Antony Spin Digugurkan Dari Skuad Brazil Kerana Kes Pukul Perempuan

Brazil mengesahkan mereka terpaksa menggugurkan nama Antony Spin daripada tugasan antarabangsa kali ini kerana dikaitkan dengan kes keganasan terhadap wanita atau keganasan rumah tangga.

Brazil mahu memastikan isu Antony ini tidak mengganggu fokus pasukan tersebut.

Jika sebelum ini Mason Greenwood terpaksa digugurkan daripada skuad United musim ini, sekarang ini Antony mungkin akan menerima nasib yang sama jika dia didapati bersalah.

Antony kini berdepan dengan tuduhan memukul perempuan. Di mana dia didakwa melakukan perbuatan dayus itu ke atas bekas teman wanita yang dia jadikan pasangan hidup (macam isteri sendiri), Gabriella Cavallin.

Gabriella mendakwa Mat Spin itu telah memukulnya, mengancam bunuh, mengurung dalam rumah dan menyerangnya dengan kaca.

Namun begitu Antony yang terkenal dengan teknik putaran tayar bas berpusing pusing itu telah menafikan kesemua pertuduhan itu. Kerana menurutnya, dia dan Cavallin memang seringkali bergaduh namun tak pernah sekali dia naik tangan dekat wanita itu dan memukulnya.

Antony menganggap tuduhan itu liar dan palsu.

Antony menjelaskan: β€œHubungan saya dan Cik Gabriella Cavallin sebelum ini memang penuh dengan maki hamun dan seringkali bergaduh antara satu sama lain. Namun saya tak pernah sesekali sampai ke tahap menggunakan kekerasan fizikal ke atasnya. Semua pertuduhan itu palsu belaka.”

Gabriella Cavallin sudah membuat laporan polis sebelum ini dan kemudian memfailkan kes itu di mahkamah.

Gabriella Cavallin merupakan seorang model dan DJ serta pempengaruh media sosial. Dia dan Mat Spin itu mulai berpacaran pada 2021 sebelum pemain itu berpindah dari Ajax ke Manchester United.

Cavallin mendakwa dia ada segala bahan bukti perbuatan keji Antony itu. Dia menyimpan gambar, mesej perbualan WhatsApp. Cavallin mendedahkan bahawa Antony buat pertama kali memukulnya pada 1 Jun 2022.

Di mana pada masa itu Gabriella Cavallin sedangn sarat mengandung anak dia dengan Antony.

Cavallin menyatakan bahawa Antony bengang mendapat tahu Cavallin ada berada di kelab malam dan terus mengurungnya dalam kereta.

Ketika itu Antony beberapa kali mengherdik, menyerangnya dan mengancam akan menolak Cavallin dari kereta yang sedang dipandu sangat laju.

Kejadian kedua adalah ketika di Manchester pada 15 Januari tahun lalu, selepas kemenangan 2-1 Man United ke atas Man City.

Menurut laporan, Cavallin memerlukan perhatian pakar perubatan di Hotel Hyatt Regency 4 Bintang selepas dia ditumbuk di bahagian payudara sampai terbalik silikon dalamnya.

Cavallin berkata: β€œDia [Mat Spin] telah menumbuk saya di bahagian payudara dan silikon yang diimplan terbalik. Dia kemudian memberitahu saya, β€˜saya tak berniat nak menyakiti kamu, saya tak sengaja. Itu bukan tumbukan, saya cuma cuba merentap kamu ke dinding’.”

Cavallin menyimpan beberapa keping gambar dia tercedera kerana Antony yang ketika itu dianggap sebagai bakal Ronaldo baru di Old Trafford.

Lebih teruk, Antony pernah cuba menyerang aweknya itu dengan kaca dengan mengancam mahu mencalarkan mukanya.

Antony sudah menafikan sekeras kerasnya dakwaan ke atasnya. Dia mendakwa dia telah menjadi mangsa kena spin oleh Gabriella.

Antony berkata: β€œSaya boleh berkata dengan tenang, bahawa semua tuduhan ini palsu dan direka reka.”

β€œHubungan saya dengan Cik Gabriella memang toksik, penuh dengan kutuk mengutuk daripada kedua dua pihak, tetapi saya sebagai Mat Spin tak pernah sesekali mencederakannya dengan serangan fizikal.”

β€œSaya dengan ini menafikan sekeras kerasnya tuduhan ini dan saya sedia untuk membersihkan nama saya dengan memberikan kerjasama yang diperlukan pihak berkuasa di Brazil.”

Dalam kenyataan kepada Telegraph, Man United mengakui mereka sedia maklum tentang berita ini dan sedang mempertimbangkan langkah yang mereka akan ambil. Tiada komen lanjut dibuat.

BACA:Β  Dua Lagi Wanita Tampil Menjadi Mangsa Kerakusan Antony