Bruno Fernandes Cuba Jaringkan Gol Paling Hina Dalam Sejarah Bola Sepak?

Pemain tonggak dan harapan Manchester United, Bruno Fernandes telah cuba untuk jaringkan gol paling hina dalam sejarah bola sepak dalam perlawanan yang menyaksikan Setan Merah tersingkir dari kejohanan Piala Liga.

Beberapa hari lalu, Manchester United telah berjaya menewaskan West Ham United dalam saingan Premier League namun David Moyes berjaya kembali membalas dendam.

Kehilangan tiga mata David Moyes ditebus kembali dengan membuatkan Ole Gunnar Solskjaer kehilangan satu peluang menjulang Piala untuk musim ini.

Gol kemenangan West Ham United telah dijaringkan oleh Manuel Lanzini pada minit ke-10 perlawanan dan kekal sebagai jaringan tunggal perlawanan.

Manchester United mempamerkan permainan menyerang yang sedap untuk dilihat namun tiada gol yang hadir dan West Ham United juga terlepas beberapa peluang menggandakan kedudukan.

Segalanya dilakukan Setan Merah untuk menyamakan kedudukan sehingga Dean Henderson juga naik untuk membantu serangan ketika sepakan sudut.

Tindakan terdesak untuk mengikat kedudukan adalah melalui Bruno Fernandes ketika permainan kurang seminit untuk tamat.

Kerana desakan dan mahukan gol Bruno Fernandes yang bermentalkan kemenangan dan membenci kekalahan telah cuba menjaringkan gol paling hina dalam sejarah bola sepak.

West Ham United telah diberikan drop-ball tanpa boleh dicabar oleh pemain lawan dalam kawasan sendiri.

Sejurus selepas pengadil menjatuhkan bola, Bruno Fernandes terus melarikan bola dan menuju ke gol Wes Ham United dan menewaskan Alphonse Areola di gawang.

Namun gol itu tidak disahkan kerana bola belum pun disentuh pemain West Ham United dan membuatkan semua yang berada di padang terpinga-pinga dengan tindakan Bruno Fernandes.

Bruno Fernandes tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil kerana tidak mengesahkan gol dari satu tindakan yang agak dungu dan hina dina itu.

Hina ke tidak?

EFL Cup: Manchester United 0-1 West Ham United

Manuel Lanzini berjaya bantu West Ham tendang United keluar dari saingan Carabao Cup, selepas The Hammers menewaskan setan merah 1-0 awal pagi tadi.

Ia secara tidak langsung membantu West Ham membalas dendam atas kekalahan menyakitkan mereka di tangan United dalam aksi saingan Premier League minggu lalu.

West Ham bukan hanya menendang setan merah keluar dari pertandingan ini, mereka bahkan berjaya melakukan hal tersebut di hadapan penyokong United sendiri di Old Trafford.

Kejayaan ini juga menjadikan David Moyes sebagai pengurus West Ham pertama yang berjaya menewaskan Manchester United di bumi Old Trafford sejak tahun 2007 yang lalu.

Pemain terakhir yang menjaringkan gol kemenangan untuk West Ham di Old Trafford adalah Carlos Tevez yang kemudian turut menjadi pemain utama setan merah.

Manuel Lanzini berjaya merobek gawang gol United seawal minit ke-9 permainan, seterusnya gol tersebut bertahan hingga ke wisel penamat.

Gol jaringan Lanzini itu bantu West Ham untuk mara ke pusingan 16 terbaik seterusnya menendang keluar United yang masih belum ada sebarang Piala di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Apa yang lebih menarik lagi, Lanzini sebenarnya sudah tidak berada di senarai penjaring gol sejak hampir setahun yang lalu, dan gol pertamanya merupakan gol kemenangan yang membantu West Ham menyingkirkan gergasi Premier League.

Kedua-dua pasukan tidak menurunkan skuad utama masing-masing dan boleh dikatakan hampir kesemua pasukan dari Premier League akan menurunkan skuad kedua mereka dalam pertandingan ini.

Melihat pasukannya sudah ketinggalan, Ole Gunnar Solskjaer memutuskan untuk memasukkan Mason Greenwood dan Bruno Fernandes pada aksi babak kedua permainan.

Namun sayangnya ia tidak membawa sebarang perubahan dengan United gagal untuk memberi ancaman bahaya ke kubu Alphonse Areola.

West Ham juga walau sudah mendahului permainan, mereka tetap berusaha untuk mencari gol tambahan, namun segala usaha mereka berjaya dinafikan oleh Dean Henderson.

Segelintir peminat kecewa dengan keputusan ini dan sangat berharap agar Solskjaer menghargai Carabao Cup sebagai sebuah Piala memandangkan mereka masih belum menjulang apa-apa kejuaran dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Lebih sedih lagi penandatanganan baru mereka yang juga merupakan pemain yang sudah lama berada dalam pemerhatian mereka, Jadon Sancho langsung tidak memberikan impak dalam perlawanan ini.

Jadon Sancho berada dalam kesebelasan utama United dengan beliau digandingkan bersama Lingard dan Anthony Martial.

Namun sayangnya gandingan mereka lemau sepanjang perlawanan dan mudah untuk didominasi oleh barisan pertahanan West Ham yang bukan dari skuad utama mereka.

Ketiga-tiga jentera serangan United itu merupakan pemain dari skuad utama dan agak menyedihkan untuk melihat mereka gagal menembusi tembok pertahanan yang dibina oleh barisan pertahanan simpanan West Ham.

Kekalahan ini merupakan kekalahan kedua setan merah pada musim ini selepas mereka turut mencatatkan kekalahan ketika bertemu Young Boys dalam saingan Champions League minggu lalu.

Sumber: Fox

BACA:Β  Matic Troll Bruno Fernandes Dan Ronado