Ancelotti Menyenaraikan Kesebelasan Terbaik Pilihannya

Carlo Ancelotti merupakan salah seorang pengurus pasukan yang sangat berjaya di benua Eropah.

Pengurus berasal dari Itali itu pernah mengurus beberapa pasukan ternama sepanjang kariernya.

Secara keseluruhannya, hampir setiap pasukan yang diurus oleh beliau pasti akan mencapai sesuatu kejayaan.

Ancelotti pernah memenangi kejuaraan liga di England, Itali, Perancis dan Jerman.

Selain itu, Ancelotti turut pernah memenangi dua kejuaraan Liga Juara-juara Eropah bersama dua pasukan berbeza.

Ancelotti sepanjang bergelar pengurus pasukan, beliau pernah mengurus beberapa pemain bertaraf bintang terhebat dunia.

Baru-baru ini, Ancelotti telah menyenaraikan kesebelasan utama pilihannya berdasarkan kesemua pemain yang pernah beliau urus.

Tetapi, tanpa berselindung Ancelotti dengan sengaja tidak mahu menyenaraikan nama mana-mana pemain dari Everton, Napoli, Bayern Munich dan Real Madrid.

Tetapi walau tidak menyenaraikan pemain dari pasukan tersebut, Ancelotti masih mempunyai ramai pemain dari Parma, AC Milan, Chelsea dan Paris Saint Germain yang boleh dipilih olehnya.

Senarai kesebelasan utama pilihan Carlo Ancelotti:

Gianluigi Buffon (Parma), Cafu (Milan), Thiago Silva (PSG), John Terry (Chelsea), Paolo Maldini (Milan), Zinedine Zidane (Juventus), Pirlo (Milan), Frank Lampard (Chelsea), Kaka (Milan), Zlatan Ibrahimovic (PSG), Andriy Shevchenko (Milan).

Walau tanpa kelibat pemain dari Madrid, Bayern dan Napoli, barisan pilihan Ancelotti masih tetap nampak hebat.

Setakat ini, bukan cuma Ancelotti yang menyenaraikan kesebelasan pemain terbaik pilihannya.

Sebelum ini, Jose Mourinho telah melakukan hal yang sama lebih awal lagi dari Ancelotti.

Jika anda terlepas untuk menyaksikan kesebelasan pilihan Jose Mourinho boleh rujuk di bawah.

Senarai kesebelasan utama pilihan Jose Mourinho:

Petr Cech (Chelsea), Javier Zanetti (Inter), John Terry (Chelsea), Ricardo Carvalho (Porto/Chelsea), William Gallas (Chelsea), Claude Makelele (Chelsea), Frank Lampard (Chelsea), Mesut Ozil (Real Madrid), Eden Hazard (Chelsea), Didier Drogba (Chelsea), Cristiano Ronaldo (Real Madrid).

Hebat bukan? Cuba bayangkan kalau kedua barisan pilihan Ancelotti dan Mourinho ini dipertemukan sewaktu aksi kemuncak mereka.

Tapi tu lah ada pula pemain yang menjadi pilihan kedua-dua pengurus ini dalam senarai.

Kedua-dua pengurus turut menamakan Lampard sebagai ketua pasukan pilihan mereka.

Lampard sememangnya pemain yang sangat berkualiti ketika waktu kemuncaknya. Kini beliau sudah bergelar pengurus pasukan dan sedang mengurus pasukan Chelsea.

Tidak mustahil satu hari nanti Lampard akan mengikut jejak langkah Ancelotti dan Mourinho untuk menjadi pengurus pasukan paling disegani.

BACA:  Mourinho Nikmati Kekayaan Dengan Pampasan Selepas Dipecat