Arsenal Raih 3 Mata Lagi, Emerson Royal Buat Tackle Bongok

Arsenal sudah boleh berkira kira untuk membuat perarakan piala Liga Perdana Inggeris pada akhir musim ini.

Minggu demi minggu, Arsenal terus membuat kenyataan yang jelas dan tegas bahawa mereka adalah pesaing utama kejuaraan musim ini.

Arsenal melayan kunjungan pasukan Spurs yang seringkali menjadi pemeriah majlis dan mahukan suasana sahaja dalam Liga Perdana Inggeris.

Arsenal terus merobek gawang Spurs menerusi gol cantik oleh Thomas Partey. Di mana dia melakukan first time shot yang terus menerjah gawang. Lloris hanya mampu melayangkan badannya tanpa mampu mencapai bola secantik itu.

Skuad bimbingan Antonio Conte cuba bangkit. Namun ternyata Arsenal terus dominan dan membuktikan bahawa mereka adalah raja bola sepak London Utara yang sebenar.

Tetapi Emirates tersentak seketika apabila pengadil menghadiahkan penalti kepada Tottenham Hotspur.

Harry Kane dengan tenang menyempurnakan penalti tersebut pada minit ke-31.

Tiada tambahan gol lagi untuk separuh masa pertama dan kedua dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-1.

Bersambung babak kedua, Arsenal akhirnya kembali di hadapan menerusi pemain handalan mereka Gabriel Jesus.

Bekas pemain Manchester City itu terus membuktikan bahawa dia antara pembelian terbaik musim ini.

Selepas tamat perlawanan, Gabriel Jesus menyatakan dia sangat gembira menjaringkan gol di dalam derbi. Sambil memberikan terima kasih kepada rakan rakannya yang membuatkannya dengan cepat menyerasikan diri dengan keadaan di Arsenal sejak menyertai mereka.

Berbalik kepada perlawanan, ketika Arsenal sibuk mencari kemenangan, Spurs pula terus berusaha buat kelakar. Kali ini Emerson Royal memudahkan lagi tugas The Gunners dengan kesilapan bodohnya membuatkan dia dibuang padang.

Tidak lama selepas kad merah Emerson Royal itu, Spurs ditembusi gol ketiga. Kali ini menerusi Granit Xhaka yang menjaringkan gol pada minit ke-67. Sempatlah Emerson Royal melihat gol itu di dalam bilik persalinan menggunakan android box.

Tiada tambahan gol daripada kedua dua pasukan selepas itu.

Tamat perlawanan, Arsenal menang bergaya 3-1 ke atas Spurs. Satu lagi persembahan cemerlang daripada Arsenal.

BACA:  Wenger Akhirnya Akui Sanchez Akan Berpindah Tetapi Ozil Mungkin Kekal