Alasan Mengapa FA England Tak Hukum Trent Yang Menolak Untuk Menyanyi Lagu Kebangsaan

Persatuan Bola Sepak England menegaskan yang tiada paksaan untuk para pemain menyanyi lagu kebangsaan sebelum sepak mula mana-mana perlawanan.

Memandangkan Trent Alexander Arnold dihentam teruk oleh peminat kerana tidak menyanyikan lagu kebangsaan, para peminat sempat mengungkit kembali kisah-kisah pemain lain yang turut sama melakukan hal yang dilakukan oleh bintang Liverpool itu.

Pihak FA sendiri sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berkait hal tersebut dan pendirian mereka jelas sekali bahawa para pemain tidak dipaksa untuk melakukan hal itu.

Bintang Liverpool itu dihentam teruk oleh para peminat kerana beliau tidak turut sama menyanyikan lagu kebangsaan England ketika aksi bertemu Hungary sebelum ini.

Ketika aksi kekalahan 1-0 bertemu Hungary sebelum ini, para pemain England seperti kebiasaannya menyanyikan lagu kebangsaan England dan Trent Alexander Arnold pada ketika itu dilihat tidak turut serta dan beliau hanya mendiamkan diri.

Ramai yang mengecam tindakan pemain berusia 23 tahun itu dan menganggap beliau sebenarnya tidak ada jiwa untuk beraksi bersama skuad kebangsaan England.

Bahkan ada peminat yang turut mengaitkan isu bangsa Arnold (Scouser) sebagai punca beliau sebenarnya benci kepada England.

Ketika ramai yang mengecam beliau seolah-olah beliau melakukan dosa besar, ramai peminat yang terlupa bahawa menyanyikan lagu kebangsaan itu merupakan pilihan pemain sendiri.

Tiada paksaan untuk pemain itu perlu menyanyi atau tidak dan Arnold bukanlah satu-satunya pemain yang tidak mahu turut sama menyanyikan lagu kebangsaan England.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman England, Wayne Rooney sebelum ini turut pernah dihentam kerana tidak menunjukkan semangat patriotisma.

Bob Peedle yang juga merupakan Vice Chairman untuk Royal Society of At George, menuduh Wayne Rooney sebagai individu yang biadap dan beliau turut menawarkan diri untuk mengajar legenda United itu cara menyanyikan lagu kebangsaan dengan betul.

Hal itu menyebabkan pihak FA sendiri tampil menegaskan yang para pemain sebenarnya tak dipaksa sama sekali untuk menyanyikan lagi kebangsaan.

“Sama ada pemain itu mahu menyanyi lagu kebangsaan atau tidak itu sebenarnya terpulang kepada diri pemain sendiri.”

Jelas jurucakap FA England.

“Alasan sebalik keputusan Wayne Rooney untuk tidak menyanyi itu semuanya terserah kepada dia.”

“Kami tahu yang setiap pemain memang bersemangat dan turut berbangga dapat main untuk England.”

Selain itu, bekas pemain pertahanan England, Gary Neville sendiri turut pernah tidak menyanyikan lagu kebangsaan ketika beraksi di pentas Euro 1996.

Ketika pemain seperti Gareth Southgate, Tony Adams dan Stuart Pearce sedang bersemangat menyanyi, legenda Man Utd itu dilihat sekadar diam sahaja berdiri di situ.

Atas alasan sama jugalah mengapa pihak FA tidak memperdulikan desakan dari para peminat yang menggesa agar Trent Alexander Arnold dikenakan tindakan atas kesalahannya itu.

Hal ini kerana sebelum ini lagi isu sama sudah diperdebatkan dan FA masih kekal dengan pendirian mereka yang tiada hukuman yang akan dikenakan kepada pemain yang tak mahu menyanyikan lagu kebangsaan.

Trent Alexander Arnold mungkin sedang beri tumpuan untuk aksi di atas padang dan kerana itu beliau tidak menyanyi dan mungkin juga beliau memang tidak mahu menyanyi.

Walau apa pun alasannya, mungkin hal itu menjadi satu kesalahan besar di mata para peminat, namun harus diakui di mata FA, ia bukanlah satu kesalahan dan tidak menjadi masalah sama sekali andai seseorang pemain itu menolak untuk menyanyikan lagu kebangsaan sebelum sepak mula perlawanan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Alexander-Arnold Dipuji Hasilkan Assist Cantik Walaupun Seluar Terlondeh