Pemegang rekod penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa, Ali Daie telah menyatakan bahawa beliau tidak kisah dan sesekali tidak akan kecewa jik Cristiano Ronaldo berjaya memecahkan rekodnya.
Kali terakhir Ali Daei menyarung jersi kebangsaan Iran adalah pada tahun 2006 dan ini bermakna sudah 15 tahun Ali Daei memegang rekod penjaring terbanyak di persada antarabangsa dalam dunia bola sepak.
Ali Daei mula beraksi bersama Iran pada tahun 1993 dan mula menjadi ketua pasukan Iran dari tahun 2002 sehingga 2006 dan merupakan penyerang yang sangat berbisa apabila menjaringkan 109 gol dalam 149 perlawanan sahaja.
Only two men in international football history have scored 109 goals:
🇮🇷 Ali Daei
🇵🇹 Cristiano RonaldoRECORD. EQUALLED. 🤯 pic.twitter.com/TGj51Q1RPF
— Squawka Football (@Squawka) June 23, 2021
Karier kelab Ali Daei jugak agak gemilang apabila telah bermain di Bundesliga, Jerman bersama Arminia Bielefeld, Bayern Munich dan Hertha Berlin.
Sepanjang kariernya, Ali Daei terkenal sebagai penyerang prolifik dan dengan ketinggian yang dimiliki Ali telah mencipta reputasi sebagai pemain dengan ketepatan tandukan dan berbahaya di udara.
Ketika kariernya Ali Daei telah dilantik sebagai duta UNICEF Goodwill pada 2001 dan selepas bersara Daie telah menjadi ahli Jawatankuasa Bola Sepak FIFA diantara 2007 sehingga 2013.
Yes, Cristiano Ronaldo has matched Ali Daei's men's international goal record…
But he needs 77 more goals for #POR to catch Christine Sinclair 👀
Sinclair has 186 goals for the Canada women's national team 😱
International football's REAL all-time top scorer 🇨🇦#EURO2020 pic.twitter.com/4tGbgFAEnZ
— Goal (@goal) June 23, 2021
Pada tahun 2014, Ali Daei telah dimasukkan ke dalam Dewan Kemashyuran pemain bola sepak Asia. Satu pencapaian yang tidak mungkin Ronaldo dapat gapai.
Cristiano Ronaldo kini telah berjaya menyamakan rekod yang dipegang oleh Ali Daei sejak 15 tahun lalu selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Perancis di EURO 2020.
Satu gol lagi dunia akan menyaksikan Ronaldo akan memintas sekaligus memecahkan rekod yang dipegang oleh Ali Daei selama ini, mungkin Ronaldo mampu memecahkan rekod ini di Euro 2020.
Beberapa tahun lalu ketika ditemubual oleh oleh IRNA News telah berkata itu bukan suatu isu jika rekod yang dipegang beliau selama ini dipecahkan.
“Rekod adalah sesuatu untuk dipecahkan, aku lakukan ketika tibanya giliran aku dan akan ada seseorang yang akan memecahkan rekod aku bila tiba masanya. Ini bukan satu isu yang besar.”
Ali Daei said he wouldn't be upset if a great player like Ronaldo broke his world record.👌🙌
Records are made to be broken.✌️ https://t.co/EZCfJzCkOo pic.twitter.com/eEAelVGk75
— Just Sport (@JSportng) September 13, 2019
Dan Ali Daei juga ditanya adakah beliau akan kecewa jika rekod itu dileburkan?
“Tidak, kenapa aku perlu kecewa? Ronaldo seorang pemain yang hebat dengan pelbagai penghormatan yang diterima dalam dunia bola sepak. Beliau berada dikemuncak prestasi sekarang.”
Selepas rekod beliau telah disamakan oleh Ronaldo Ali Daei melalui laman Instagram rasmi beliau telah mengucapkan tahniah:
“Tahniah Cristiano yang kini hanya satu gol untuk memecahkan rekod jaringan terbanyak peringkat antarabangsa. Aku berbangga pencapaian terbesar ini akan menjadi milik Ronaldo – juara bola sepak terhebat dan manusia penyanyang yang memberi inspirasi dan impak kepada manusia diseluruh dunia, Vamos!”
Ali Daei is honoured that Cristiano Ronaldo is one goal away from breaking his record 🙌 pic.twitter.com/TCTi5TC73K
— ESPN FC (@ESPNFC) June 24, 2021
Dua jaringan penalti ke atas Perancis menjadikan jumlah jaringan dikumpulkan oleh Ronaldo sebanyak 109 gol dan hanya 19 gol sahaja yang datang daripada perlawanan persahabatan.
Ronaldo telah menjaringkan 31 gol dalam kelayakan Piala Dunian dan 31 gol juga dalam kempem Kejuaraan Eropah menjadikan jumlahnya 62 di kempen kelayakan.
Di kejuaraan Eropah atau Euro, Ronaldo telah menjaringkan 14 gol setakat ini dan menjadi penjaring terbanyak kejohanan, 7 gol di Piala Dunia, lima di Nations League dan dua di Piala Konfederasi.
Pecahan gol Ronaldo mengikut kejohanan:
Persahabatan – 19 gol
Kelayakan Piala Dunia – 31 gol
Kelayakan Euro – 31 gol
Piala Dunia – 7 gol
Euro – 14 gol
UEFA Nations League – 5 gol
FIFA Confederations Cup – 2 gol
JUMLAH = 109 Gol
Cristiano Ronaldo kini telah sah bergelar sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah kejohanan UEFA European Championship (EURO).
🔝 All-time top international goalscorers:
⚽️1⃣0⃣9⃣ Ali Daei 🇮🇷
⚽️1⃣0⃣9⃣ Cristiano Ronaldo 🇵🇹 #EURO2020 pic.twitter.com/NRx7rCLqMC— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 23, 2021
Pemain penyerang berbisa itu memecahkan rekod Michel Platini selepas Portugal berjaya menewaskan tuan rumah Hungary dihadapan 67,000 penyokong mereka dengan tiga gol jaringan lewat permainan dari Raphael Guerreiro dan Cristiano Ronaldo dua gol.
Gol kedua Portugal hadir melalui sepakan penalti Cristiano Ronaldo yang merupakan penalti pertama beliau di kejohana EURO sejak kali pertama bermain pada 2004.
Selepas berakhir saingan peringkat kumpulan EURO 2020, Ronaldo menambahkan tiga gol lagi satu menentang Jerman dan dua ketika menentang Perancis.
Kini Ronaldo mendahului carta penjaring terbanyak EURO 2020 dengan 5 gol dan menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Euro dengan 14 gol dan mungkin akan bertambah.