Bekas Pemain Chelsea Kecam Caicedo Dan Lavia Pilih Chelsea Berbanding Liverpool

Legenda Arsenal dan bekas bintang Chelsea, Emmanuel Petit telah mengecam Moises Caicedo yang memilih Chelsea berbanding Liverpool.

Petut mendakwa Moises Caicedo dan Romeo Lavia sepatutnya menyertai Liverpool pada musim panas ini. Namun kedua dua mereka membuat keputusan yang sama dengan menyertai Chelsea.

Pasangan pemain tengah itu berpindah ke Stamford Bridge dengan bayaran gabungan sekitar £170 juta lebih awal pada bulan Ogos.

Kedua-dua pemain awalnya menarik minat yang tinggi daripada Liverpool – terutamanya bekas bintang Brighton, Caicedo.

The Reds membuat tawaran rekod kelab yang diterima untuk pemain tengah itu, tetapi dia menolak peluang untuk berpindah ke Anfield kerana dia mahu menyertai Chelsea yang dia sokong sejak kecil..

The Blues kemudian kembali menghubungi Brighton dengan tawaran yang lebih baik, dan memeterai perjanjian rekod England £115 juta.

Sementara itu, Liverpool menyaksikan tiga bidaan ditolak oleh Southampton untuk Lavia. Akhirnya Liverpool setuju membayar £50 juta diminta Soton. Malangnya Lavia turut menolak Liverpool

Chelsea kemudiannya mendapatkan pemain tengah itu dengan alasan yang sama. Pemain itu menolak untuk ke Liverpool.

Liverpool, akhirnya terlepas untuk mendapatkan kedua-dua pemain tengah itu, sebelum membeli pemain antarabangsa Jepun Wataru Endo dari Stuttgart.

Pemain berusia 30 tahun itu membuat penampilan pertama Reds semasa kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth pada hari Sabtu.

Kini, Petit telah telah mengecam kedua-dua pemain baharu Chelsea iaitu Caicedo dan Lavia kerana tidak berpindah ke Anfield sebaliknya pergi ke Chelsea.

Menurut Petit, jika kedua dua pemain itu mementingkan alasan bola sepak mereka tidak akan ke Chelsea.

Bercakap kepada Bettingsites.co.uk, bekas pemain Perancis itu, yang memenangi Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal dan Piala Dunia bersama Perancis pada 1998, menjelaskan: “Saya tidak akan mengatakan sesuatu yang bodoh, tetapi kita semua tahu mengapa mereka pergi ke Chelsea.”

“Secara kesukanannya, keputusan terbaik untuk mereka sekarang adalah pergi ke Liverpool. Jika saya Caicedo atau Lavia, saya akan pergi ke Liverpool dan bukannya Chelsea kerana saya tidak dapat melihat rancangan yang jelas untuk apa yang berlaku di Chelsea.”

“Mereka (Chelsea) kini mempunyai kira-kira 35 pemain, yang gila! Tiga puluh lima pemain? Ayuhlah. Berapa ramai pemain yang mereka perlukan? Ia akan menjadi mimpi ngeri seperti yang berlaku musim lalu.”

“Apabila anda melihat Liverpool, terdapat satu kawasan khususnya yang perlu dinaik taraf, iaitu kawasan bahagian tengah. Walaupun mereka menandatangani pemain baharu iaitu [Dominik] Szoboszlai dan [Alexis] Mac Allister.”

“Jika saya Caicedo, saya akan menandatangani kontrak dengan Liverpool kerana saya akan bersatu semula dengan Mac Allister dan saya akan bermain dengan kurang tekanan kerana begitu ramai pemain tengah mereka telah pergi. Bagi saya, jawapannya sangat mudah.”

“Kenapa mereka pergi ke Chelsea? Kerana duit, mudah. Duit telah bercakap untuk Chelsea dan pemain itu.”

Adakah anda setuju dengan pendapat Petit? Sila kongsikan kecaman anda di ruangan komen.

BACA:  Chelsea Menganjing Diri Sendiri Dengan Memutar Lagu Bob Marley Selepas Dibelasah Brentford