Aksi Mo Salah Bertemu Watford Mengukuhkan Kedudukannya Sebagai Pemain Terhebat Dunia Pada Ketika Ini

Mo Salah telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu Liverpool membelasah Watford 5-0 malam semalam.

Salah sepertinya dibayar untuk sentiasa mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan, dengan beliau boleh dikatakan memberi impak yang sama dalam setiap perlawanan pada musim ini.

Aksi hebatnya itu semakin mengukuhkan kedudukan Salah sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Pemain kebangsaan Mesir itu jelas tidak boleh ditandingi dengan beliau mempamerkan aksi cukup dominan di Vicarage Road malam semalam.

Beliau memulakan aksi cemerlangnya dalam perlawanan ini dengan mencipta assists yang sungguh cantik untuk membantu Sadio Mane menghasilkan gol ke-100 dalam saingan Premier League.

Sadio Mane meledak gol pembukaan untuk The Reds pada minit kesembilan permainan, dan ia seolah-olah menunjukkan jentera serangan tiga serangkai Liverpool sudah kembali.

Selepas mencipta assists yang menakjubkan, Salah berjaya menjaringkan gol yang sungguh mengagumkan pada aksi babak kedua permainan.

Ia merupakan kali kedua secara berturut-turut Salah menjaringkan gol yang sangat cantik dan layak dianggap sebagai goal of the season, selepas beliau sebelum ini menjaringkan gol yang dasyat ketika bertemu Manchester City.

Salah berjaya mengayam-ayamkan barisan pertahanan Watford dengan kelincahan kakinya yang sangat menakjubkan sebelum menewaskan Ben Foster dengan gerakan penyudah yang sangat mengagumkan.

Peminat seluruh dunia turut kagum dan terpesona melihat bagaimana berkualiti dan hebatnya Salah dengan persembahan dan gol jaringannya.

Reaksi Jurgen Klopp melihat gol jaringan Salah sudah cukup untuk menunjukkan bagaimana beliau sangat berpuas hati dengan sumbangan dari pemain utamanya itu.

Bahkan, walau Roberto Firmino berjaya mencatatkan hat-trick dalam perlawanan tersebut, Salah masih tetap mendapat segala pujian dan dianggap pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Aksi mantap Mo Salah telah memberikan beliau satu lagi penghargaan untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan itu.

Walau ramai yang anggap beliau hanyalah sekadar jelmaan Michu (One Season Wonder) namun The Egyptian King itu membuktikan beliau konsisten sejak lima tahun terakhir ini.

Musim ini, Salah tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaik sepanjang kariernya.

Maka tidak hairanlah ramai yang menganggap beliau sebagai pemain terhebat dunia pada ketika ini, jauh meninggalkan pesaing-pesaing terdekatnya yang lain.

Aksi persembahan beliau sangat menarik untuk ditonton dan ia seolah melihat seorang pemain terhebat dunia, sedang berada di tahap persembahan terbaiknya.

Karim Benzema dan Robert Lewandowski turut melakukan hal yang sama secara konsisten sejak kebelakangan ini, namun Klopp sendiri mengakui tiada pemain yang mampu lakukan lebih baik berbanding Mo Salah pada ketika ini.

“Ayuh lah, siapa yang lebih bagus dari dia?”

Jelas Klopp dalam temu bual selepas tamat perlawanan bersama BT Sport.

“Kita tidak mahu bercakap tentang apa Messi dan Ronaldo lakukan dalam dunia bola sepak dan dominasi mereka, tapi sekarang, Salah yang terhebat.”

“Persembahan dia sangat menakjubkan. Hantaran dia untuk gol pertama sungguh dasyat, dan gol jaringan dia sangat istimewa. Dia berada di puncak dan kita semua nampak itu.”

Liverpool berjaya menewaskan Watford dengan keputusan 5-0 hasil jaringan dari Mo Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino yang cemerlang mencatatkan hat-trick.

Trio serangan Liverpool gandingan Mane, Salah dan Firmino sudah kembali dengan mereka bakal menjadi ancaman paling mengerikan untuk barisan pertahanan pasukan lawan.

Liverpool kini berada di kedudukan kedua, satu mata dibelakang Chelsea yang sedang menerajui saingan Premier League pada ketika ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu selepas ini akan turun beraksi bertemu Atletico Madrid dalam aksi saingan Champions League dan tentunya Salah akan terus menjadi pemain tumpuan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Salah Percaya Liverpool Bakal Muncul Juara Liga Perdana Inggeris Jika Menang Baki 4 Perlawanan