Ayah Messi Salahkan Taktikal Pochettino Punca Messi Tak Jaringkan Banyak Gol

Bandi Amuk pernah berkata:

Bila menari dongak ke langit
Langkah mu sumbang salahkan bumi
Silap sendiri tak dipeduli
Terbiar sudah membuta tuli
Baru tengadah menyesali diri
Ikutkan rasa kelak binasa
Kerasnya hati membawa mati
Pentingkan dosa sumpah bertakhta
Megah ilusi mejadi mimpi
Panasnya diri bagai dibakar api
Tinggi-tinggi kelapa bali
Walaupun tinggi kental berdiri
Tidak pernah lupa diri
Tidak pernah megah diri
Mencengkam akar di bumi
Rimbun-rimbun pohon benalu
Tinggi di atas sombongkan diri
Pandang langit lupa bumi
Pandang langit lupa bumi
Menumpang menunggu mati
Bila menari dongak ke langit
Langkah mu sumbang salahkan bumi
Silap sendiri tak dipeduli
Terbiar sudah membuta tuli
Baru tengadah menyesali diri
Ikutkan rasa kelak binasa
Kerasnya hati membawa mati
Pentingkan dosa sumpah bertakhta
Megah ilusi mejadi mimpi
Panasnya diri bagai dibakar api

Itulah perumpamaan kepada ayah Messi yang merangkap ejen dan pengurus peribadi kepada Lionel Messi ketika menyalahkan Pochettino. Walaupun ada pembaca mungkin bernyanyi membaca kenyataan di atas.

Pemenang Ballon d’Or 7 kali itu teruk dibalun oleh media kerana aksi tidak menepati standard yang diharapkan. Di mana ketika ini Lionel Messi tidak menjaringkan gol yang banyak. Lebih lebih lagi seterunya, Ronaldo sudah menjaringkan beberapa gol sejak menyertai Manchester United.

Menurut laporan L’Equipe, ayah kepada Lionel Messi iaitu Jorge Messi mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan Pochettino dalam mengolah taktikal Pochettino.

Perkara itu menurut Jorge telah menjadi punca kenapa Lionel Messi kurang menyerlah di dalam pasukan PSG. Walaupun sudah mencipta beberapa assist dan gol, namun Messi masih dianggap jauh daripada prestasi terbaiknya.

Lantas Jorge mempertahankan Messi dengan menyatakan bahawa taktikal Pochettino yang tidak memberikan kebebasan kepada Messi menjadi punca kepada perkara tersebut.

Berbeza di Barcelona, Messi adalah pusat kepada sistem taktikal dan bermain dalam peranan bebas.

Messi dibawa masuk untuk menguatkan PSG dalam misi mahu membawa UCL pertama ke kelab mereka. Namun situasi sekarang ini, Messi dikatakan kurang gembira dengan taktikal Pochettino yang menghadkan pergherakannya.

Messi sertai PSG

Messi menyertai PSG secara percuma dari Barcelona selepas dilarang untuk didaftarkan kerana peraturan FFP.

Sebelum ini, Lionel Messi sudah beraksi bersama Barcelona selama 21 tahun dengan beliau mula bersama kelab ketika usianya 13 tahun.

Beliau telah membuat 810 penampilan bersama kelab dengan menjaringkan 683 gol, serta membantu Barcelona memenangi 34 Piala.

Messi meninggalkan kelab sebagai pemain terbaik dalam sejarah Barca, dan tidak dinafikan beliau sememangnya pemain terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.

Tiada masalah untuk Messi mencari kelab baru kerana kesemua pasukan yang ada dalam dunia bola sepak hari ini, sangat mahukan khidmatnya.

PSG menjadi calon kegemaran berdasarkan pada kemampuan mereka dari segi dana.

Sebelum itu Man City merupakan pasukan kegemaran untuk menandatangani Lionel Messi, namun selepas mereka melaburkan £100 juta untuk Grealish, maka mustahil untuk kelab membawa Messi ke Etihad.

Nasser Al Khelaifi menegaskan bahawa Messi adalah simbol kejayaan PSG sebagai kelab yang terus menarik bakat elit masuk ke pasukan mereka. Walaupun sering dianggap beraksi di liga pertanian.

Messi musim ini menjadi pemenang Ballon d’Or. Meneruskan kehebatannya sebagai pemain paling berbakat dalam sejarah.

Messi membantu negaranya menjadi juara Copa America tahun ini. Messi menewaskan Lewandowski dalam perebutan Ballon d’Or. Dan kini misinya adalah mahu membantu PSG menjadi juara Eropah.

Messi bukan dibawa untuk sekadar memenangi kejohanan domestik di Perancis. Kalau tu, beli Lingard pun boleh.

BACA:  [VIDEO]: Magis Messi Benam Australia, Peminat Bahagia Berjaya Peluk GOAT