Arteta Puji Semangat Juang Anak Buahnya Bertemu Burnley

Arteta puji semangat juang anak buahnya bertemu Burnley dalam aksi saingan Premier League malam semalam.

Mikel Arteta turut mengakui yang beliau terpukau dan terpesona melihat kualiti perjuangan anak-anak buahnya yang berjaya mencatat kemenangan kedua mereka dalam saingan liga musim ini.

Kemenangan 1-0 menewaskan Burnley merupakan kemenangan kedua secara berturut-turut yang berjaya dicatatkan oleh Arsenal, selepas mereka sebelum ini kecewa berdepan tiga kekalahan dari tiga perlawanan awal saingan Premier League musim ini.

The Gunners berdepan kesukaran untuk mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan ini, dengan Martin Odegaard muncul wira Arsenal selepas meledak satu-satunya gol yang membantu mereka mencatatkan kemenangan.

Gol menerusi sepakan percuma pada aksi babak pertama permainan sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan milik Arsenal.

Arsenal menarik nafas lega selepas Anthony Taylor menarik semula sepakan penalti yang beliau hadiahkan kepada Burnley pada aksi babak kedua permainan.

Selepas berjuang menjaga gawang mereka agar tidak dibolosi, Arsenal akhirnya berjaya juga untuk mencatatkan kemenangan kedua mereka dari lima perlawanan liga.

Arteta selepas tamat perlawanan telah memuji semangat juang yang di persembahkan oleh anak-anak buahnya dengan menyatakan:

“Ia merupakan pertarungan yang sengit dan sukar untuk mendapat kemenangan di tempat yang memang susah untuk berjuang. Kamu memang perlu sentiasa bersedia untuk berjuang.”

“Mereka melakukan kerja dengan sangat bagus. Kami bermula dengan sempurna, kami ada melakukan beberapa gerakan menarik dan ia memang gerakan yang saya mahukan sebagai sebuah pasukan.”

“Burnley bertahan dengan sangat bagus dan kita juga perlu bertahan dari segi hantaran lintang mereka dan long ball dan saya rasa kami lakukan semuanya dengan sempurna.”

“Komitmen dan sikap yang ditunjukkan oleh para pemain saya sepanjang perlawanan merupakan satu hal yang paling membanggakan untuk saya.”

Sepakan percuma Odegaard dari jarak 25 ela selepas Ashley Barnes mengasari Bukayo Saka menjadi satu-satunya gol yang berjaya dihasilkan dalam perlawanan ini.

Para pemain Burnley bengang dengan keputusan pengadil yang menarik semula sepakan penalti yang dihadiahkan kepada mereka, selepas Vydra dijatuhkan di dalam kotak.

Aaron Ramsdale mengasari pemain gantian Burnley itu, namun Arteta menegaskan yang keputusan VAR adalah tepat.

“Pembantu pengadil jelas katakan yang ia bukan penalti. Jadi pengadil perlawanan memutuskan untuk menarik balik sepakan penalti yang dihadiahkan pada mereka.”

“Semoga saja kemenangan ini boleh bina semula keyakinan dan kepercayaan para penyokong terhadap kami dan kami telah buktikan kami mampu menang dalam perlawanan yang sukar.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Giroud Dedah Cara Bagaimana Arsenal Mahu Kembali Berada Di Kelompok Empat Teratas