Aksi Latihan Skuad Mali Terganggu Kerana Berlaku Peperangan Di Luar Stadium

Mali terpaksa membatalkan sesi latihan terakhir mereka sebelum turun beraksi dalam perlawanan pertama mereka di kejohanan AFCON tahun ini.

Mereka terpaksa membatalkan sesi latihan selepas berlakunya peperangan antara puak pemberontak dengan tentera kerajaan di kawasan tempat latihan.

Tentera negara terpaksa dihantar ke sebuah bandar di barat Cameroon, berhampiran padang latihan Limbe, tempat yang mana digunakan oleh kedua-dua Mali dan Gambia sepanjang kejohanan ini.

Menurut sumber laporan dari Cameroon News Agency, skuad Mali terpaksa membatalkan sesi latihan mereka, beberapa sebelum turun beraksi bertemu Tunisia malam semalam.

Bintang Premier League, Yves Bissouma dan Moussa Djenepo merupakan antara bintang berprofil tinggi yang ada dalam skuad Mali di Cameroon.

Dua individu meninggal dunia dalam aksi tembak menembak itu, dengan lima lagi dilaporkan sedang menerima rawatan kerana mengalami kecederaan.

Menurut laporan dari media tempatan, kawasan tersebut pada ketika ini sedang diletakkan dalam zon bahaya dengan pihak kerajaan telah menempatkan ramai tentera di laluan masuk ke Limbe.

“Skuad Mali terpaksa batalkan sesi latihan dan meninggalkan Molyko Stadium.”

Lapor media dari Cameroon.

“Dua penduduk (lelaki) telah meninggal dunia si Buea Central Market selepas mereka berada di kawasan tembak menembak antara Ambazonia dan tentera kerajaan.”

Puak pemberontak menentang keputusan Cameroon menganjurkan pertandingan tersebut di kawasan barat negara tersebut, dan mereka turut bertanggungjawab atas serangan yang dilakukan dengan mereka sendiri sudah memberi ancaman beberapa kali sebelum ini.

Bercakap kepada media, Blaise Chamango, wakil pekerja di kawasan tersebut telah menyatakan bahawa:

“Ada tembak menembak pada pagi ini di sekitar bandar. Kami juga dapat maklumat yang ada bahan letupan yang telah diletakkan di pasar.”

“Puak pemberontak dan pegawai tentera berperang di kawasan ini.”

“Puak pemberontak mendesak agar tiada apa pun yang boleh dilakukan di kawasan barat Cameroon sepanjang kejohanan AFCON dilangsungkan.”

Pertandingan tersebut yang sepatutnya dilangsungkan pada Januari tahun lalu terpaksa ditangguhkan pada tahun ini dan aksi sepak mula telah mula dilangsungkan hujung minggu lalu.

Pasukan tuan rumah berjaya menewaskan Burkina Faso 2-1 dengan perlawanan tersebut menjadi perlawanan pertama yang dilangsungkan dalam kejohanan ini.

Pertembungan antara Mali bertemu Tunusia walau bagaimanapun tetap berjalan seperti biasa malam semalam, namun kedunguan pengadil perlawanan mencetuskan kontroversi panas dalam perlawanan tersebut.

Kedunguan pengadil mencemar aksi Tunisia bertemu Mali

Aksi perlawanan Tunisia bertemu Mali dalam saingan AFCON malam semalam berakhir dengan suasana cukup kontroversi dek kerana keputusan pengadil yang ultimate dungu.

Pengadil perlawanan, Janny Sikazwe dua kali membunyikan wisel penamat, dan kedua-duanya lebih awal dari yang sepatutnya.

Selain dua kali menamatkan perlawanan lebih awal termasuk lima minit terlalu awal, kebanyakan keputusan beliau dalam perlawanan ini turut sangat meragukan.

Mali berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 selepas Ibrahima Kone meledak gol pada aksi babak kedua dalam perlawanan ini.

Namun tidak ramai yang peduli tentang keputusan perlawanan ini dek kerana mereka lebih berminat untuk membincangkan tentang kedunguan yang ditunjukkan oleh pengadil perlawanan.

Dua penalti kontroversi, kad merah yang tak sepatutnya, keputusan-keputusan yang aneh dan paling mengejutkan tiup wisel penamat terlalu awal.

Mali di hadiahkan sepakan penalti pada minit ke-48 permainan ketika pemain Tunisia Ellyes Skhiri didakwa menghalang percubaan lawan dengan menggunakan tangan.

Beliau hanya dilayangkan kad kuning kerana menghalang percubaan lawan dengan menggunakan tangan.

Ibrahima Kone kemudiannya tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, dengan beliau cemerlang meletakkan Mali satu gol dihadapan.

Tunisia kemudiannya diberikan kesempatan untuk menyamakan kedudukan juga menerusi sudut sepakan penalti.

Pada minit ke-75, selepas menyemak VAR, pengadil memberikan sepakan penalti kepada Tunisia kerana mendakwa bola terkena tangan bintang Southampton, Moussa Djenepo.

Malang untuk Tunisia, bekas bintang Sunderland, Wahbi Khazri gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, selepas ia diselamatkan oleh penjaga gol Mali, Ibrahim Mounkoro.

Keadaan semakin aneh dan huru-hara selepas pengadil dari Zambia, Janny Sikazwe meniupkan wisel penamat pada minit ke-85 permainan.

Ya ada lima minit lagi masa sebenar permainan, namun pengadil sudah membunyikan wisel panjang untuk menamatkan perlawanan.

Para pemain kedua-dua pasukan nampak benar-benar bengang dengan keputusan pengadil perlawanan, dengan Sikazwe kemudiannya sedar kesilapan beliau dan memanggil semua pemain untuk kembali bermain.

Seminit sahaja selepas permainan dimulakan semula, Sikazwe telah melayangkan kad merah kepada pemain midfield Mali, El Bilal Toure atas kekasaran biasa di bahagian midfield.

Pihak VAR sendiri mengesahkan yang tiada kad merah dan meminta Sikazwe menyemak semula keputusan beliau, namun pengadil dari Zambia itu tetap dengan pendirian beliau.

Tunisia kemudiannya berusaha sehabis daya mereka untuk mencari gol penyamaan bertemu Mali yang terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.

Malang untuk kem Tunisia, pengadil dungu itu kemudiannya sekali lagi meniupkan wisel penamat sebelum minit ke-90 dalam perlawanan ini.

Bukan hanya tiada masa tambahan, bahkan masa sebenar permainan juga tidak cukup 90 minit dimainkan kerana pengadil membunyikan wisel penamat pada minit ke-89 permainan.

Para pemain Tunisia benar-benar bengang dengan keputusan pengadil kerana meniup wisel terlalu awal dan lebih teruk lagi langsung tidak ada tambahan masa.

Walaupun perlawanan kerap terhenti dan sempat ditamatkan terlalu awal, namun pengadil langsung tidak memperdulikan segala bantahan yang diberikan.

Sikazwe kemudiannya terpaksa meminta bantuan dari petugas keselamatan untuk memberi perlindungan kepadanya selepas tamat perlawanan.

Ketua jurulatih Tunisia, Mondher Kabaier bengang dan hampir sahaja mahu memukul Sikazwe di tengah padang selepas tamat perlawanan tersebut.

Para pemain kedua-dua pasukan kemudiannya kembali ke bilik persalinan masing-masing, namun drama sebenar dalam perlawanan ini masih belum selesai.

Pegawai dari badan induk bola sepak Afrika, CAF, membuat kenyataan selepas tamat perlawanan mengesahkan yang perlawanan tersebut perlu disambung semula.

Kesemua pemain diminta bermain selama tiga minit masa sebenar, dan akan ada tambahan masa kecederaan yang akan diberikan.

“Sidang media jurulatih Mali, Mohamed Magassouba telah diganggu.”

Tulis wartawan dari Algeria, Maher Mezahi di laman twitter miliknya.

“pegawai CAF masuk campur dan mengatakan yang perlawanan akan dimulakan semula dengan mereka akan beraksi selama tiga minit.”

Para pemain Mali kemudiannya menolak untuk kembali ke padang, sebelum mereka akhirnya bersetuju untuk beraksi semula.

Walau bagaimanapun, para pemain Tunisia sudah tidak mahu meneruskan permainan dengan Mali secara rasminya dinobatkan sebagai pemenang dalam perlawanan ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lima Pasukan Kegemaran Untuk Menjuarai Saingan AFCON 2021