Bekas Pengadil: ‘Liverpool Patut Main 9 Orang, Pengadil Bijaksana Kendalikan Perlawanan Man United’

Liverpool beraksi dengan 10 pemain menentang Newcastle di St James Park selepas Virgil Van Dijk dilayangkan kad merah terus pada pertengahan separuh masa pertama.

Ketika itu Newcastle sudah mendahului dengan 1 gol. Dan kemudian bangkit dengan kemenangan hasil 2 gol Darwin Nunez pada lewat separuh masa kedua.

Bekas pengadil Dermot Gallagher menyatakan bahawa Liverpool seharusnya bermain dengan 9 pemain. Kerana seorang lagi pemain mereka berhak dibuang padang iaitu Trent Alexander Arnold.

Trent Alexander Arnold dilayangkan kad kuning kerana membaling bola walaupun sebelum itu dia dikasari oleh Anthony Gordon.

Beberapa minit kemudian Arnold telah menjatuhkan Gordon. Dan insiden itu dianggap sebagai 100% kad kuning kedua untuk Trent Alexander Arnold oleh Dermot Gallagher.

Bercakap kepada Sky Sports, Dermot berkata: “Trent Alexander Arnold benar benar bernasib baik kerana ianya kekasaran yang jelas pada Gordon.”

“Namun pengadil pakar dalam menutup kesilapan awal dia dalam perlawanan ini. Kerana pengadil harus memberikan sepakan percuma kepada Liverpool kerana Trent Alexander Arnold dikasari terlebih dahulu oleh Gordon sebelum dia membaling bola tanda protes kerana tiada wisel.”

“Trent Alexander Arnold tidak bernasib baik untuk kad kuning pertama yang sepatutnya tidak berlaku [jika wisel dibunyikan memihaknya], namun dia [Trent Alexander Arnold] sangat bernasib baik untuk mengelak kad kuning kedua.”

“100 peratus itu adalah kesalahan kad kuning. Ianya serangan yang sangat menjanjikan sesuatu untuk Newcastle, dan dia [Trent Alexander Arnold] tidak ada usaha untuk memainkan bola.”

“Dia ada ruang besar di hadapannya. Ianya kad kuning, tiada dakwa dawki lagi.”

Jurgen Klopp juga sudah mengulas insiden tersebut. Menyatakan bahawa Trent Alexander Arnold mendapat kad kuning kerana tindakan bodoh dia sendiri pergi baling bola. Namun Klopp menegaskan sebelum insiden itu jelas sekali pemai  itu dikasari di hadapannya.

Berkenaan dengan kad merah Virgil Van Dijk, Jurgen Klopp juga yakin itu satu kesilapan.

Jadi semua orang dah jadi tak betul sekarang ini. Entah siapa yang salah ku tak tahu.

Dermot Gallagher kemudian mengulas insiden melibatkan Worrall yang dilayangkan kad merah di Old Trafford sebagai tepat.

Walaupun pasukannya mahu membantah kad merah itu sebagai kesilapan.

Kerana menurut Dermot Gallagher adalah sia sia untuk Nottingham Forest mempertikaikan perkara itu.

“Ianya keputusan tepat dibuat di sini. Ianya foul la, saya tak rasa Boly boleh pintas kedudukan itu.”

“Korang nakkan pengadil lebih tegas buat keputusan atas padang kan? Jadi pengadil membuat keputusan positif.”

Satu lagi insiden yang melibatkan Man United adalah penalti selepas Marcus Rashford dikasari. Dan ianya menjadi sorotan ramai pihak.

Pundit Martin Keown melabel Rashford sebagai membuat simulasi atau diving dan mempersoalkan kenapa VAR tak campur tangan.

Keown berkata: “Pada pandangan saya, tak mungkin itu penalti. Jelas sekali itu diving la hanat.”

Dermot Gallagher berpendapat sebaliknya. Dia malah memuji kebijaksanaan pengadil dan VAR dalam perkara ini. Menurutnya, pengadil membuat keputusan atas dasar dia yakin itu penalti bermakna VAR tidak perlu campur tangan.

“Pada detik pengadil memberikannya, saya tidak nampak keputusan pengadil itu akan ditarik balik. Kerana pemain itu melakukan kontak di bahagian atas kaki Rashford.”

“Sebaik sahaja kekasaran itu dillakukan pengadil terus memberikan penalti.”

“Itu adalah perkara yang mereka [EPL] mahu pengadil buat. Keputusan yang lebih positif di atas padang. Dan VAR cuma perlu campur tangan jika perlu sahaja.”

“Pada momen penalti itu diberikan, saya sangat yakin ianya tak akan pernah ditarik lagi.”

BACA:  Milner: Liverpool Sudah Bersedia Hadapi Ujian Separuh Akhir Yang Sukar Menentang Barcelona