Boss Dortmund Sedih Mengenang Nasib Sancho Di Old Trafford

Chief Executive Borussia Dortmund, Hans-Joachin Watzke telah mendedahkan rasa kecewa beliau dengan kesukaran yang dihadapi oleh Jadon Sancho di Old Trafford.

Sancho menyertai setan merah dari Borussia Dortmund pada musim panas baru-baru ini dengan yuran perpindahan bernilai £73 juta.

Walau bagaimanapun, beliau sepertinya masih belum mampu untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya dan masih bergelut dengan masalah prestasi.

Beliau masih belum mampu untuk mencabar kedudukan dalam kesebelasan utama United sejak dua perlawanan terakhir dalam saingan Premier League.

Ketika aksi kekalahan 1-0 bertemu Aston Villa minggu ini, Jadon Sancho langsung tidak diturunkan untuk beraksi dan sekadar memanaskan bangku simpanan sahaja.

Watzke menghentam bagaimana layanan yang diterima oleh Jadon Sancho sejak kembalinya pemain sayap itu ke England.

“Saya suka Jadon. Ketika kamu lihat dia bermain, air mata kamu tentu akan mengalir.”

Jelasnya kepada SPORT1 menurut The Mirror.

“Ia menyiksa jiwa saya melihat dia tidak begitu dipertimbangkan. Saya rasa masalah dia adalah dia tidak digunakan untuk skuad kebangsaan England.”

Sancho merupakan pemain kesayangan peminat ketika kariernya di Jerman, dengan beliau berjaya mencipta gandingan super mantap bersama Erling Haaland dan Marco Reus di Signal Iduna Park.

Beliau berjaya membantu kelab memenangi gelaran DFB-Pokal pada musim lalu, dan turut menjaringkan 16 gol dan mencatatkan 20 assists dalam semua pertandingan pada musim lalu.

Pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer percaya yang Sancho sudah tidak merasa begitu tertekan selepas melihat kehadiran Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo.

Kesemua mereka dianggap antara yang terbaik dalam dunia bola sepak dan Solskjaer percaya Varane dan Ronaldo banyak memberi tunjuk ajar kepada Sancho.

“Saya rasa kamu betul, kedua-dua Raphael Varane dan Cristiano datang sini dan mengurangkan sedikit rasa tekanan yang dialami oleh pemain muda.”

Jelas Solskjaer.

“Dia baru berusia 21 tahun, dia sedang belajar lagi tentang sukan ini, dia sedang belajar bagaimana kami berlatih, dia sedang mengenal Premier League, tapi dia memang datang dengan keinginan untuk belajar semua itu.”

“Kita tahu bakat dia, dan kita tandatangani dia dengan harapan kita akan ada pemain penyerang terhebat dunia untuk tempoh 10 ke 12 tahun ke hadapan.”

“Jadon dapat rentak permainan dia, tapi sayangnya dia sakit ketika dia sudah boleh untuk diturunkan, jadi dia terpaksa di ketepikan, dan dia terlepas beberapa aksi pra musim. Tapi dia memang bekerja keras dan dia akan jadi sangat hebat.”

United telah tewas dalam tiga dari empat perlawanan terakhir dia, semuanya dari pertandingan berbeza.

Kekalahan di tangan Young Boys dalam saingan Champions League, kemudian mereka tersingkir dari saingan Carabao Cup selepas diaibkan oleh West Ham.

Terbaru, mereka tewas 1-0 di tangan Aston Villa dalam saingan Premier League dan United ketika ini terdesak untuk kembali bangkit dan mendapatkan rentak kemenangan mereka.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jadon Sancho Kembali Berlatih Bersama Manchester United