Aubameyang Dihentam Teruk Kerana Mensia-siakan Peluang Keemasan Ketika Bertemu Newcastle

Pierre Emerick Aubameyang sudah melakukan kesilapan paling dungu sepanjang musim ini selepas beliau mensia-siakan peluang keemasan untuk menjaringkan gol bertemu Newcastle.

Ia dianggap sebagai calon untuk ‘worst miss of the season’ dek kerana Auba mempunyai 90% peluang untuk menjaringkan gol namun disia-siakan oleh beliau.

Kesilapan ultimate dungu itu dilakukan ketika beliau turun dalam kesebelasan utama Arsenal bertemu calon yang bakal beraksi di pentas Championship, Newcastle United.

Pemain penyerang kebangsaan Gabon itu dihidangkan dengan kesempatan emas untuk menjaringkan gol, dengan kedudukan pada ketika itu sedang terikat 0-0.

Beberapa minit sebelum tamat aksi babak pertama, beliau ketika itu sedang berada dalam kotak penalti, dan bola sampai betul-betul di kakinya dengan gawang gol lawan sudah terbuka luas untuknya.

Berbanding memastikan bola itu berakhir di dalam jaring gawang gol, Aubameyang lebih memilih untuk sepak bola ikut nafsu dengan bola rembatan beliau meliar terkena tiang gol.

Melihatkan di mana beliau berada pada ketika itu, sangat mustahil sebenarnya untuk seseorang pemain penyerang boleh gagal untuk menjaringkan gol dari kedudukan itu.

Ketika Martin Dubravka menyelamatkan percubaan dari Emile Smith Rowe, penjaga gol Newcastle itu sebenarnya sudah bersedia untuk bolos kerana melihat kesempatan yang Aubameyang ada.

Namun entah apa yang ada dalam benak fikiran Auba, beliau sekadar mensia-siakan kesempatan tersebut, dengan Dubravka sendiri mungkin terkejut ada pemain yang boleh mensia-siakan peluang seperti itu.

Tidak akan mengejutkan andai melihat Aubameyang dimaki umpama tiada hari esok oleh para peminat kerana kesilapan beliau itu benar-benar tak boleh diterima pakai.

Arsenal akhirnya berjaya memperoleh gol pertama mereka dalam perlawanan ini, menerusi Bukayo Saka yang menyempurnakan hantaran dari Nuno Tavares.

Pada minit ke-66 giliran Gabriel Martinelli pula yang menggandakan kedudukan untuk Arsenal mendahului 2-0 dengan keputusan sama kekal hingga tamat perlawanan.

Aubameyang pada musim ini sahaja sudah beberapa kali melakukan keputusan dungu seperti ini, dan agak membingungkan bagaimana Gunners masih mempercayai beliau untuk menjadi ketua pasukan.

Sebelum ini, beliau melakukan aksi dungu dengan merompak gol yang dijaringkan oleh Martin Odegaard dengan ramai peminat yang memaki hamun beliau tanpa belas pada ketika itu.

Aubameyang rompak gol Martin Odegaard

Para penyokong Arsenal bengang dengan sikap tamak Pierre Emerick Aubameyang yang telah merompak gol jaringan Martin Odegaard ketika beraksi bertemu Watford awal bulan lalu.

The Gunners berjaya menewaskan The Hornets 1-0 dalam aksi perlawanan yang dilangsungkan di Emirates pada 8 November lalu.

Emile Smith Rowe berjaya menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut, seterusnya gol yang beliau jaringkan pada minit ke-56 permainan itu menjadi gol kemenangan untuk Gunners.

Arsenal sebenarnya berjaya menambah satu lagi gol pada minit ke-73 permainan, namun gol tersebut telah dirompak sepenuhnya oleh Pierre-Emerick Aubameyang.

Odegaard berjaya melepaskan rembatan kaki kanan dari dalam kotak menuju ke arah sudut far post Ben Foster, dengan penjaga gol Watford itu sendiri sebenarnya sudah tertewas.

Bola meleleh bergerak menuju ke arah gawang gol dan hanya menunggu masa sahaja untuk menerjah jaring gawang gol Watford.

Walau bagaimanapun, Aubameyang menunjukkan sikap tamak dan dungu beliau dengan beliau menghulur kaki untuk menolak masuk bola ke gawang Watford.

Gol tersebut kemudiannya dibatalkan oleh pengadil perlawanan, kerana Pierre Emerick Aubameyang berada di kedudukan offside ketika beliau menyambar bola rembatan dari Odegaard itu.

Odegaard yang sudah berlari meraikan gol jaringannya terus rebah kecewa kerana gol yang sepatutnya beliau jaringkan dirompak tanpa belas oleh ketua pasukan sendiri.

Para penyokong Arsenal jelas tidak gembira dengan tindakan dari pemain kebangsaan Gabon itu, dan menganggap beliau perompak yang merompak usaha rakan sepasukan sendiri.

“Aubameyang bukan bermain untuk Arsenal malam ini, dia terlalu bermain-main, saya tak rasa kita perlukan pemain macam ini.”

“Kalau kita kalah dalam perlawanan ini, saya berani katakan yang ia adalah salah Aubameyang sepenuhnya dan dia harus bertanggungjawab.”

“Saya betul-betul tak boleh terima, dia tahu diri dia offside, dan dia boleh ketawa ketika gol itu dibatalkan. Betul-betul memalukan, saya semakin benci dengan dia.”

“Aubameyang jahanam dari semua sudut pada hari ini, saya rasa dia langsung tak membantu dan patut keluar sahaja dari padang.”

“Aubameyang antara pemain paling tak berguna dalam perlawanan ini. Kalau kita tak dapat tiga mata memang itu salah dia. Kenapa kita masih ada pemain macam ni?”

Para penyokong selain tidak puas hati dengan sikap Aubameyang yang merompak gol jaringan Martin Odegaard, mereka turut bengang dengan persembahan yang dipersembahkan oleh bintang Gabon itu dalam perlawanan ini.

Beliau pada aksi babak pertama turut melepaskan kesempatan emas untuk menjaringkan gol, dengan mensia-siakan sepakan penalti yang dimenangi oleh Arsenal.

Arsenal dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-35 permainan selepas Danny Rose mengasari Alexandre Lacazette di dalam kotak penalti.

Aubameyang tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, namun beliau sekadar menendang bola ke bahagian tengah dan Ben Foster sambil ketawa berjaya menyelamatkan sepakan penalti tersebut.

Walau bagaimanapun, mujur saja Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini dan menyelamatkan Aubameyang dari dibantai teruk oleh para penyokong Arsenal.

Sumber: GMS

BACA:  Mkhitaryan & Aubameyang Mahu Arsenal Kekal Bersatu Menghadapi Detik Sukar