Bayern Munich telah mencetuskan kontroversi selepas mereka beraksi dengan 12 orang pemain ketika aksi dalam saingan Bundesliga semalam.
11 pemain padang dan seorang penjaga gol berada di atas padang pada masa yang sama untuk tempoh kurang satu minit.
Pendahulu saingan Bundesliga itu berjaya menewaskan Freiburg 4-1 di halaman lawan, dengan Leon Goretzka, Serge Gnabry, Kingsley Coman dan Marcel Sabitzer muncul sebagai penjaring gol.
😅 How did Bayern Munich end up with 12 players on the field in Freiburg today? https://t.co/CVoJv6vt6D
— DW Sports (@dw_sports) April 2, 2022
Walau bagaimanapun, kemenangan mereka itu sedikit terganggu dek insiden aneh yang mana Bayern Munich secara tak sengaja bermain dengan kelebihan seorang pemain untuk tempoh selama 10 saat.
Ya, lebih seorang pemain bermaksud dalam tempoh 10 detik itu Bayern bermain dengan 12 pemain bertemu pasukan tuan rumah yang memiliki 11 pemain.
Kingsley Coman sepatutnya dikeluarkan namun dek kerana berlaku kesalahan pada papan nombor yang mana papan tersebut memanggil nombor 29 ketika memanggil beliau keluar, sedangkan itu adalah nombor jersi lamanya, maka Coman tak tahu beliau harus keluar.
Pemain kebangsaan Perancis itu ketika ini memakai jersi bernombor 11 dan kerana melihat nombor yang dipanggil bukan nombornya, maka beliau sekadar meneruskan permainan seperti biasa.
Discussions ongoing for Bayern potentially having had 12 men on the pitch temporarily…..
This is confusing
— Bavarian Football Works (@BavarianFBWorks) April 2, 2022
5 minutes left in the Bayern game, a substitution issue happened where there was 12 men on the pitch, the refs took five minutes to discuss it because they straight up did not know what to do because that doesn’t really happen in soccer, it ended up just a regular free kick
— Nick Razum (@spazum720) April 2, 2022
Bayern having 12 men on the pitch, officials discussing it for five minutes and there being no punishment. pic.twitter.com/iNAYZnw8ik
— Dirty (@Dirty1313) April 2, 2022
Literally 12 men on the pitch playing for Bayern earlier. The officials seem lost.
— Aizzuddin Muis (@theaizoo) April 2, 2022
“Bayern Munich bermain dengan 12 pemain, tapi pengadil ambil masa selama lima minit untuk buat keputusan dan tak ada hukuman yang dikenakan?”
“Jadi pembantu pengadil tak pastikan betul-betul ada pemain yang keluar waktu pemain simpanan masuk? Ini ke kualiti pengadilan Bundesliga?”
“Satu persoalan yang pembantu pengadil perlu jawab adalah macam mana dia lepaskan pemain simpanan masuk sedangkan tak ada pemain yang keluar.”
“Mengarut, memang mengarut, tak masuk akal pengadil boleh benarkan pemain simpanan masuk tapi pemain yang sepatutnya keluar tak keluar.”
“Walaupun kelebihan seorang pemain tu tak bagi apa-apa kesan kerana ia hanya berlaku dalam tempoh 10 saat, tapi itu menunjukkan pengurusan Bayern dan kualiti pengadil sangat teruk.”
Sabitzer ketika itu sudah memasuki padang namun Coman tidak keluar dan kerana itulah Bayern Munich memiliki 12 pemain yang berada di atas padang pada ketika itu.
Mujur saja pengadil perlawanan segera sedar dan terus memberhentikan permainan sebelum mengarahkan Coman untuk keluar.
Tidak dinafikan, pengadil sememangnya mengambil masa yang agak lama untuk memutuskan sesuatu kerana hal ini jelas sekali sangat jarang berlaku.
Tak ada sebarang tindakan yang dikenakan ke atas Bayern Munich atas insiden tersebut dengan Kingsley Coman sekadar keluar dari padang ketika pengadil sedang berbincang.
Bayern Munich played with 12 players for 17 seconds after a substitution mix. pic.twitter.com/kZ9070HhIj
— BRGoals (@BRGoals) April 2, 2022
8 minit masa tambahan diberikan dan ia sebenarnya memberi ruang kepada Sabitzer, pemain yang masuk menggantikan Coman itu menjaringkan gol pada minit ke-96 permainan.
Pengurus pasukan, Julian Nagelsmann mengesahkan masalah yang berlaku ketika temu bual selepas tamat perlawanan, dan beliau menegaskan bahawa segala yang berlaku hanyalah salah faham.
Julian Nagelsmann explains the sub problem was an electronic board problem. #29 appeared on the board (there’s no #29 for Bayern) instead of 11 (Coman.) So Coman had no way of knowing. Nagelsmann said there were no attacking situations that occurred amid the confusion. #SCFFCB
— Derek Rae (@RaeComm) April 2, 2022
Nagelsmann said he spotted the problem immediately. No influence on the game but took a while to sort out.
— Derek Rae (@RaeComm) April 2, 2022
Nagelsmann emphasises again at the press conference that there were no game deciding scenes in the 8 or 9 seconds when they had 12 on the pitch. Then the issue was dealt with. Came down to the wrong number on the board.
— Derek Rae (@RaeComm) April 2, 2022
Kemenangan itu berjaya membantu Bayern Munich untuk mendahului carta saingan Bundesliga dengan kelebihan sembilan mata.
Pencabar terdekat, Borussia Dortmund pula sekali lagi keciciran mata selepas mereka tewas 4-1 di tangan RB Leipzig.
Bayern Munich pada ketika ini jelas sekali akan mengalihkan perhatian mereka kepada saingan Champions League yang mana mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Villarreal di peringkat suku akhir.
Bayern Munich sepertinya tak ada masalah untuk memenangi gelaran Bundesliga pada musim ini, namun untuk menjulang gelaran Champions League, mereka perlu berusaha lebih gigih.
Bayern Munich could face punishment after playing part of Bundesliga match with 12 menhttps://t.co/vai0mPJIFr pic.twitter.com/Odyihf5TQS
— Mirror Football (@MirrorFootball) April 2, 2022
Kesemua lapan pasukan yang ada di peringkat suku akhir berpotensi untuk muncul Juara dan sukar sebenarnya untuk meramalkan siapa paling layak untuk muncul Juara musim ini.
Sumber: SPORTbible