Bruno Fernandes Mahukan Nombor Dipakai Juan Mata

Pemain harapan, tonggak dan masa depan Manchester United, Bruno Fernandes dilaporkan mahu menukar nombor jersinya musim hadapan dan menggunakan nombor dipakai oleh Juan Mata.

Bruno Fernandes sejak menyertai Machester United pada Januari 2020 telah memakai jersi nombor 18 yang pernah dipakai oleh pemain legenda kelab, Paul Scholes.

Paul Scholes kembali dari persaraan pada tahun 2012 dan memakai jersi nombor 22 kerana ketika itu nombor 18 telah diguna pakai oleh pemain yang sentiasa muda Ashley Young.

Dengan memakai jersi bernombor 18, Bruno Fernandes tidak bermasalah untuk mempamerkan kehebatan sejak hari pertama menjejakkan kakinya di Old Trafford.

Dalam tempoh 18 bulan ini, Bruno Fernanded telah menjaringkan 26 gol dan mencipta 19 bantuan gol dalam 51 perlawanan Premier League.

Lantaran kecemerlangannya, pemain kebangsaan Portugal itu telah tersenarai dalam team of the year The Professional Footballers’ Association (PFA) dan juga menjadi calon Player of the year (POTY) PFA.

Tidak dapat disangkal lagi betapa pentingnya Bruno Fernandes kepada Setan Merah namun Bruno Fernandes masih ada hajat belum tercapai ketika ini di Old Trafford.

The Mirror melaporkan Bruno Fernandes mahukan nombor jersi idaman beliau seperti yang diguna pakai ketia bersama Udinese dan Sporting CP sebelum ini.

Nombor idaman Bruno Fernandes adalah nombor 8 yang telah lama dipakai oleh pemain Sepanyol, Juan Mata yang sudah lama memanaskan bangku simpanan.

Bruno Fernandes dilaporkan hanya akan menggunankan nombor 8 yang kini menjadi milik Juan Mata jika hanya pemain tersebut meninggalkan Setan Merah pada musim panas ini.

Ada laporan menyebut Juan Mata merupakan antara pemain yang akan dilepaskan oleh Manchester United pada musim panas ini dan tidak lagi ditawarkan kontrak baru.

Jika Juan Mata meninggalkan kelab maka tiada masalah untuk Bruno Fernandes mengambil dan menggunakan nombor 8 musim hadapan.

Namun melalui siaran rasmi yang dikeluarkan oleh Manchester United lapan pemain telah dilepaskan dan nama Juan Mata tiada dalam lapan pemain yang dilepaskan itu.

Juan Mata bersama Lee Grant dan Paul Woolston merupakan tiga pemain yang kini masih lagi dalam perbincangan untuk lanjutan kontrak.

Tiada masalah untuk Bruno Fernandes mendesak untuk menggunakan nombor itu ketika ini walaupun Juan Mata masih ada namun itu tidak molek dan boleh menjejaskan keharmonian.

Manchester United kini mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak Juan Mata untuk tempoh lagi setahun untuk kekal di Old Trafford dan kini masih lagi dalam perbincangan.

Kali terakhir Juan Mata diberikan kontrak baharu adalah pada tahun 2019 dan ketika itu beliau menerima bayaran gaji mingguan yang bernilai £140,000.

Jika kontrak lanjutan gagal mencapai kesepakatan maka nombor 8 tidak akan bertuan secara rasmi dan sudah pasti pewaris seterusnya Bruno Fernandes.

Namun, jika tidak dapat menyetujui kontrak baru maka No.8 akan kosong dan semuanya akan menunjuk ke arah Fernandes yang mewarisi kontrak tersebut.

Ketika mula menyertai Manchester United, Bruno Fernandes menceritakan kisah-kisah disebalik nombor 18 dan 8 yang berkaitan dengan kehidupan peribadinya.

“Ada banyak alasan untuk no.18 ni.” Ujar Bruno Fernandes kepada laman web rasmi Manchester United ketika dia tiba.

“Ini nombor yang aku suka. Tiga tahun kebelakangan ini aku bermain sebagai No.8 kerana ia adalah nombor yang dimiliki ayah aku sebagai pemain dan tarikh hari jadi aku dan ia adalah nombor yang aku suka.

“Nombor 18 pula merupakan hari lahir isteri aku dan sebab lain ialah, ketika aku dewasa, aku melihat Paul Scholes bermain memakai nombor ini dan bagi aku memiliki baju ini dan nombor ini guna oleh pemain yang luar biasa.”

“Ini adalah sesuatu yang akan aku nikmati. Aku tahu akan mempunyai banyak tanggungjawab. “

BACA:  4 Pemain Man Utd Dilaporkan Bergocoh Sama Sendiri Di Bilik Persalinan Selepas Dimalukan Brighton