Berapakah Kelajuan Pecutan De Paula Ketika Raikan Gol? Larian Yang Jadi Dambaan Peminat

Berapakah kelajuan pecutan yang dicatatkan oleh Guilherme De Paula Lucrecio ketika meraikan gol semalam? Larian yang menjadi dambaan peminat Harimau Malaya.

Larian yang pantas sebegitu yang penyokong Harimau Malaya mahukan daripada Guilherme De Paula Lucrecio berbanding berjalan-jalan sambil menikmati kehijauan rumput.

Namun peminat Harimau Malaya masih waras, walaupun mahu Guilherme De Paula Lucrecio berlari tapi bukanlah sepanjang 90 minit, lari ketika larian perlu dilakukan.

Ni hilang bola tengok je, kejar la bagi masa kepada rakan-rakan lain untuk menutup ruang dan menyempitkan peluang hantaran pasukan lawan.

Macam bola sepakan percuma Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-59 sungguh cantik letakkan bola ke kotak Vietnam tapi tula. Lari masa celebrate lagi laju.

Guilherme De Paula Lucrecio telah menjaringkan sepakan penalti yang menjadi gol penyamaan Harimau Malaya dan keraian gol Guilherme De Paula Lucrecio seperti tiada hari esok.

Guilherme De Paula Lucrecio berlari sehingga ke tengah padang sambil menjerti tanda kepuasan dapat membuktikan sesuatu, namun itu hanya gol penyamaan dan pengakhirannya Malaysia tewas jua.

Yang menjadi persoalan adalah, berapakah kelajuan pecutan yang dicatatkan oleh Guilherme De Paula Lucrecio ketika meraikan gol semalam? Adakah mencapai tahap bunyi?

Pengulas dan pakar taktikal bola sepak di laman muka buku terkenal, Axello Riise telah membuat kira-kira dan analisis kelajuan larian keraian Guilherme De Paula Lucrecio.

Sebenarnya ada terdengar orang berkata bahawa Guilherme De Paula Lucrecio harus melakukan larian seperti itu ketika bermain bola sepak.

Dan kali ini kita nak tahu, jika larian itu yang digunakan Guilherme De Paula Lucrecio dalam aksi selepas ini adakah dia sebenarnya sangat pantas?

Guilherme De Paula Lucrecio telah berlari sekitar 84 meter dalam masa 13.2 saat dengan rutin seperti seorang pelari pecut 200 meter.

Jadi selepas menggunakan kaedah nisbah dan menggunakan benang untuk mengukur jarak lengkungan larian De Paula, maka dapatlah disimpulkan Guilherme De Paula Lucrecio berlari dalam 84 meter dengan catatan 13.2 saat.

Kemudian kita melakukan conversion kelajuan itu dalam bentuk KMJ.

Dan Guilherme De Paula Lucrecio mencatatkan top speed larian keraian itu pada 22.91 kmj. Kelajuan selamat untuk lalu di hadapan sekolah.

Sebagai perbandingan. Pada tahun 2020, ini adalah pemecut terpantas dalam kalangan pemain bola sepak:

1. Kylian Mbappe – 36km/h
2. Inaki Williams – 35.7km/h
3. Pierre-Emerick Aubameyang – 35.5km/h
4. Karim Bellarabi – 35.27km/h
5. Kyle Walker – 35.21km/h
6. Leroy Sane – 35.04km/h
7. Mohamed Salah – 35km/h
8. Kingsley Coman – 35km/h
9. Alvaro Odriozola – 34.99km/h
10. Nacho Fernandez – 34.62km/h

Jadi, Guilherme De Paula Lucrecio memang jauh daripada mereka ini. Ada satu kajian oleh Fox Sports pada 2016 tentang pemain paling slow pecutan.

Dan pemain paling siput di EPL masa itu adalah Charlie Adam dengan 26.7kmh.

Jika Charlie Adam berlari acara 100 meter dengan Guilherme De Paula Lucrecio. Charlie Adams akan berlari sekitar 13 saat.

Manakala Guilherme De Paula Lucrecio akan berlari dalam masa 15 saat untuk 100 meter untuk larian keraian gol dia yang korang paling laju dia pernah buat.

Sementara itu Olivier Giroud dan Peter Crouch jauh lebih laju daripada Guilherme De Paula Lucrecio.

Kita yakin Guilherme De Paula Lucrecio sebenarnya boleh berlari lebih laju daripada itu. Kiraan di atas hanyalah untuk larian keraian gol penuh semangat beliau semalam.

Rujukan tambahan:

** Artikel ini disiar di The Sukan selepas mendapat kebenaran daripada Axello Riise dengan syarat diletakkan klip video lagu Blackpink.

Malaysia 1-2 Vietnam

Perlawanan menentang Malaysia menentang Vietnam merupakan perlawanan penentuan antara hidup nasib Malaysia untuk kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia bermain agak baik dan metakinkan pada awal permainan dan tampak berani menyerang dengan melakukan gerakan bagi mencari gol awal.

Vietnam seperti biasa yang terkenal dengan permainan penuh berdisiplin tenang menyerap asakan dan sesekali menyerang dengan kelajuan mereka yang tidak boleh bawa bincang.

Pada minit ke-16 Nguyen Tien Linh telah terlepas hantaran cantik rakan sepasukan apabila sedikit lewat menyambar hantaran tersebut.

Percubaan Malaysia hadir melalui Syafiq Ahmad namun rembatannya lemah, Syafiq mempunyai pilihan untuk menolak bola kepada rakan namun memilih untuk mencuba.

Selepas 20 minit permainan, Vietnam semakin selesa memegang bola, Malaysia mula kehilangan pedoman dan tanda-tanda huru-hara mula kelihatan.

Akhirnya Nguyen Tien Linh berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-27 yang berpunca dari situasi kucar-kacir di depan gawang Malaysia berpunca dari sepakan penjuru.

Gol itu terhasil daripada kegagalan pemain Malaysia mengawal pemain Vietnam yang sememangnya sangat bahaya dalam situasi bola mati.

Percubaan paling bahaya dari Malaysia akhirnya hadir sekali lagi melalui Syafiq Ahmad yang menanduk tajam namun berjaya ditepis penjaga gol Vietnam.

Dua sepakan penjuru berturut-turut dilakukan berjaya diperolehi skuad Harimau Malaya namun gagal membuahkan sebarang hasil apatah lagi sebuah percubaan.

Matthew Davies telah dijatuhkan pemain Vietnam diluar kotak dan sepakan percuma telah diberikan oleh pengadil perlawanan.

Safawi Rasid mengambil sepakan percuma dengan satu sepakan cantik menuju ke penjuru kanan gawang, namun berjaya ditepis keluar penjaga gol Vietnam.

Dipenghujung separuh masa pertama, Malaysia terus menekan dan bola Guilherme De Paula gagal disambar oleh Mohamadou Sumareh.

Bermula babak kedua Tan Cheng Hoe memgeluarkan Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad lalu dimasukkan Nazmi Faiz Mansor dan Akhyar Rashid.

Kesilapan Corbin Ong melepaskan bola mudah kepada lawan hampir mengundang padah mujur percubaan pemain Vietnam tersasar.

Sepakan percuma Nazmi Faiz Mansor sungguh cantik namun Guilherme De Paula gagal menyambar peluang terbaik. Mungkin Guilherme De Paula mahukan bola sampai betul-betul depan kaki.

Pada minit ke-65, Vietnam hampir saja menggandakan kedudukan apabila satu hantaran membelah pertahanan berjaya dilakukan memaksa Farizal Marlias keluar, mujur bola percubaan dilakukan tidak melencong dan gagal disambar.

Guilherme De Paula akhirnya ada fungsi dan berguna apabila mendapat sepakan penalti selepas rempuhan atas udara dilakukan pertahanan Vietnam.

Dion Cools meminta mahu membuat sepakan namun Guilherme De Paula berkeras mahu membuat sepakan itu. Satu sepakan deras ke kanan bawah gawang dari De Paula masuk dan satu keraian seperti menjaringkan gol kemenangan ditunjukkan oleh De Paula.

Selepas Mohamdou Sumareh dikeluarkan digantikan dengan Arif Aiman, Syameer Kutty Abba pula dikeluarkan dan Liridon Krasniqi dimasukkan untuk menambah impak dibahagian tengah.

Nguyen Van Tong telah dijatuhkan oleh Brendan Gan menurut mata pengadil dan dari ulang tayang yang tidak jelas seperti tiada sentuhan dan satu simulasi dilakukan. Jelas satu simulasi.

Que Ngoc Hai tiada masalah untuk menewaskan Farizal Marlias yang membuat satu rembatan deras walaupun bacaan yang betul dilakukann.

Penjaga gol Vietnam telah diberikan amaran dan teguran oleh pengadil kerana tidak mempamerkan semnangat kesukanan dengan mula lengah-lengahkan perlawanan.

Berbaki lima minit, Tan Cheng Hoe melakukan pertukaran kelima dengan mengeluarkan Brendan Gan dan pemain muda harapan, Luqman Hakim dimasukkan.

Lima minit masa kecederaan dan Harimau Malaya gagal melakukan apa-apa dan perlawanan di Stadium Al-Makthoum Dubai, UAE berakhir dengan Malaysia 1-2 Vietnam.

Maka tamatlah perjuangan Malaysia di saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan perlawanan terakhir Malaysia akan bertemu Thailand.

BACA:  Lihat Tiga Sentuhan Tak Jejak Tanah Safawi Hasilkan "Wonder Goal" Diikuti Keraian 'Baby Bump"