Dua Lagi Wanita Tampil Menjadi Mangsa Kerakusan Antony

Dua lagi wanita tampil mendedahkan diri mereka turut menjadi mangsa keganasan dan kerakusan nafsu bintang Manchester United Antony.

Pemain antarabangsa Brazil berusia 23 tahun itu sebelum ini didakwa mencederakan bekas kekasihnya Gabriella Cavallin dalam empat insiden dan kes itu kini disiasat oleh pihak polis Sao Paulo dan Manchester.

Antony konsisten menafikan dakwaan tersebut setelah digugurkan daripada skuad kebangsaan Brazil.

Dan semalam dua lagi wanita tampil membiat laporan mendedahkan diri mereka turut menjadi mangsa pemain bernilai Β£85 juta Manchester United itu.

Salah seorang daripada wanita tersebut dikenali sebagai Rayssa de Freitas dan merupakan seorang pelajar perundangan.

De Freitas mendakwa dirinya terpaksa mendapatkan rawatan susulan kejadian yang berlaku sekitar Mei tahun lalu apabila diserang oleh Antony dan Mallu Ohana – bekas isteri pemain Brazil Dudu.

Kejadian tersebut berlaku di dalam kenderaan Land Rover milik Antony selepas ketiga-tiga mereka meninggalkan sebuah kelab malam di Sao Paulo.

Mangsa kedua Ingrid Lana berusia 33 tahun adalah seorang pegawai bank. Melalui temubual bersama Record TV di Brazil, Ingrid mendakwa kepalanya telah dipukul oleh pemain itu.

β€œDia memaksa saya untuk melakukan hubungan kelamin dan saya menolak. Dia kemudian menolak saya ke belakang sehingga kepala saya terhantuk ke dinding,” kata Ingrid.

Dakwaan terbaru ini pasti akan memberikan tekanan kepada United untuk mengambil tindakan tegas terhadap bekas pemain Ajax itu.

Skuad kebangsaan Brazil bertindak lebih tegas dan menggantung pemain itu serta merta selepas pendedahan oleh Cavallin.

United melalui satu kenyataan pada Rabu lalu enggan memberikan komen lebih lanjut dan sekadar berkata pihak mereka sekadar mengesahkan memandang serius dakwaan yang dilemparkan kepada Antony.

BACA:Β  Mourinho: Manchester United Tidak Sepatutnya Berada Pada Kedudukan ke-7