Jika dia meneruskan aksi cemerlangnya, tak lama lagi dia akan kembali semula ke pasukan England. Bukan sahaja menjaringkan gol tetapi dia juga membuatkan pasukan ini bermain baik malam ini.”
"The team has been great with me, I've settled in quickly."
"I was smiling before the game, during the game, I just love football."
Jesse Lingard is clearly loving being back playing football at West Ham ⚒
🎙 @ReshminTV pic.twitter.com/yBgI780gt8
— Football on BT Sport (@btsportfootball) February 3, 2021
Lingard juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraan yang amat kerana dapat kembali meragut rumput di padang.
“Pasukan sangat baik dengan saya. Saya menyesuakan diri dengan cepat. Saya tersenyum sebelum perlawanan, ketika perlawanan. Saya sangat cintakan bola sepak,”