Ben Foster Jelaskan Kenapa Gol Pertama Perancis vs England Sepatutnya Tidak Terhasil

Bekas penjaga gol Mancheste United dan England, Ben Foster telah tampil untuk menjelaskan kenapa gol pertama Perancis ketika menentang England sepatutnya tidak boleh terhasil.

Selepas 15 minit pertama perlawanan berlangsung, Perancis mendahului apabila pemain tengah Real Madrid, Aurelien Tchouameni merembat deras dari jarak 25 ela melepasi gawang kepunyaan Jordan Pickford.

Juara bertahan itu akhirnya menang 2-1 hasil tandukan Olivier Giroud pada minit ke-78, kapten England, Harry Kane terlepas sepakan penalti enam minit sebelum masa penuh untuk menyamakan kedudukan.

Ramai yang merasakan gol itu sepatutnya tidak disahkan pengadil kerana Bukayo Saka telah dikasari semasa gerakan membina jaringan Tchouameni itu, dengan ulang tayang juga menunjukkan perkara yang sama.

@benfcyclinggk

My take on whether Pickford should have stopped Tchouameni’s goal… 🧤#Football #WorldCup #Pickford #Tchouameni #England #ThreeLions #goalkeeper #BenFoster

♬ original sound – Ben Foster The Cycling GK

Bagaimanapun, bekas pemain nombor satu England, Ben Foster tidak menjadikan perkara itu sebagai hujah kenapa gol itu tidak patut terhasil kerana Foster percaya bahawa Pickford sepatutnya melakukan usaha menyelamat yang lebih baik.

Dia berkata pada ketika berbicara di akaun TikTok benfcyclinggknya:

“Rembatan itu adalah dari jarak kira-kira 25 atau 26 ela, Jude Bellingham pula kira-kira 25 ela dari gawang dan ia melepasi kakinya.”

“Itu tidak meletakkan Jordan Pickford situasai tidak bersedia sama sekali, bukan? Apa yang saya fikir dia sedikit lambat menggerakkan kakinya. Ya, sedikit.”

Bagi Ben Foster, Pickford sepatutnya mampu melakukan yang lebih baik dengan usaha yang berlipat kali ganda kerana dia bermain dipentas tertinggi iaitu Piala Dunia namun dia terlalu perlahan.

“Saya tidak fikir dia memandang rendah bola rembatan itu yang akan melencong dengan begitu cepat.”

“Tetapi sebagai penjaga gol di tahap itu anda perlu memberi lebih usaha untuk menyelamat. Anda perlu terbang melepasi bola, adakah anda tahu apa yang saya maksudkan?”

“Saya rasa kebanyakan penjaga gol Liga Perdana mampu melakukan penyelamatan itu, saya benar-benar mampu melakukannya. Saya rasa kebanyakan penjaga gol Liga Perdana membuat penyelamatan itu, noktah.”

Ben Foster kemudiannya menolak idea bahawa rembatan Tchouameni itu terlalu bagus dan tidak mampu untuk diselamatkan oleh Jordan Pickford.

“Saya tidak fikir ia adalah begitu – saya tidak fikir ia telah diserang dan saya tidak fikir ia betul-betul menuju ke sudut.” tambahnya.

“Saya fikir jika anda menunjukkan kepada Jordan Pickford untuk melihat kembali gol, saya fikir dia akan mengangkat tangannya dan berkata, saya fikir saya boleh melakukan yang lebih baik untuk itu.”

Selepas di amati seperti ada kebenaran kata-kata Ben Foster itu, mungkin Pickford terlindung namun dari jarak itu sepatutnya cukup untuk Pickford melayangkan badan dan bola pula dalam sekaki lebih dari penjuru.

Namun analisis dari Ben Foster ini memang lain dari yang lain ketika masing-masing mencari salah siapa atas kepulangan semula England ke tanah air, Foster bercerita dari kaca mata seorang bekas penjaga gol.

Secara keseluruhan, penjaga gol Everton itu telah mengharungi kejohanan yang baik di Qatar apabila dia mendapat pujian selepas melakukan penyelamatan jarak dekat yang baik semasa pertembungan 16 terakhir menentang Senegal.

Pickford melepaskan empat gol di Piala Dunia 2022, dua menentang Iran dan dua menentang Perancis. Dia melakukan sejumlah tujuh penyelamatan dan menamatkan dengan purata kadar kejayaan sebanyak 77.2%.

Pemain berusia 28 tahun itu telah menjadi pilihan pertama England selama beberapa tahun sekarang, tetapi dengan pemain seperti Aaron Ramsdale dan Nick Pope beraksi pada tahap tinggi, Pickford mungkin perlu meningkatkan permainannya untuk mengekalkan kehilangan tempatnya.

BACA:  EURO 2020: England 1-0 Croatia