Sancho Mulakan Gerakan Dengan Backheel Padu Sebelum Menyudahkannya

Jadon Sancho terus memukau dunia bola sepak dengan aksi menggiurkan sekali lagi apabila memulakan gerakan gol dengan hantaran backheel disusuli satu cutback dan disudahkan beliau sendiri.

Gol itu pula merupakan gol kememangan Borussia Dortmund ke atas RB Leipzig yang merupakan satu-satunya pasukan yang boleh menangguhkan kejuaraan Bayern Munich.

Namun gol kemenangan minit akhir Jadon Sancho ini telah menobatkan Bayern Munich yang membelasah Borussia Moenchengladbach 6-0 selaku juara Bundesliga buat kali ke-9 berturut-turut.

Dua gol telah dijaringkan oleh Jadon Sancho dalam perlawanan yang sangat penting dan tiga mata diperlukan untuk terus mengejar slot ke Champions League musim hadapan.

Kemenangan ini telah melonjakkan Borussia Dortmunt ke tangga ke empat memotong Eintracht Frankfurt dengan kelebihan dua mata namun Eintracht Frankfurt kurang satu perlawanan.

Borussia Dortmund perlu bergantung harap kepada nasib dengan harapan Eintracht Frankfurt tewas atau kehilangan mata serta Borussia Dortmund perlu menang semua baki perlawanan.

Marco Reus membuka tirai jaringan seawal minit ke-7 permainan selepas melakukan larian yang mengelirukan membolehkan Thorgan Hazard melakukan hantaran backheel.

Hantaran Thorgan Hazard tepat ke kaki Marco Reus yang melakukan larian solo sebelum merembat betul-betul depan muka penjaga gol RB Leipzig, Peter Gulacsi.

Jadon Sancho menggandakan kedudukan enam minit selepas separuh masa kedua bersambung dengan satu gerakan memotong ke dalam dan melencongkan bola secara leret.

RB Leipzig tidak panik dan tenang mengejar dengan jaringan pertama daripada Lukas Klostermann sebelum Daniel Olmo akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-77.

Gol kemenangan Borussia Dortmund hadir melalui jaringan Jadon Sancho pada minit ke-87 dan gol ini terhasil dengan penuh berseni dan berkerjasama.

Jadon Sancho telah melakukan melakukan satu backheel kepada Raphael Guerreiro yang datang membuat larian daripada tepi sebelum satu cutback dilakukan.

Cutback Raphael Guerreiro kembali menemui Sancho yang tidak dikawal lalu mudah menolak masuk gol kemenangan.

Erling Braut Haaland yang tidak turun beraksi dan berada ditepi padang menceritakan betapa padunya gol Sancho itu hingga mampu membuatkan mesin gol teruja.

Minggu lalu menyaksikan Sancho juga menjadi bualan dunia bola sepak selepas pemain Holstein Kiel, Fin Bartels telah rebah ke tanah tanpa sebarang sentuhan selepas terpesona dengan liuk lentok Jadon Sancho.

Pemain sayap Borussia Dortmund itu nyata memeningkan barisan pemain pertahanan Holstein Kiel dalam perlawanan separuh akhir DFB Pokal dengan aksi lincah dan liar.

Liuk lentok atau acahan badan (body feint) yang tidak seberapa itu sudah cukup untuk menghantar pemain tengah Holstein Kiel itu ke tanah.

Kalau mat salleh panggil β€˜Broke opponent Ankles With One Body Feint’ atau menghancurkan buku lali lawan dengan acahan badan yang menggiurkan.

Kerana buku lalu sudah hancur pemain lawan akan terus rebah ke tanah, Sancho meneruskan larian menyerang di ruang yang kosong ditinggalkan lawan.

BACA:Β  Southgate Dedah Alasan Mengapa Beliau Masih Belum Turunkan Sancho