Belanda Umum 26 Pemain Skuad Rasmi EURO 2020

Belanda atau Holland atau Nehterland telah mengumumkan senarai 26 pemain untuk skuad rasmi yang bakal menggalas cabaran di saingan European Championship (EURO) 2020.

Frank de Boer yang membimbing Belanda sejak tahun 2020 tidak menyenaraikan dua pemain yang agak popular di Premier League, Anwar El Ghazi dan Steven Bergwijn.

Anwar El Ghazi yang bermain bersama Aston Villa nyata mempunyai impian menggunung untuk bersama skuad Belanda telah menjaringkan 10 gol liga musim tidak terpilih.

Steven Bergwijn walaupun agak bergelut musim ini bersama Tottenham Hotpsur pasti merasai kecewa juga, ternyata populariti tidak dapat mempengaruhi Frank de Boer.

Donny van de Beek pemain yang jarang diberikan minit permainan bersama Manchester United tiada masalah untuk berada dalam skuad Belanda dengan hanya berbekalkan potensi yang ada.

Pemain pertahanan paling hebat di alam semesta dan tidak terkalahkan yang beraksi bersama pasukan Liverpool, Virgil van Dijk juga tidak disenaraikan.

Pada awal bulan ini menyaksikan Virgil van Dijk sendiri telah memohon supaya namanya tidak disenaraikan dalam pasukan Belanda untuk kejohanan EURO 2020.

Walaupun UEFA telah mengumumkan senarai skuad dibesarkan dari 23 pemain kepada 26 pemain untuk EURO kali ini, Virgil Van Dijk tidak mahu merugikan slot tambahan itu.

Virgil van Dijk telah mengalami kecederaan anterior cruciate knee ligament (ACL) dalam perlawanan menentang Everton pada oktober lalu selepas bertembung dengan Jordan Pickford.

Sejak kehilangan Virgil van Dijk, prestasi Liverpool mengalami kemerosotan teruk ditambah dengan kecederaan pemain utama yang lain dan hanya bangkit dalam 10 perlawanan terakhir.

Jika Livrpool merasai kehilangan Van Dijk maka sudah pasti Belanda juga akan terkesan dengan perkara yang sama namun ini memberi peluang kepada pemain lain untuk menonjol.

Selepas telah terlepas semusim penuh, Van Dijk kini telah mula kembali untuk menjalani latihan ringan dan jika beraksi di EURO mungkin sesuatu yang buruk boleh terjadi.

Virgil van Dijk yang berusia 29 tahun mengambil keputusan menarik diri bagi memberi fokus kepada mendapatkan kembali kecergasan untuk menghadapi musim baharu.

Berdasarkan sejarah EURO, Belanda merupakan sebuah pasukan yang sangat digerunidan telah mengangkat trofi European Championships pada tahun 1988.

Diantara tahun 1992 sehingga 2008 pula, Belanda telah menamatkan kempen EURO mereka tiga kali ditempat ketiga dan dua kali mara ke suku akhir.

Kegemilangan Belanda mula terhakis apabila gagal melepasi peringkat kumpulan pada EURO 2012 dan pada EURO 2016 mereka gagal mara ke kejohanan ini.

Untuk kejohanan EURO 2020 ini, Frank de Boer telah menyenaraikan 3 penjaga gol, 9 pemain pertahanan, 7 pemain tengah dan 10 penyerang.

Belanda diundi dalam kumpulan C yang dilihat amat mudah yang dihuni oleh Ukraine, Austria dan North Macedonia.

Berikut merupakan senarai penuh skuad Belanda:

Penjaga Gol (3 Pemain):

1. Jasper Cillessen (Valencia)
2. Tim Krul (Norwich)
3. Maarten Stekelenburg (Ajax)

Pemain Pertahanan (9 Pemain):

4. Patrick van Aanholt (Palace)
5. Nathan Ake (Manchester City)
6. Daley Blind (Ajax)
7. Denzel Dumfries (PSV)
8. Matthijs de Ligt (Juventus)
9. Jurrien Timber (Ajax)
10. Joel Veltman (Brighton)
11. Stefan de Vrij (Inter Milan)
12. Owen Wijndal (AZ Alkmaar)

Pemain Tengah (7 Pemain):

13. Donny van de Beek (Manchester United)
14. Ryan Gravenberch (Ajax)
15. Frenkie de Jong (Barcelona)
16. Davy Klaassen (Ajax)
17. Teun Koopmeiners (AZ)
18. Marten de Roon (Atalanta)
19. Georginio Wijnaldum (Liverpool)

Pemain Penyerang (10 Pemain):

20. Steven Berghuis (Feyenoord)
21. Cody Gakpo (PSV)
22. Luuk De Jong (Sevilla)
23. Donyell Malen (PSV)
24. Memphis Depay (Lyon)
25. Quincy Promes (Ajax)
26. Wout Weghorst (Wolfsburg)

BACA:ย  Portugal Umun Skuad 26 Pemain EURO 2020