Barcelona Mahu Griezmann Beraksi Dalam Saingan Premier League

Antoine Griezmann berkemungkinan akan beraksi dalam saingan premier league musim hadapan selepas tular satu laporan mengejutkan yang Barca akan meminjamkan bintang Perancis itu.

Masa depan Griezmann bersama Barcelona sememangnya agak samar-samar pada ketika ini, dengan beliau telah dikaitkan bakal meninggalkan Nou Camp.

Gergasi La Liga itu ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk mengurangkan kadar bayaran gaji para pemain, dengan Griezmann merupakan salah seorang penerima gaji tertinggi di Nou Camp pada ketika ini.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa pihak kelab akan meminta Griezmann untuk pergi meninggalkan kelab seandainya Messi menandatangani perjanjian baru untuk kekal.

Messi ketika ini merupakan pemain berstatus free ejen selepas kontraknya bersama Barcelona tamat pada penghujung bulan lalu.

Namun beliau dikatakan akan segera menandatangani perjanjian baru bersama kelab dan akan kekal di Nou Camp pada musim hadapan.

Oleh dengan itu, Griezmann berkemungkinan akan dilepaskan oleh Barca dengan laporan sama turut menyatakan yang banyak kelab berminat untuk mendapatkan bekas bintang Atletico Madrid itu.

Manchester United, Manchester City dan Chelsea antara tiga pasukan yang benar-benar berminat untuk mendapatkan khidmat dari bintang Perancis itu.

Menurut laporan dari Daily Express, skuad kendalian Thomas Tuchel ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk mendapatkan Griezmann menerusi perjanjian pinjaman pada musim panas ini.

Pengurus dari Jerman itu sangat diharapkan untuk menggilap bakat malap di Stamford Bridge untuk dijadikan pemain bintang dan berpotensi untuk dijual dengan harga yang tinggi.

Walaupun Griezmann menerima gaji yang sungguh luar biasa tinggi, namun Chelsea tetap sanggup untuk meminjam beliau, dan membayar gajinya berbanding membeli beliau secara tetap.

Chelsea sangat berharap agar Kurt Zouma akan mampu memujuk rakan senegaranya itu untuk menyertai The Blues pada musim panas ini nanti.

Secara keseluruhannya, Griezmann gagal untuk mempamerkan aksi persembahan terbaiknya sejak ditandatangani oleh Barca pada 2019 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai £107 juta.

Beliau dilihat berdepan dengan kesukaran ketika musim debutnya bersama Barca, sebelum menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan pada musim lalu.

Griezmann tidak dinafikan merupakan pemain yang sungguh prolific ketika kariernya bersama Atletico Madrid, dengan menjaringkan 133 gol sepanjang lima tahun kariernya di sana.

Pasukan Premier League yang sangat berminat untuk mendapatkan Griezmann, tentunya sangat berharap agar beliau dapat kembalikan tahap persembahannya seperti di Atletico Madrid.

Tidak dinafikan juga yang berbaloi sebenarnya untuk mendapatkan pemain seperti Griezmann memandangkan kepada kemampuan dan bakat yang beliau miliki.

Sebelum beliau dikaitkan dengan bakal dipinjamkan ke pasukan dari Premier League, Barcelona turut sempat menawarkan pertukaran pemain bersama Atletico yang melibatkan Griezmann dan Joao Felix.

Bintang Perancis itu juga turut dikaitkan bakal menyertai Inter Miami dalam saingan MLS sebelum ini.

Masa depan beliau bersama Barcelona sememangnya sangat goyah dengan beliau merupakan pemain yang berada dalam senarai tertinggi untuk dijual oleh kelab pada ketika ini.

Ke mana destinasi Griezmann selepas ini masih belum diketahui, namun seandainya Messi benar-benar menandatangani perjanjian baru, beliau jelas akan dilepaskan oleh kelab.

Griezmann bersama Lionel Messi

Griezmann merupakan penjaring terbanyak dan juga pemain terpenting ketika aksi saingan Euro 2016, dan beliau juga nadi utama yang membantu Perancis menjuarai gelaran Piala Dunia 2018.

Namun ketika aksi saingan Euro 2020 ini, beliau gagal memberikan impak seperti yang diharapkan dengan Perancis hanya mampu bertahan sehingga pusingan 16 terbaik sahaja.

Perancis telah disingkirkan oleh Switzerland di pusingan 16 terbaik menerusi penentuan sepakan penalti dan telah berlaku kekecohan dalam kalangan pemain Les Bleus itu selepas berakhirnya perjalanan mereka dalam pertandingan tersebut.

Sumber: SB

BACA:  Griezmann Mahu Ke Inter Miami Kerana Beckham