Bintang Arsenal Update Story Merayu Agar Kelab Melepaskannya

Pemain Arsenal, Ainsley Maitland-Niles telah memuat naik story di laman instagram miliknya untuk merayu pada kelab agar melepaskan beliau pergi.

Beliau mahu menyertai pasukan yang benar-benar mahukan khidmatnya dan beliau jelas terdesak mahukan minit permainan.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan telah berjaya menarik minat Everton untuk mendapatkan khidmatnya, dengan The Toffees dipercayai sudah berunding dengan Arsenal berkait urusan perpindahan melibatkan Maitland-Niles.

Walaupun Maitland-Niles jarang diberikan minit permainan, Arsenal walau bagaimanapun dikatakan telah menolak tawaran dari Everton dan hal itu menyebabkan pemain muda itu sangat kecewa.

Beliau memuat naik status di laman instagram pada petang Isnin lalu, dan dengan terbuka beliau mendedahkan tentang situasi yang beliau alami ketika ini.

Lebih mengejutkan lagi, Maitland-Niles bahkan turut menyebut nama Arsenal sendiri dalam tulisan luahan hatinya itu.

“Apa yang mahu saya lakukan adalah pergi ke mana saya diperlukan dan di mana saya boleh bermain.”

Tulis Maitland-Niles, berserta tiga emoji menangis dan beliau turut tag Arsenal di muat naik tersebut.

Everton dilaporkan mahu mendapatkan Maitland-Niles menerusi perjanjian pinjaman dan pilihan untuk pembelian tetap.

Melihat kepada aktiviti di media sosial Maitland-Niles, beliau jelas sangat berminat untuk menyertai Everton dan meninggalkan Arsenal pada musim panas ini.

Beliau menghabiskan separuh musim lalu dengan beraksi bersama West Brom sebagai pemain pinjaman, yang mana beliau di sana lebih banyak mendapat minit permainan.

Empat bulan bersama West Brom, Maitland-Niles mendapat minit permainan yang jauh lebih banyak berbanding bermain dibawa kendalian Mikel Arteta sejak 2020.

Beliau sebenarnya pemain yang versatile yang mana Maitland boleh bermain di posisi full-back dan central defender dengan sangat bagus.

Walau bagaimanapun, beliau tetap sukar untuk dapat masuk ke dalam skuad utama Arsenal dengan Mikel Arteta tidak begitu berminat dengan gaya permainannya.

Beliau turut beraksi sebagai pemain gantian ketika aksi kekalahan 5-0 Arsenal di tangan Manchester City pada hujung minggu lalu.

Beliau juga diturunkan sebagai kesebelasan utama ketika aksi kemenangan 6-0 Arsenal membelasah West Brom beberapa hari sebelum mereka dibelasah City.

Menurut laporan David Ornstein dari The Athletic, Maitland-Niles telah memberitahu kelab yang beliau mahu bermain di posisi righ back musim ini, namun beliau telah diletakkan sebagai pilihan ke-4 dibelakang Calum Chambers, Cedric Soares dan Hector Bellerin.

Pada tahun lalu, Maitland-Niles telah dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan England dan turut sempat melakukan debut ketika beraksi bertemu Denmark pada September 2020.

Everton sebelum ini mempunyai rekod rundingan yang baik dengan Arsenal yang mana mereka pernah menandatangani Theo Walcott dan Alex Iwobi dari Gunners.

Namun mereka masih belum mampu untuk menyelesaikan rundingan berkait Maitland-Niles dan sepertinya ia tidak akan berlaku pada jendela perpindahan musim panas ini.

Peminat juga buntu memikirkan mengapa Arsenal tidak mahu melepaskan Maitland-Niles sedangkan mereka tidak menggunakan khidmat pemain tersebut.

Melihat kepada ‘ig story’ Maitland-Niles, agak memalukan andai Arsenal berkeras untuk menyimpan beliau dan masa sama tidak mahu memberikannya minit permainan.

Andai Arteta rasakan Maitland-Niles tak sesuai bermain di posisi right-back, beliau mungkin boleh gunakan khidmatnya di posisi centre-back berbanding sekadar meletakkannya di bangku simpanan.

Dan jika itu juga tak sesuai, Arteta dan Arsenal sendiri sepatutnya jual saja Maitland-Niles ketika ada kelab lain yang berminat, setidak-tidaknya mereka akan dapat dana tambahan berbanding keluar duit untuk bayar gaji tapi pemain itu tidak digunakan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pra Musim: Turunkan Pasukan Terkuat, Arsenal Rebah Di Pangkuan Man United