Angel Correa Menjaringkan Gol Yang Dasyat Dari Tengah Padang Ketika Aksi Bertemu Villarreal

Bintang Atletico Madrid, Angel Correa menjaringkan gol dari jarak jauh yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu Villarreal awal pagi tadi.

Gol jaringan beliau yang sungguh luar biasa dasyat itu berjaya meletakkan Atletico Madrid dihadapan seawal minit ke-10 permainan.

Pemain kebangsaan Argentina itu berjaya mendapatkan bola selepas meminta bola hantaran dari Dani Parejo di kawasan mereka sendiri.

Berbanding menunggu peluang atau melakukan build up, pemain berusia 26 tahun itu memutuskan untuk terus melepaskan rembatan ke arah gawang gol Villarreal kerana beliau mengesan Geronimo Rulli berada jauh dari kawasannya.

Dari kawasan tengah padang, Correa tidak membuang masa dengan beliau terus melepaskan rembatan padu melemaskan penjaga gol lawan yang sudah keluar dari gawang golnya.

Gol jaringan beliau itu dianggap sebagai calon gol of the season kerana ia sememangnya sungguh luar biasa menakjubkan.

Vision dan execution yang sungguh menakjubkan dari Correa dengan Rulli jelas tidak mampu lakukan apa-apa untuk menyelamatkan percubaan beliau itu.

Memang agak tak masuk akal untuk beliau menjaringkan gol dari sudut itu dan dalam situasi tersebut dengan peratusan untuk bola itu berakhir dalam gawang gol adalah 0.001%.

Sebaik memintas bola beliau segera dapat menghidu peluang dan terus melepaskan rembatan dan pemikiran beliau itu dipuji peminat di media sosial.

“Memang bijak, macam mana dia boleh terfikir untuk terus lepaskan rembatan dari tengah padang.”

“Memang sangat hebat, saya rasa gol ini layak dicalonkan ke Puskas, dia dengan pantas boleh hidu peluang.”

“Saya betul-betul terpukau dengan gol itu, macam tak percaya, dari tengah padang, terus ke dalam gawang gol.”

“Gol of the season, memang sungguh cantik gol jaringan dia. Gol yang memukau peminat seluruh dunia. Saya yakin gol ini layak menang anugerah Puskas.”

Gerard Moreno mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol selepas beliau dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti, namun Pau Torres cemerlang menjaringkan gol penyamaan untuk Villarreal.

Alberto Moreno kemudiannya berjaya menggandakan kedudukan untuk Villarreal mendahului perlawanan pada minit ke-58.

Geoffrey Kondogbia berjaya menyamakan kedudukan untuk Atletico kembali mengikat Villarreal 2-2 pada minit ke-67 permainan.

Penjaring gol kedua Atletico Madrid itu walau bagaimanapun telah dilayangkan dengan layangan kad merah pada masa kecederaan permainan selepas beliau menerima kad kuning kedua dalam perlawanan ini.

Perlawanan tamat dengan keputusan seri 2-2 dan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati mengutip satu mata dari perlawanan ini.

Gol berkelas dunia jaringan Correa sudah tentu akan tercalon sebagai calon pemenang anugerah Puskas pada hujung tahun nanti.

Bekas bintang San Lorenzo itu baru-baru ini telah menandatangani lanjutan kontrak bersama Atletico Madrid sehingga 2024.

“Saya tak pernah bayangkan saya boleh kekal dalam tempoh yang cukup panjang, kerana saya lihat pemain lain mereka kerap bertukar kelab.”

Jelas Correa ketika temu bual bersama laman rasmi kelab selepas sah menandatangani kontrak lanjutan.

“Ini membuatkan saya rasa seperti ini rumah saya dan saya gembira untuk kekal lama di sini.”

“Pihak kelab memberi kesempatan kepada saya sebelum ini, mereka bayar pembedahan saya. Saya akan sentiasa bersyukur untuk itu. Mereka selalu menunjukkan rasa sayang kepada saya.”

Seandainya Correa kekal sehingga kontrak barunya tamat, ia bermaksud beliau akan menghabiskan satu dekad di Wanda Metropolitano.

Sudah tentu beliau layak untuk dianggap sebagai legenda kelab atas jasa dan sumbangan beliau untuk kelab.

Sumber: SPORTbible

BACA:  La Liga 2022/23: Real Madrid 2 Atletico 1, Vini Jr Menari Depan Penyokong Atleti