Saingan AFCON 2021 akan bermula tidak lama lagi dengan saingan kali ini akan dilangsungkan di Cameroon pada awal Januari nanti.
Pertandingan kali ini merupakan edisi kali ke-33 dan jelas sekali AFCON merupakan pertandingan paling besar di pentas bola sepak benua Afrika.
24 pasukan dari seluruh benua Afrika akan turun berentap dalam pertandingan pada edisi kali ini dengan kesemua mereka turun dengan misi untuk bergelar juara.
All 52 games at the #AFCON2021 will have VAR.
A total of 63 match officials have been picked to feature at the tournament. First Afcon to have VAR. pic.twitter.com/aVSOEUJqnQ
— Saddick Adams (@SaddickAdams) December 27, 2021
Agak menarik untuk menyaksikan pertandingan pada edisi kali ini, dengan ramai bintang Afrika sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka yang bakal berentap sesama sendiri.
Mohamed Salah, Sadio Mane, Edouard Mendy dan Riyad Mahrez merupakan antara nama besar yang akan beraksi dalam pertandingan ini.
AFCON bakal berlangsung dari awal Januari hingga awal Februari, dengan para pemain yang bermain di Eropah bakal terpaksa meninggalkan kelab masing-masing untuk sertai pertandingan ini.
Satu lagi hal yang menarik berkait AFCON pada tahun ini adalah tiadanya kumpulan yang dianggap ‘maut’ dengan semua kumpulan nampak seimbang.
📊 Final 2021 African FIFA rankings:
1⃣ 🇸🇳 Senegal
2⃣ 🇲🇦 Morocco
3⃣ 🇩🇿 Algeria
4⃣ 🇹🇳 Tunisia
5⃣ 🇳🇬 Nigeria
6⃣ 🇪🇬 Egypt
7⃣ 🇨🇲 Cameroon
8⃣ 🇬🇭 Ghana
9⃣ 🇲🇱 Mali
🔟 🇨🇮 Ivory CoastNext up .. #AFCON2021 ! pic.twitter.com/eDWL6mYhI3
— Walid Ziani (@bylka613_) December 20, 2021
Gergasi Afrika seperti Egypt, Senegal, Cameroon dan Algeria dijangka tidak akan berdepan masalah untuk melayakan diri ke pusingan kalah mati.
Daripada 24 pasukan yang akan bertanding pada tahun ini, berikut merupakan lima pasukan yang dijangka bakal menjadi calon kegemaran untuk bergelar juara.
1. Algeria – 2 Kali Juara AFCON
Juara bertahan AFCON, Algeria merupakan calon kegemaran untuk muncul sebagai juara pada edisi 2021 ini selepas mereka mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan pada tahun ini.
Ketika aksi kelayakan AFCON, Algeria merupakan pasukan paling banyak menjaringkan gol dengan mereka berjaya meledak 19 gol dari enam perlawanan.
Best attack in the #TotalEnergiesAFCON2021 qualifiers 🇩🇿 🎯
The Algerians seek to win their second successive title 🦊@LesVerts
— #TotalEnergiesAFCON2021 (@TotalAfcon2021) December 26, 2021
Mereka juga merupakan pasukan paling banyak menjaringkan gol ketika aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia, dengan menjaringkan 25 gol dari enam perlawanan.
Algeria juga masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dalam kesemua perlawanan kelayakan.
Mereka juga turut berjaya menjuarai saingan FIFA Arab Cup minggu lalu selepas cemerlang menundukkan Tunisia 2-0 dalam aksi perlawanan akhir.
Riyad Mahrez bakal menjadi ketua pasukan untuk skuad Algeria bertemu Equatorial Guinea, Ivory Coast dan Sierra Leone dalam aksi peringkat kumpulan E.
2. Senegal – Tidak Pernah Menang AFCON
Senegal pada ketika ini merupakan pasukan dari benua Afrika yang berada di ranking terbaik dalam senarai ranking FIFA, dan jelas sekali mereka sangat berharap untuk muncul sebagai juara AFCON pada tahun ini.
🇸🇳 midfield mastermind 🧠
Will @IGanaGueye be Senegal's key to #TotalEnergiesAFCON2021 dominance? 🤔
— #TotalEnergiesAFCON2021 (@TotalAfcon2021) December 24, 2021
Mereka telah dikecewakan oleh Algeria ketika aksi perlawanan akhir saingan AFCON edisi 2019 dan Senegal turut pada tahun ini dalam misi untuk menang.
Senegal juga cemerlang mencatatkan rekod tidak terkalahkan sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia, dengan mereka hanya mencatatkan satu sahaja keputusan seri.
Mereka merupakan pasukan paling kuat untuk kejohanan pada tahun ini, dengan 27 pemain yang ada dalam skuad Senegal merupakan antara bintang-bintang besar dalam dunia bola sepak.
Edouard Mendy, Sadio Mane, Chiekhou Kouyate, Kalidou Koulibaly dan Idrissa Gueye merupakan antara bintang-bintang besar yang akan turun mewakili Senegal di kejohanan AFCON pada tahun ini.
3. Morocco – 1 Kali Juara AFCON
Morocco turun ke kejohanan AFCON 2021 dengan rentak persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Mereka turut merekodkan 100% kemenangan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dan hanya mencatatkan satu kekalahan sahaja sepanjang tahun 2021 ini.
AFCON 2021: A fallout with Halilhodzic cost Ziyech a place in Morocco squad https://t.co/TNwsiW90yh
— Football256 (@f00tball256) December 24, 2021
Morocco juga berjaya mencatatkan 12 clean sheet sepanjang tahun ini dan jelas sekali ia kerana mereka pada ketika ini dianggap pasukan yang memiliki skuad terbaik dari kesemua skuad yang bertanding.
Youssef En-Nesyri, Romain Saiss, Achraf Hakimi dan Yassine Bounou merupakan antara barisan pemain utama Morocco.
Kali terakhir Morocco memenangi pertandingan ini adalah pada tahun 1976 dan sejak dua edisi terakhir ini, mereka berjaya melayakkan diri hingga ke aksi kalah mati.
Mereka ditewaskan di pusingan 16 terbaik pada edisi 2019 dan jelas sekali Morocco pada edisi kali ini mereka mahu pergi lebih jauh lagi.
2021 AFCON: Morocco coach Vahid Halilhodzic names final squad, excludes Chelsea star Hakim Ziyech https://t.co/j76kFxFHmf pic.twitter.com/4XOh5HD4WH
— Ghanasoccernet.com (@Ghanasoccernet) December 23, 2021
Morocco diundi untuk berada dalam kumpulan C bersama Ghana, Comoros dan Gabon dan sepertinya tiada masalah untuk mereka melayakan diri ke pusingan 16 terbaik.
4. Egypt – 7 Kali Juara AFCON
Jelas sekali sangat mustahil untuk ketepikan Juara tujuh kali dalam pertandingan ini, Egypt dari senarai calon kegemaran untuk memenangi edisi kali ini.
Semua mata jelas sekali akan tertumpu ke arah Mo Salah, dengan bintang Mesir itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang musim ini.
🇪🇬 The Pharaohs will make their 25th appearance at the #TotalEnergiesAFCON 🏆
Egypt secured top spot in group G of the #TotalEnergiesAFCON2021 qualifiers 🔝@EFA
— #TotalEnergiesAFCON2021 (@TotalAfcon2021) December 24, 2021
Seandainya beliau mampu pamerkan aksi ketika bersama Liverpool di pentas AFCON ini, tidak mustahil Salah akan berjaya membantu skuadnya untuk muncul juara buat pertama kali sejak 2010 yang lalu.
Senarai pemain yang akan sertai kejohanan ini masih belum diputuskan, namun bintang Premier League seperti Salah, Trezeguet dan Mohamed Elneny sudah tentu akan disenaraikan.
Mereka berdepan kesukaran pada edisi sebelum ini dengan Egypt sekadar tersingkir di pusingan 16 terbaik selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-0 di tangan Afrika Selatan.
Pada edisi sebelum itu iaitu pada tahun 2017, Egypt berjaya mara hingga ke aksi perlawanan akhir, namun terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Cameroon.
5. Cameroon – 5 Kali Juara AFCON
Cameroon merupakan pasukan tuan rumah untuk AFCON 2021 dan mereka juga merupakan antara pasukan bola sepak paling berjaya sepanjang zaman dari benua Afrika.
AFCON 2021: Does Cameroon Have What it Takes to Host And Win The Tournament? https://t.co/cZgKe1KtbT
— ADAMU MUFTAWU (@muftymufty15) December 26, 2021
Mereka pernah lima kali muncul sebagai Juara dalam pertandingan ini dan untuk edisi kali ini, Cameroon sekali lagi dianggap sebagai calon kegemaran untuk muncul sebagai Juara.
Kali terakhir Cameroon muncul sebagai Juara dalam pertandingan ini adalah pada tahun 2017 yang lalu, selepas mereka cemerlang menewaskan Egypt 2-1 dalam aksi perlawanan akhir.
Walau bagaimanapun, Cameroon gagal untuk melepasi aksi pusingan 16 terbaik ketika edisi sebelum ini pada tahun 2019 yang lalu.
Pemain penyerang Bayern Munich, Eric Maxim Choupo-Moting dan pemain sayap Olympique Lyon, Toko-Ekambi bakal menjadi pemain terpenting Cameroon pada edisi kali ini selepas Joel Matip gagal untuk turut serta.
Cameroon telah diundi untuk berada dalam kumpulan yang sama dengan Burkina Faso, Ethiopia dan Cape Verde dalam aksi peringkat kumpulan A.
AFCON 2021 declared squads:#TotalEnergiesAFCON2021:
1. Cameroon (hosts) pic.twitter.com/CjtYLaNsbQ— Eric Njiru (@EricNjiiru) December 25, 2021
Oleh yang demikian, sepertinya tiada masalah untuk Cameroon mara ke pusingan kalah mati, kerana lawan mereka di peringkat kumpulan jelas mudah untuk mereka hadapi.
Mereka pada ketika ini berada di kedudukan ke-50 dalam ranking FIFA dan Cameroon juga turut merekodkan kejayaan yang cemerlang ketika aksi kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.
Mereka hanya tewas satu sahaja dari enam perlawanan terakhir dan kerana itulah Cameroon dianggap sebagai calon kegemaran untuk muncul sebagai Juara.
Sumber: SK