CEO Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke mengakui yang kelab sama sekali tidak gembira dengan rundingan penjualan Sancho kepada Manchester United pada musim panas ini.
Borussia Dortmund sendiri telah mendedahkan bahawa pihak kelab telah bersetuju dengan tawaran £73 juta dari Manchester United untuk mendapatkan pemain sayap mereka.
Kemarin pihak kelab telah membuat pengumuman rasmi untuk mengesahkan tentang berita tersebut yang mana Sancho kini sah menjadi milik setan merah.
Borussia Dortmund CEO Watzke confirms: “There’s an agreement with Manchester United for Sancho. It was Jadon's express wish to change, we would have liked to keep him. We are not happy about the money but sad that he’s leaving”. @westsven 🔴 #MUFC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 1, 2021
Walaupun Sancho telah memberikan keuntungan yang menakjubkan untuk pihak kelab, namun Dortmund merasa terkilan kerana mereka sebenarnya menghargai bintang England itu lebih dari segalanya.
Gergasi Bundesliga itu sebelum ini meletakkan nilai £108 juta untuk melepaskan Sancho pada jendela perpindahan musim panas tahun lalu.
Kerana tidak mendapat persetujuan berkait harga, maka United pada musim lalu gagal untuk menandatangani pemain yang paling mereka kehendaki itu.
Dortmund kemudiannya mendedahkan yang mereka sanggup terima tawaran yang lebih rendah untuk melepaskan Sancho memandangkan pemain sayap mereka itu sangat terdesak untuk kembali ke England.
Watzke dalam kenyataannya telah menyatakan bahawa:
🎙 Hans-Joachim Watzke on Jadon Sancho:pic.twitter.com/C84E69Uxit
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) July 1, 2021
“Kami tidak gembira bukan kerana duit yang kami terima.”
“Kami sedih kerana dia sudah tiada lagi di sini. Namun begitu, walau apa pun yang berlaku, ia sememangnya kehendak Jadon sendiri untuk pergi, kami sebolehnya mahu dia kekal di sini.”
“Namun dia telah menunjukkan sikap yang menakjubkan dan telah memberikan segalanya dalam tempoh empat tahun ini. Dia bawa kami terus maju dan bangkit pada suku kedua musim lalu.”
𝗛𝗲𝗮𝗱𝘀 𝘂𝗽.
We have agreed a deal in principle for the transfer of Jadon Sancho to United! 🔴⚪⚫#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) July 1, 2021
Sancho menyertai Borussia Dortmund dari Manchester City pada tahun 2017 yang lalu dengan beliau pada ketika itu baru sahaja berusia 17 tahun.
Dia membantu kelab untuk mengakhiri saingan Bundesliga musim lalu di kedudukan ketiga dan turut memenangi gelaran DFB-Pokal.
Sancho akan menandatangani perjanjian sehingga 2026 dan kini beliau hanya perlu menjalani medikal sebelum menurunkan tandatangannya.
Urusan tersebut dijangka akan dilengkapkan selepas berakhirnya saingan Euro 2020 nanti.
Setakat ini masih belum ada berita rasmi tentang nombor berapa yang akan beliau pakai bersama Manchester United nanti, dengan kebanyakkan peminat merasakan Sancho akan memakai No.7.
Was interesting to follow the @BVB press conference today. Boss – Watzke: “not like we are happy for the money – we are sad to lose Sancho” – “Jadon has been behaving brilliant for us and he wanted to do this move” https://t.co/CBKkuG1vR7
— Jan Aage Fjortoft 🏳️🌈 🇳🇴 (@JanAageFjortoft) July 1, 2021
Nombor tersebut ketika ini dipakai oleh Edinson Cavani yang dianggap wira baru setan merah sejak dari ditandatangani secara percuma pada musim panas lalu.
Satu kenyataan rasmi dari Manchester United telah menyatakan bahawa:
“Manchester United sangat berbangga untuk mengumumkan yang kami sudah capai kata sepakat dengan Borussia Dortmund berkait urusan perpindahan Jadon Sancho.”
“Penandatanganan itu tertakluk pada syarat dan medikal, yang mana kesemuanya akan dilengkapkan selepas Jadon selesai tugasannya bersama skuad kebangsaan England dalam saingan UEFA European Championship.”
Bercakap selepas tularnya berita berkait perpindahan Sancho, Ferdinand jelas teruja dengan berita tersebut dan beliau dengan segera berkongsi beberapa hal yang berguna serta sedikit nasihat untuk Sancho berjaya di Old Trafford.
OFFICIAL: Borussia Dortmund CEO Hans-Joachim Watzke confirms Jadon Sancho is to join Manchester United.
⚽️ 50 goals
🅰️ 64 assists
🎟️ 137 matchesJadon Sancho flourished at #BVB! pic.twitter.com/dAhNG7l7SM
— DW Sports (@dw_sports) July 1, 2021
Legenda Manchester United itu yang pernah beraksi bersama Cristiano Ronaldo di Old Trafford mencadangkan kepada Sancho supaya mengabadikan dirinya bersama kelab dan berusaha lebih keras untuk berjaya.
Bercakap di saluran Youtube miliknya, FIVE, Ferdinand telah menyatakan bahawa:
Rio Ferdinand urges Jadon Sancho to 'entertain' and not let 'anything sidetrack' him at Manchester United https://t.co/LoyhJkPSoX
— MailOnline Sport (@MailSport) July 1, 2021
“Sebatikan diri kamu dengan segalanya tentang kelab.”
“Kamu perlu kerja keras dan pastikan semua yang kamu lakukan adalah untuk berjaya di Manchester United dan untuk menjadi yang terbaik semampu kamu selama di sini.”
“Jangan biarkan apa-apa saja mengganggu kamu atau alihkan perhatian kamu. Jadi diri sendiri, hiburkan diri, sampaikan kepada semua apa yang kamu ada dan buktikan kemampuan kamu.”
“Tapi perlu beri tumpuan, tolonglah, tenaga kamu dan tumpuan kamu hanya untuk bola sepak semata-mata.”
Ferdinand merupakan individu paling gembira dengan berita ini memandangkan beliau sememangnya dari dulu sudah menggesa kelab untuk menandatangani Jadon Sancho.
Sancho dijangka akan menambah kekuatan di bahagian jentera serangan Manchester United musim hadapan dengan setan merah sebelum ini sememangnya mempunyai masalah ketiadaan pemain yang benar-benar berkebolehan untuk bermain di posisi sayap kanan.
🗣️ Marco Rose (Dortmund's new manager) on Jadon Sancho: "Jadon's qualities were unpredictable. Every coach likes to have a player like Jadon Sancho on his team. We knew that it could mean that Jadon won't be there next season." [@RNBVB] pic.twitter.com/8lFDBP5Htl
— Vishy (@vishy_united) July 1, 2021
Kehadiran Sancho jelas memberi jalan penyelesaian terbaik untuk masalah tersebut dan beliau dirasakan akan memberikan impak yang cukup positif untuk bantu setan merah memenangi Piala kejuaraan.
United musim lalu mengakhiri saingan Premier League di kedudukan kedua dengan 12 mata di belakang pendahulu Manchester City.
Pengurus pasukan Ole Gunnar Solskjaer sedar yang skuadnya perlu ditambah baik dengan beliau sebelum ini pernah menyatakan:
“Jika kita mahu menambah kemampuan kita untuk bersaing dengan City, kita kena perkuatkan lagi skuad sedia ada.”
Jadon Sancho bukanlah satu-satunya pemain yang akan ditandatangani oleh setan merah pada jendela perpindahan musim panas ini, dengan United kini sedang dalam usaha mereka untuk mendapatkan beberapa pemain lain lagi.
BVB CEO Watzke: "It was Jadon's express wish to change. We are not happy about the money." 🗣️
Jadon Sancho finally gets his move to Manchester United 🔴 pic.twitter.com/meSFnMMG6e
— 101 Great Goals (@101greatgoals) July 1, 2021
Raphael Varane antara nama yang hangat dikaitkan dengan Manchester United pada ketika ini namun masih belum ada sebarang maklumat rasmi berkait rundingan yang melibatkan pertahanan Perancis itu.
Sumber: Fabrizio Romano
: SB