Bruno Fernandes Akui Latihan Erik Ten Hag Memenatkan

Bintang Manchester United, Bruno Fernandes, telah berkongsi kisah dalam kain berkenaan latihan pra-musim bersama pengurus baharu kelab, Erik Ten Hag, dalam persediaan mereka untuk mengharungi musim baru di Liga Perdana Inggeris.

Bekas pengurus Ajax itu dilihat sedang berusaha untuk menanam DNA permainannya di dalam kepala pemain United dalam beberapa video yang telah tular di dalam laman sosial.

Gayanya yang cukup ghairah dan bersemangat di padang latihan membuatkan para penyokong berasa teruja dan berasakan bahawa kata-kata this is our year bakal menjadi kenyataan.

Pengurus berusia 52 tahun itu dilihat banyak memfokuskan kepada pergerakan bola yang cepat serta memberi penenkanan dalam permainan dari bawah sejak tiba di United.

Dalam perlawanan pra musim pertama di bawah Ten Hag, United berjaya membelasah Liverpool empat gol tanpa balas di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Jadon Sacho membuka jaringan menerusi satu rembatan leret yang deras dari dalam kotak penalti pada minit ke-11 selepas pertahanan budak sekolah Liverpool tertampan bola ke arahnya.

Pada minit ke-29, giliran Fred pula menjaringkan gol sekali lagi hasil kesilapan pertahanan pasukan lawan yang menolak bola lemah dari dalam kotak penalti ke arahnya. Fred yang diresapi roh Eric Cantona ini telah melakukan satu lob yang melemaskan penjaga gol terbaik dunia, Alisson Becker.

Tiga minit kemudian, Anthony Martial pula menjaringkan gol buat United selepas berjaya merampas bola daripada Rhys Williams.

Separuh masa kedua menyaksikan Jurgen Klopp menurunkan pemain gred A pasukannya namun gagal menembusi gol United yang dibarisi pemain gred B.

Sebaliknya United pula yang menambah jaringan pada minit ke -76 menerusi Facundo Pellistri.

Pemain yang bakal menjadi tunjang dalam revolusui Ten Hag, Bruno Fernandes, telah mengakui bahawa pengalaman bersama pengurus baru ini sangat berbeza daripada yang sebelum-sebelumnya.

Latihan kali ini dirasakan lebih sengit dan tegang, selain memenatkan, tetapi seluruh pasukan bagaikan gembira dengan situasi ini.

“Memang sengat tegang,” ujar Bruno kepada laman web pasukan.

“Dia [Ten Hag] sukua sangat latihan yang tegang, marah bila kau hilang bola. Dia suka bila semua orang berlari. Memang bagus la dia.

“Semua orang pun nampak sangat rasa seronok. Diorang semua penat selepas latihan tapi itulah yang kami kena buat,” tambah Bruno, memuji bos barunya tersebut.

Pemain berusia 27 tahun itu menambah; “Kami memang patut kena macam tu pada hujung latihan, tapi pada masa yang sama kami tahu bahawa latihan tu bagus.

“Macam yang aku cakap, kami kena bekerja keras , kerana kalau kami penat sekarang, kami akan cergas pada permulaan musim nanti.

“Semua orang tahu yang perlawanan pertama [dalam liga] akan rasa macam kekok, tapi kami nak jadi pasukan yang menang.

“Kami kena lakukan yang sebanyak mana yang kami mampu dan lakukan apa yang jurulatih dan staf mahu kami buat.”

Perlawanan menentang Liverpool di Bangkok tersebut memberikan satu nafas baru kepada para penyokong United, bukan kerana keputusan perlawanan tetapi aksi pemain yang bagi mereka, mampu pergi jauh.

Martial dilihat tidak lagi dengan sifat malasnya di atas padang dan dilihat sangat rajin melakukan tekanan awal terhadap pertahanan lawan, manakala Eric Bailly pula menawan hati orang ramai selepas dengan begitu tenang beraksi mengekang asakan lawan.

Pemain berusia 19 tahun Zidane Iqbal, turut mendapat pujian selepas dia mempamerkan ketenangan yang memukau dalam mengendalikan bola di bawah tekanan. Pemain baru, Tyrell Malacia turut dipuji selepas beraksi dengan begitu rajin membantu serangan serta mengekang asakan Liverpool.

Pemain tengah, Christian Eriksen, dijangka akan menjadi pemain kedua yang ditandatangani United pada musim panas ini dengan Lisandro Martinez dikhabarkan sudah bersetuju terma dan syarat peribadi bersama pasukan merah Manchester tersebut.

Sumber : All Football

BACA:  Bruno Berdoa Agar Semua Orang Terus Mengutuk Ronaldo