Bellerin Tak Pernah Rasai Atmosfera Sehebat Di Betis Sebelum Ini

Hector Bellerin telah membandingkan sorakan di Real Betis dengan sorakan di kelab lamanya sebelum ini.

Menurut Bellerin, atmosfera di Betis tiada tandingannya dan dia tak pernah mengalami sesuatu seperti itu. Pemain fullback Sepanyol itu menyertai Betis musim ini secara pinjaman dengan pilihan untuk kontrak tetap.

Bellerin merasai sendiri derbi Sevilla melibatkan pasukan Sevilla dan juga Real Betis yang panas. Malah perlawanan tersebut terpaksa dihentikan kerana ada pemain Sevilla yang dibaling dengan batang besi sehingga cedera di kepala.

Bellerin sangat kagum dengan atmosfera yang ada di Betis kerana tidak pernah merasainya ketika bermain di Emirates sebelum ini.

Bellerin menyatakan bahawa di Betis, para penyokong menyanyi lagu keramat kelab bersama sama dengan tangan di udara sambil mengibarkan mafla.

Hector Bellerin berkata: “Semua orang memukul bas, kemudian suar di mana mana sahaja. Orang ramai berpusu pusu di jalanan.”

“Rakan saya dari UK datang, dan dia sendiri tak percaya dengan apa yang sedang berlaku.”

“Di Betis, di sini sini mereka menyanyikan lagu keramat, dan saya harus katakan bahawa saya tidak pernah mendengar satu stadium menyanyi seperti itu – selama lamanya.”

“Datuk saya bukan peminat Betis. Namun dia menangis melihat sesuatu yang macam itu, kerana harmoni, seperti, kamu melihat semua orang mengangkat tangan dengan mafla, ianya sangat sangat berbeza.”

Hector Bellerin kemudian memberikan pujian dan rasa hormatnya kepada kelab lamanya Arsenal yang membantunya mendapat apa yang dia cari.

Seterusnya Bellerin mengakui dia gembira melihat prestasi cemerlang Tomiyasu yang mengisi posisinya sejak dia meninggalkan kelab itu.

Bellerin masih menyaksikan setiap perlawanan Arsenal dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk The Gunners.

“Arsenal kini sedang melakukannya dengan baik sekali. Itu membuatkan saya sangat gembira. Pemain yang mengisi posisi saya bermain dengan sangat baik.”

“Secara umumnya, tiada rasa sakit hati dalam diri saya. Ianya sangat cantik untuk ditatap. Kerana saya menonton setiap perlawanan Arsenal, dan saya mahu kamu semua [Arsenal] untuk bermain baik.”

“Saya sentiasa memberitahu kelab bahawa, jika saya meninggalkan tempat ini [Arsenal], saya tak mahu pergi ketika tanpa adanya orang di posisi saya sebagai ganti misalnya. Ataupun ketika kamu dalam keadaan sukar.”

“Saya mahukan yang terbaik untuk kita semua. Kerana saya sudah berada di sini selama 10 tahun dan saya sangat sukakan tempat ini.”

“Rasa hormat yang kami dapat di sana sebagai manusia. Dan saya sangat gembira Arsenal memberikan saya peluang untuk mendapatkan apa yang saya cari.”

“Ianya jelas sekali di dalam minda saya, saya gembira kerana ianya sedang tercapai sendiri.”

Video: Penyokong Arsenal Cuba Tenggelamkan Suara Nyanyian ‘You’ll Never Walk Alone’

Tular pada ketika ini sebuah video yang memperlihatkan bagaimana penyokong Arsenal berusaha sehabis daya mereka untuk menenggelamkan nyanyian ‘You’ll Never Walk Alone’ oleh penyokong Liverpool di Anfield.

Menjelang aksi sepak mula pertembungan peringkat separuh akhir dalam saingan Carabao Cup antara Liverpool bertemu Arsenal awal pagi semalam, para penyokong Arsenal dilihat cuba mengganggu momentum dan aura luar biasa Anfield.

Skuad Gunners juga beraksi dengan sangat cemerlang dalam perlawanan ini, selepas kejayaan mereka mengikat sang penakluk dunia dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Mengapa seri dianggap hebat? Ia kerana mereka mampu bertahan bermain hampir separuh permainan dengan kekurangan seorang pemain selepas Granit Xhaka dibuang padang.

Aksi timbal balik akan dilangsungkan pada Khamis nanti di Emirates, dengan para penyokong Arsenal sangat berharap pemain-pemain mereka mampu kekalkan corak permainan sama.

Para penyokong Gunners jelas berbangga dengan persembahan para pemain mereka dalam perlawanan ini, dengan mereka mampu menenggelamkan dominasi Liverpool di atas padang.

Selain aksi di atas padang, suara penyokong di dalam stadium juga tidak kurang hebatnya dengan penyokong Gunners bersorak dari awal sepak mula, hingga tamat perlawanan.

Kini sedang tular di media sosial, aksi bagaimana penyokong Arsenal berusaha untuk menenggelamkan nyanyian terkenal Liverpool sebelum sepak mula perlawanan tersebut.

Video tersebut awalnya telah dimuat naik oleh wartawan Football.london, Chris Wheatley, yang menunjukkan para pemain Liverpool sedang keluar dari terowong, sambil penyokong menyanyikan lagu keramat mereka.

Ketika para penyokong Liverpool mula menyanyikan lagu ‘You’ll Never Walk Alone’, terdapat suara-suara cemuhan bunyi dari kawasan tempat duduk penyokong pasukan pelawat.

Jeritan ‘Arsenal, Arsenal’ boleh didengari ketika kedua-dua pasukan sedang bertarung untuk tenggelamkan antara satu sama lain.

Ia secara tidak langsung berjaya menghidupkan aura Anfield sejak dari awal dan ia juga merupakan detik yang sangat menarik untuk disaksikan.

Walau aksi di atas padang tak semenarik apa yang ditunjukkan oleh penyokong sebelum sepak mula perlawanan, namun setidak-tidaknya penyokong Arsenal boleh pulang dengan menarik nafas lega.

Mereka boleh berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan oleh barisan pemain mereka dalam perlawanan ini.

Bercakap selepas tamat perlawanan tersebut, pengurus Arsenal, Mikel Arteta telah memberikan pujian menggunung kepada para pemain beliau, kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi selepas kehilangan Xhaka pada awal permainan.

“Saya sangat berbangga dengan apa yang kami lakukan hari ini dalam stadium yang begitu sukar, bertemu lawan yang hebat dan bermain selama 70 minit dengan 10 pemain.”

Jelas Mikel Arteta.

“Ketika kamu datang ke stadium seperti ini, saya katakan kepada mereka, kamu perlu pilih pemain yang gembira untuk pergi berjuang. Kamu akan bertemu detik sukar ketika kamu sedang menderita.”

“Jika kamu sanggup membantu pasukan kamu, sanggup terima yang ada ketika kamu tidak akan bermain dengan cara permainan kamu mahu, maka sesuatu yang bagus akan berlaku.”

“Ketika kamu bermain dengan semangat itu, berjuang dan bersatu hati, pada akhirnya kamu akan dapat sesuatu. Itulah apa yang berlaku hari ini.”

Liverpool dalam perlawanan ini jelas serba tidak menjadi dengan jentera serangan mereka dilihat terlalu tumpul dan jauh berbeza dari apa yang mereka sering pamerkan sebelum ini.

Jelas sekali ketiadaan Salah dan Mane dikatakan punca mengapa skuad Liverpool beraksi hambar dalam perlawanan ini, dan Arsenal boleh menarik nafas lega kerana kedua-dua pemain itu tidak akan bermain di Emirates nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Siapakah Yang Dimaksudkan Wenger Sebagai 'Penguasa' Kepada Diving Dalam Bolasepak Hari Ini?