Beckham Memilih Messi Lebih Hebat Berbanding Ronaldo

David Beckham percaya bahawa Cristiano Ronaldo masih belum mencapai tahap untuk menandingi bintang Barcelona Lionel Messi.

Legenda bola sepak berusia 44 tahun itu pernah beraksi bertemu pemenang enam kali Ballon d’or, Messi, pada tahun 2013.

Waktu itu David Beckham masih lagi beraksi bersama Paris Saint Germain.
Ketika itu mereka bertemu dalam satu perlawanan di liga Juara-juara.

PSG berhadapan dengan Barcelona dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-juara.

Messi berjaya menjaringkan gol pada leg pertama sebelum menjadi pemain simpanan kerana cedera.

Pada leg kedua Messi masuk sebagai pemain gantian lalu membantu Barcelona mengikat PSG dengan kedudukan 1-1.

Beckham pernah diminta untuk mempertimbangkan perdebatan sengit antara Ronaldo dan Messi, dengan ramai yang mengatakan bahawa mereka berdua jauh meninggalkan pemain lain.

Jadi Beckham diminta untuk memberikan pendapatnya siapa sebenarnya lebih hebat antara kedua-dua pemain itu.

Bekas pemain setan merah dan Real Madrid itu mendedahkan bahawa sangat mustahil untuk bertemu pemain lain sehebat Messi.

“Messi berada di tahap tersendiri sebagai pemain paling berjaya, sukar untuk menemui pemain lain seperti dia.”

Jelas Beckham kepada Telam.

“Cristiano Ronaldo sendiri masih belum mencapai tahap seperti Messi tetapi dia masih terbaik di kalangan pemain lain.”

Messi menjaringkan gol dalam perlawanan pusingan pertama suku akhir Liga Juara-juara membantu Barcelona Seri 2-2 menentang PSG di Parc Des Princes.

Tetapi, ketua pasukan Argentina itu terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan itu akibat dari kecederaan hamstring.

Javier Pastore menjaringkan gol awal untuk PSG sebelum kemasukkan Messi pada babak kedua perlawanan lalu mencatatkan assist untuk jaringan penyamaan yang dijaringkan oleh Pedro.

“Kami sudah mendahului sebelum Messi masuk, dan bila dia masuk Barcelona berjaya menjaringkan gol.”

Jelas Beckham lagi.

David Beckham tidak beraksi penuh dalam perlawanan itu apabila beliau dikeluarkan pada babak kedua perlawanan.

PSG tidak tewas dalam kedua-dua pusingan perlawanan suku akhir tetapi mereka tersingkir dari saingan Liga Juara-juara kerana jaringan tempat lawan.

“Saya sentiasa terhibur ketika beraksi di atas padang walau ketika itu usia saya sudah lanjut, tetapi saya tidak suka kekalahan.”

“Pasukan kami beraksi dengan sangat baik dalam kedua-dua aksi perlawanan, kami melakukan perkara yang boleh di banggakan.”

“Kami tidak tewas kepada Barcelona dan itu adalah perkara yang sentiasa memotivasikan kami untuk hadapi musim berikutnya.”

Jelas pemilik pasukan Inter Miami itu kepada media Argentina, Telam.

Jadi Beckham mengakui beliau pernah beraksi sendiri menentang Messi dan beliau yakin Messi lebih baik dari Ronaldo.

Beckham turut mendakwa bahawa Ronaldo masih pemain terbaik dunia di hadapan pemain lain cuma tidak Messi.

BACA:  Melihat Bintang Brighton Kena Ejek, Messi Tampil Beri Amaran Kepada Rakan Sepasukan Yang Lain