Ayah Harriet Pertahankan Greenwood Sebagai Keluarga

Ayah kepada Harriet Robson tampil dengan kenyataan mengejutkan ramai apabila mempertahankan Mason Greenwood dalam kenyataannya kepada Daily Mail. Pakcik Robson malah menyelar sikap tidak bertanggungjawab pihak yang menggodam telefon pintar anaknya.

Ayah Harriet memberikan kenyataan rasmi kepada Daily Mail UK berkenaan dengan gambar dan video yang tular baru baru ini.

Mason Greenwood telah mencetuskan sensasi di internet hari ini selepas kekasihnya, Harriet Robson berkongsi perangai sebenar bintang muda Manchester United itu.

Harriet Robson memuat naik story di laman instagram dengan berkongsi kesan-kesan luka, parut, lebam serta pendarahan akibat dipukul teruk oleh Mason Greenwood.

Lebih teruk lagi, gadis malang itu turut berkongsi rakaman suara yang memperdengarkan suara Greenwood memaki hamun beliau untuk mengajaknya bersetubuh.

Minta elok-elok kan boleh, kenapa nak paksa-paksa? Betul jantan tak guna kayu hijau ni kan?

Dalam rakaman suara tersebut, Greenwood meronta-ronta mahu mengajak wanita malang itu berjimak, namun Harriet Robson menolak ajakan dari lelaki dayus tersebut.

Greenwood terus menerus memaksa teman wanitanya itu untuk menutup lampu dan berjimak dengannya, dengan bunyi yang keluar seolah-olah bunyi beliau sedang benar-benar mahu mencabut nyawa kekasihnya itu.

Bintang muda Manchester United itu sejak awal muncul dalam skuad utama sememangnya sering berkongsi kisah beliau bersama kekasihnya.

Namun beliau hanya nampak seperti seorang lelaki yang terlalu dahagakan kasih sayang sahaja dan tiada siapa akan sangka beliau juga kaki pukul.

Atas padang Greenwood mungkin nampak seperti budak nerd yang senang kena buli, tapi di luar padang beliau sebenarnya sungguh buas dan liar.

Selain audio beliau memaki hamun kekasihnya untuk meminta berjimak, Harriet Robson turut berkongsi gambar-gambar kecederaan beliau kerana dipukul oleh kayu hijau.

Beliau dilihat mengalami lebam teruk di peha, betis, kaki, mata dan ada beberapa bahagian lain yang tak dapat dikenalpasti.

Lebih mengejutkan lagi, beliau turut berkongsi gambar wajahnya yang berlumuran darah kerana kedayusan Greenwood.

Muat naik Harriet Robson tular dan kini hangat dibincangkan oleh para peminat di media sosial, dengan ramai yang percaya Greenwood sepatutnya menghabiskan kariernya di penjara.

Ayah Harriet memberikan komen: “Pertama kali kami tahu benda ni pada pukul 6 pagi ini. Ianya sangat mengejutkan. Saya nak jelaskan semua ini.”

“Sebagai ayah, kamu tidak mahu tahu kalau benda benda macam ni berlaku kat anak gadis kamu. Polis sudah datang dan dia sudah pun membuat kenyataan kepada polis.”

Kemudian ayah Harriet menyatakan bahawa telefon bimbit anaknya digodam. Itu yang membuatkan Harriet sangat kecewa kerana video itu disebarkan hacker.

Dia malah mengarahkan Harriet untuk memadamkan post tersebut walaupun sedar ianya sudah tersebar luas.

“Harriet memberitahu kami bahawa telefon pintarnya sudah digodam. Kami sudah meminta Harriet untuk menurunkan video tersebut, dan dia sudah melakukannya. Sayang semuanya sudah terlambat, kerana ianya sudah pun tular dengan meluas.”

Kemudian ayah Harriet menyatakan bahawa mereka sudah kenal Mason Greenwood sejak dia muda lagi dan sudah menjadi sebahagian keluarga mereka.

“Harriet sangat kecewa kerana dia tak mahu perkara tersebut tersebar. Kita kenal dia [Mason Greenwood] sejak dia bermain untuk B-21 lagi. Dia sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami selama 2 atau 3 tahun.”

“Hubungan percintaan mereka tidak begitu bagus dalam beberapa bulan ini. Dia [Harriet] sangat sangat kecewa dengan semua yang berlaku. Mereka berdua saling sangat mencintai dan sudah tinggal bersama. Kini polis sedang mengendalikan kes ini.”

Ada yang menganggap ayah Harriet sebagai pengecut dan bekap Greenwood sebab duit.

Sebelum ini Greenwood selamber merembat awek di bilik hotel bersama Foden ketika tugasan antarabangsa England dan melanggar kuarantin.

BACA:  Walau Dipertahankan Oleh Bakal Bapa Mertua, Greenwood Tetap Ditangkap Dan Sedang Disiasat